Serangan Jantung & Strok Boleh Jadi Kalau Malas Nak Kencing Malam

Share

Tak pelah, bangun pagi esoklah baru masuk bilik air dan buang air kecil….

Itu adalah perkara biasa bagi kita terutamanya bila mata sudah betul-betul mengantuk. Sanggup menahan kecing dan terus tidur. Namun, tahukah kita, bila menahan kencing pelbagai masalah kesihatan yang boleh berlaku terutamanya masalah jantung dan seterusnya membawa kepada strok.

Beberapa info yang perlu kita tahu tentang punca kesihatan akibat malas kencing malam.

  • Gejala paling umum pada orang tua adalah masalah kencing malam.
  • Oleh kerana malas untuk kencing malam, mereka tidak minum air. Ada juga yang tidak minum air sebelum tidur dan minum air selepas buang air kecil. Ini adalah penyebab utama penyumbatan pembuluh darah otak di kalangan orang tua pada waktu pagi.
  • Sebetulnya, kencing malam bukan masalah pundi kencing, penyebabnya adalah penuaan fungsi jantung. Daya kekuatan darah atrium kanan dari bawah tubuh sudah berkurangan.
  • Pada malam hari ketika berbaring tidur, bahagian bawah tubuh sudah reda dari tekanan, banyak penimbunan air di jaringan tubuh kembali ke darah.
  • Terlalu banyak air, ginjal mula berupaya untuk mengalirkan air ke pundi kencing, menyebabkan rasa ingin kencing pada waktu malam.
  • Biasanya semasa tidur antara 3-4 jam, kita akan ke tandas untuk pertama kali.
  • Setelah selesai, air di dalam darah masih terus meningkat, sehingga lewat 3 jam kemudian akan masuk tandas buat kali kedua.

Punca Utama Penyumbatan Pembuluh Darah Otak

  • Setelah dua atau tiga kali buang air kecil, air dalam darah akan berkurang, lebih-lebih lagi bila berada di tempat yang berhawa dingin.
  • Saat tidur, metabolisme tubuh perlahan, denyut jantung menjadi lambat sehingga darah yang kental ditambah aliran darah yang lambat, bahagian pembuluh darah yang sempit mudah tersumbat.
  • Inilah sebabnya mengapa hampir selalu terjadi penyumbatan pembuluh darah jantung & otak di waktu pagi sekitar jam 5 atau 6 pagi. Saat yang paling parah adalah meninggal waktu tidur!

Kesimpulan :
1. Kencing malam bukan masalah pundi kencing tetapi terjadi penuaan pada fungsi jantung.

2.Sebelum tidur harus minum sedikit air suam, setelah tengah malam buang air kecil, minum lagi sedikit air suam. Jangan takut kencing malam.

3.Perlu banyak senaman & latihan tubuh, boleh memperkuatkan fungsi jantung.

4.Harus menolak makanan yang tidak sihat terutama yang kadar tepungnya tinggi dan gorengan, telur, seafood & lainnya. Pegambilan yang berlebihan akan akan membuat pembuluh darah anda cepat menua.
JANGAN MALAS UNTUK KENCING MALAM.

Published by
Nora