Biasanya kalau mandi bahagian mana yang kena siram air dahulu? Ada mak-mak mulakan dari kaki dan tak kurang juga terus dari atas kepala. Tapi rasanya ramai yang mulakan dari atas kepala dulu.
Tanpa kita sedar, siram air dari kepala tidak elok untuk kesihatan. Mungkin merasakan ia sekadar info dan tidak memberi apa-apa kesan sebab selama ini memang itulah cara kita mandi.
Bagi yang biasa siram air dari kepala ketika mandi, bolehlah tukar cara mandi selepas ini. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi nanti Ada punca dan kesannya.
Jadi, macam mana nak mandi dengan cara yang betul. Siram air ke kepala dahulu atau bermula dari kaki. Ikuti kupasan lanjut oleh Ana Mahabu ini.
1. Apabila kita siram kepala dulu, panas dalam tubuh akan teperangkap. Ia boleh menyebabkan pembuluh darah pecah.
2. Air sejuk yang disiram pada kepala akan menyebabkan darah mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala. Itu yang ramai yang pengsan.
3. Angin dalam badan tidak keluar apabila kita siram kepala atau badan dulu. Sebab tu ramai yang sakit-sakit badan kerana angin berkumpul.
Inilah cara betul bila mandi:
Ads
1. Baca doa atau sekurang-kurangnya baca bismillah sebelum masuk ke bilik air. 2. Jangan tergesa-gesa. Air tu tak lari pun. 3. Mulakan dengan bahagian kaki, basahkan kaki dahulu. 4. Kemudian, barulah siram bahagian betis diikuti paha dan perut. 5. Selepas itu, baru siram bahagian bahu. 6. Berhenti seketika, saat ini kita akan dapat rasakan wap atau angin keluar dari ubun-ubun. 7. Akhir sekali barulah basahkan kepala.
Waktu Mandi Yang Dilarang
1. 30 minit selepas solat Asar kerana waktu ini darah di dalam diri kita sedang panas. Jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah untuk melakukan pekerjaan.
2. Selepas Maghrib. Lepas Maghrib, jantung kita mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
3. Selepas Isyak sehingga pukul 12 malam. Setelah solat Isyak, jantung kita berhenti dan melakukan istirahat. Jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
4. Selepas bersukan atau sedang berpeluh. Tunggu sampai badan sejuk atau hilang peluh. Selain menyebabkan panau, ini juga boleh menyebabkan serangan stroke.
Ads
Nak Awet Muda, Mandi Dengan Cara Ini
1. Menjelang waktu Subuh (antara jam 2 hingga 3 pagi)
Badan menjadi lebih sihat, awet muda dan membaiki metabolisme tubuh. Suhu badan menjadi lebih stabil, melancarkan perjalanan darah dan membuang sikap malas.
Tengok saja nenek dan datuk kita yang sering mandi waktu begini, tubuh mereka sihat dan nampak muda.
2. Selepas Subuh ( 6 pagi)
Tubuh akan lebih segar dan mood jadi baik.
Ok wanita, kita mampu mengubah demi kesihatan yang lebih baik.
Mingguan Wanita : Mungkin kita rasa ia tidak logik. Tapi kenalah amalkan, kita tak tahu, cara ini boleh membantu kita, bukan saja kesihatan tapi mood seharian kita pun baik.
Rupanya ada cara mudah untuk siat ‘jaket’ Ikan Cencaru tanpa tercarik isinya atau jari terluka dengan menggunakan tuala,tisu atau kertas. Bukan apa ikan cencaru ni, mempunyai kulit yang keras dan tajam, jika tak berhati-hati ketika menyiangnya memang boleh luka jari.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Mazlina Haji Ismailini. Katanya cara ini diperolehi daripada Tauke Ikan sendiri.
Masalah tentang ikan cencaru ini adalah cara nak buka jaket dia. Kalau silap tarik, memang tertarik sekali dengan isi.
Ikan ni tak selalu dibeli kerana anak-anak tak berminat nak makan. Dek kerana mereka semua pernah duduk di asrama, makanya ikan ini dilarang untuk dimasak semasa mereka pulang bercuti.(Tenggiri antara menu wajib kat asrama masing-masing).
Hari ini saya cuba buka jaketnya. Ada yang berjaya dan ada yang carik isinya.
Cara saya: Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket cencaru. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Lama tapi tak pernah cuba.
1. Buang sirip tepi ikan.
2. Cungkil kulit tepi sirip.
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Mingguan Wanita: Kalau siang ikan cencaru, nak buang jaketnya bolehlah cuba tip yang dikongsikan ini. Mudah je siat dengan tuala barulah jari tak luka.
Rupanya jika masak sambal sotong yang sedap rasanya, kena letak kacang tanah kisar. Berbanding buat sambal sotong putih, sotong kembang ni ada caranya untuk menjadikan sambal lebih sedap.Paling penting, kena masukkan sedikit kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar kasar. Sedapnya sambal sotong kembang ni makan dengan nasi lemak atau lontong.
Boleh cuba resipi dan cara buat sambal sotong kembang seperti yang dikongsikan oleh Puan Har Ryeaini.
Hari Ni Masak Sambal Sotong Kembang
Bahan-Bahan:
3 ekor Sotong, bersihkan.
(ikot petua, rebus sekejap jer. Air dah mendidih terus padam api biarkan seminit dua pastu toskan & potong kecil)
6-7 sudu besar cili kering kisar (rebus dulu)
2-3 sudu besar Bawang Besar kisar
1 sudu besar Bawang Putih kisar
1 sudu besar Halia kisar
1-2 biji Bawang Besar hiris kasar
seketul kecik gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
Garam & Ajinomoto
sedikit Gula Pasir
semangkuk kecil Kacang Tanah (goreng & kisar sedikit kasar)
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar, goreng sampai sedikit garing.
2.Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang putih & halia) ratakan sekejap.
3.Masukkan cili kering kisar, ratakan. Masukkan jugak gula melaka, terus tumis.
4.Masukkan Garam, Ajinomoto, Gula Pasir (agak-agak yer), dan sedikit pes asam jawa, gaulkan rata-rata dan biarkan hingga naik minyak.
5.Boleh masukkan sotong, gaul rata dan masukkan juga kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar.
6.Masukkan sedikit air, gaul lagi dan boleh tambah kacang tanah jika nak.
7.Terus masak hingga sambal naik minyak dan wangi. Selalu kacau supaya sambal tak hangit.
Cuaca yang tidak menentu, kadang-kadang hujan..kadang-kadang panas. Inilah yang menyababkan badan kita pun berubah. Lebih teruk bila batuk menyerang, lambatnya nak baik kembali.
Kalau rasa sudah tidak tahan, ubat klinik sahajalah jalan terakhir untuk anda mengurangkan dan menghilangkan masalah kesihatan ini. Tapi, ada juga mak-mak yang tidak suka mengambil ubat klinik dan sedaya upaya untuk merawat secara alami. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang masih kecil. Mak-mak boleh cuba guna bahan ini untuk hilangkan batuk dan kahak. Malah, bahan-bahan ini pun senang nak dapat. Cubalah.
Bahan-bahan :
Lobak merah
6 sudu besar madu
Air
Cara-caranya :
Kupas dan potong lobak merah. Kemudian, rebus lobak merah itu sehingga lembut.
Asingkan air rebusan lobak merah tadi.
Kisar lobak merah yang direbus tadi sehingga lumat.
Ambil madu dan masukkan ke dalam air rebusan lobak merah. Campurkan dengan isi lobak merah yang dikisar dan kisar sekali lagi.
Siap untuk diminuim dan boleh disimpan dalam peti ais.
Ambil 3-4 sudu besar setiap hari.
Mudahkan! Mak-mak boleh cuba berikan pada anak-anak tetapi kurangkan jumlahnya, mungkin 1-2 sudu sahaja.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...