Setiap adik beradik tak akan sama peelnya. Sementelah bila sudah besar dan mempunyai kerjaya sendiri. Masing-masing ada cara tersendiri untuk balas jasa mak ayah dan keluarga.

Namun, ditakdirkan dalam ‘setandan pisang’ mesti ada satu yang berbeza. Atau boleh dikatakan sebagai ‘kurang berjaya’ seperti adik beradik yang lain. Jadi, di situlah mula nampak dia kurang memberi jasa pada mak ayah.

Usah pertikaikan tentang jasa yang kita berikan pada mak ayah. Masing-masing ada caranya. Malah, jangan ingat dengan memberi wang ringgit kepada orang tua sudah dianggap berjasa tanpa melihat sumbangan adik beradik yang lain.

Inilah yang boleh membawa kepada kerosakan hubungan adik beradik, bila masing-masing pertikaikan tanggungjawab atau sumbangan yang diberikan kepada mak ayah.

Perkongsian daripada Sri A’jilah boleh dijadikan panduan buat adik beradik yang merasakan hanya dia seorang yang berjasa pada mak ayah. Langsung tak nampak sumbangan adik beradik yang lain.

Baca Artikel Yang Lain Di Sini: Ruginya Adik Beradik Bermasam Muka, Merekalah Kita Minta Tolong, Bukannya Orang Lain

Kalau Rezeki Kita ‘Lebih’ Daripada Adik Beradik, Usah Berlagak Tapi Raikan Mereka

Info Lebih Menarik DI SINI

Balas Jasa Mak Ayah

Setiap orang, jalannya tak pernah sama, kan?

Macam tu jugalah dengan adik-beradik kita. Saya ada 9 beradik. Makanya ada 9 karenah berbeza dan 9 life style berbeza.

Ads

Dalam ramai-ramai ni, saya ada seorang abang yang memang buat kerja-kerja kampung. Tahu sajalah, kalau kerja kampung ni, semuanya memerlukan kudrat. Abang saya ni, buat 2 3 kerja setiap hari.

Waktu mak sakit dulu, dia antara orang yang selalu hantar mak ke klinik, cucikan luka di kaki mak, dan buang sampah yang ada di rumah.

Nampak macam sumbangan yang kecil, kan? Tapi untuk keluarga kami, ia sumbangan besar yang tak perlu dipertikaikan.

Sewaktu mak meninggal, abang saya ni antara orang yang ke hulu ke hilir menguruskan pengebumian mak.

Dia pergi ke kawasan perkuburan untuk memastikan para penggali kubur tak kehausan dan kelaparan. Iya, masih juga sumbangan jasa yang kita rasa kecil saja namun sangat besar untuk kami sekeluarga.

Semenjak itu, abang menjadi salah seorang tim penggali kubur di kampung kami. Apabila dia penat menggali kubur, mesti ada sekeping dua gambar rumah baru mak yang dikirimkan dalam wasap keluarga.

Untuk kami yang jauh ni, itu satu kesyukuran. Dapat menatap rumah baru mak walaupun cuma dalam gambar. Terasa sebak pula.

Ads

Abang saya, mungkin orang kampung biasa tapi saya hormat dia kerana dia sangat berjasa dalam keluarga.

Iya, tengok pada jasa orang lain bukan tengok pada jasa sendiri.

Tanggungjawab Adik Beradik

Ada adik-beradik yang mudah dari segi duit, jadi dia banyak berjasa dari segi kewangan. Ada adik-beradik yang biasa-biasa saja, jadi dia banyak berjasa dari segi tenaga.

Selalunya, yang banyak duit ni rasa, ‘ aku dah bagi banyak duit untuk mudahkan urusan yang lain’ sehingga tak nampak tenaga yang orang lain beri.

Kalau kita rasa kita banyak jasa, jangan pandang orang lain tak pernah memberi jasa seolah-olah macam kita saja yang banyak berkorban untuk keluarga.

Ads

Jangan! Ini bahaya. Inilah yang selalu merosakkan hubungan dalam keluarga; sibuk menghitung-hitung jasa sendiri.

Dalam sebuah keluarga, mesti ada jasa yang masing-masing beri yang mungkin kita tak nampak depan mata tapi Allah nilai setiap satunya.

Mingguan Wanita : Betul tu, tak semua adik beradik yang mampu berikan duit pada mak ayah sebagai tanda membalas jasa. Mungkin ada sumbangan lain yang kita tak nampak tapi amat besar ertinya.

Sumber: Sri A’jilah Mohd Samsir

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI