Kalau diikutkan hati, penat memang penat, baik surirumah mahu pun isteri bekerja. Kadang-kadang, rumah macam tongkang pecah tapi pejamkan mata, buat yang termampu saja. Kalau tak larat, sambung lagi esok.

Sebab itu, jngan pelik kalau kita tengok rumah orang kemas, berkilat, sedangkan rumah kita? Sementelah bila tengok rumah orang lain tak masak, bersepah. Tak perlu nak judge pun, buat mana terlarat.

Kita tak tahu cara kehidupan mereka. Tak perlulah kita nak sibuk jugde kehidupan rumah tangga orang lain. Kita pun kadang-kala tak sempurna. Buat yang termampu saja. Lainlah kalau mak-mak ini ‘robot’ buat kerja 24 jam.

Tak dapat bayangkan bagiamana mak-mak yang bekerja, Pagi ke pejabat, petang baru pulang. Masa yang ada hanya beberapa jam untuk siapkan mana yang patut.

Bersyukurlah kalau ada suami yang memahami dan bukan yang cerewet. Sakit hati kalau ada suami yang cerewet tapi tak nak membantu. Pendam sajalah.

Perkongsian daripada Izyan Idzihar Shaarani ini ada betulnya. Ini contoh buat isteri yang bekerja, hanya ada berapa jam saja sebelum anak-anak masuk tidur. Masa nak bersama anak nak masak dan kerja rumah lain.

Jadinya, tak perlulah beria nak rumah berkilat dan kemas sepanjang masa. Sebab ada masanya, mak-mak pun tak larat dan buat hanya yang termampu. Paling penting bahagia kita cipta. Inilah kebahagian cara kita.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Tak Perlu Malu Baring Atas Riba Isteri, Inilah SUNNAH, Kemesraan Dalam Rumahtangga

Suami Usah Rasa Terabai Bila Isteri Tak Peduli, Urusan Rumahtangga Di Bahunya, Bertoleransilah!

Info Lebih Menarik DI SINI

Buat Yang Termampu, Itulah Cara Kita

Saya isteri yang bekerja.

Saya bekerja jauh dari rumah. Sampai rumah dah maghrib. Hari hari begitulah jadual saya.
Sampai rumah katakanlah 7.30pm. Dalam jadual saya, pukul 10 adalah waktu anak masuk tidur.

Jadi, saya hanya ada masa 2 jam setengah untuk buat semua ni,

1. Mandi
2. Solat
3. Ajar anak mengaji
4. Masak
5. Kemas dapur
6. Basuh pinggan
7. Sapu sampah
8. Basuh kain
9. Sidai kain
10. Angkat kain
11. Lipat kain
12. Gosok kain
13. Susun kain
14. Susun pinggan
15. Tengok homework anak
16. Sembang dengan suami
17. Sembang dengan anak

Kalau saya nak pastikan saya mampu buat kesemua 17 perkara tu dalam tempoh 2 jam setengah, sorang-sorang, dengan berkualiti, saya tak sepatutnya duduk di planet bumi. Saya sepatutnya sudah pun menjadi bidadari sorga.

Jadi, sebab saya rasa mustahil saya boleh buat semua tu setiap hari dalam tempoh 2 jam setengah, maka saya memilih untuk buat semua itu dengan timeline saya sendiri, dan mengikut cara saya yang saya mampu. Yang penting tetapkan objektif:

1. Anak dan suami dapat perhatian sewajarnya
2. Rumah tidak terlalu bersepah
3. Perut masing-masing kenyang
4. Kami semua dapat habiskan masa yang berkualiti bersama walaupun sekejap
5. Kami semua gembira

Ads

Apa apa sahaja yang saya buat atau tak buat, saya pastikan kelima-lima objektif tersebut tercapai.

Larat Buat, Tak Larat Sambung Esok

Rasa mampu masak, masak. Tak mampu masak, order. Yang penting tak ada yang mengamuk lapar.

Rasa larat kemas rumah, kemas. Larat sapu, sapu, larat vacuum, vacuum. Tak larat, kemas meja aje sudahlah. Kemaskan yang superficial je, kemaskan kawasan yang nampak jelas di mata: atas sofa, atas meja, depan tv. Yang lain, esok esok lah buat. Yang penting, rumah tak sehingga ke tahap tongkang pecah.

Basuh kain biasanya memang mudah, tekan tekan je. Tapi nak jemur tu kadang dah tak larat.
Kalau kami laki bini masih larat, sidai. Tak larat, suami bawa je pergi laundry, keringkan.

Kalau suami pun dah tertidur, tak larat nak bangun pergi laundry, aku biarkan aje. Esok aku tekan balik mesin tu, ha basuh lagi sekali. Benda boleh rileks, buat apa stress.

Baju? Alah..larat lipat, lipat. Tak larat saya susun je bakul bakul tu dalam bilik baju. Tutup pintu. Settle. Ada masa lapang, hujung minggu, lepak dalam tu sambil pasang lagu, slow slow lipat lah. Bukan jadi serbuk pun baju baju tau kalau lambat lipat. Chill aje udah.

Sapu sampah dan vacuum? Larat, buat. Tak larat, kutip sampah yang besar-besar. Lap pakai kain lap kalau ada benda yang tumpah tumpah bawah meja, dah. Nak mop bagai kau tunggu ajelah hujung minggu. Nak berkilat sangat lantai tu setiap masa nak buat apa? Cermin?

Iron baju? Kalau larat iron semua hujung minggu, iron. Tak larat iron je sikit sikit. Tak sempat sebelum tidur, esok subuh aku bangun awal sepuluh minit dari biasa, ha iron.

Yang penting, ini. Bagi saya, ini yang wajib:

1. Spend time dengan anak. Kita dah tinggalkan dia sepanjang hari. Biarkanlah dia nak bergelumang dengan kita selama 2 jam setengah tu. Itu je masa yang kita ada dengan dia.
2. Ajar anak mengaji. Seboleh boleh kami suami isteri cuba untuk tak skip rutin yang ini.
3. Spend quality time together. Setengah jam pun jadi. Waktu dinner, wajib duduk semeja. Sembang, gelak, bahan each other. Kalau sempat, kami tengok Netflix sesama. Sekejap pun tak apa. Dapat tengok satu episod naruto pun jadi.
4. Buat breakfast pagi-pagi (cipta menu yang boleh dibuat dan dimakan segera) untuk anak dan suami. Saya suka spend time dengan anak dan suami sebelum masing-masing berpisah ke destinasi masing-masing. Sekejap pun jadi. Sebab nak jumpa semula nuuu maghrib nanti.

Keinginan untuk rumah yang berkilat, bersih, dan tersusun macam muzium tu adalah kehendak kita sahaja. Ia bukan keperluan. Kita takkan mati dan menyesal kalau rumah kita bukan rumah yang paling berkilat di daerah kita.

Ads

Tapi, memberi masa dan perhatian yang secukupnya kepada anak adalah suatu prioriti yang kita tak boleh tolak ansur dah. Yang itu ya, kita akan menyesal apabila suatu hari nanti, dia rupanya-rupanya dah besar dan tak mahu sembang dan spend time dengan kita dah. Masa tu, kita duduk lah dalam rumah yang berkilat macam muzium tu dengan suasana yang sangat sunyi.

Rumah yang berkilat dan tersusun macam muzium tak boleh beri kita kebahagiaan pun. Ia hanya beri kita kepuasan yang sementara. Sebabnya esok lusa, bersepah balik.

Tapi fokuslah dengan objektif yang lebih utama, kemenjadian anak anak dan memori yang dicipta bersama untuk dikenang sampai bila bila.

Suami Memahami

Saya boleh hidup dengan timeline dan pace macam ni kerana saya dianugerahkan suami yang memahami, rajin membantu, mengambil separuh daripada tugasan rumahtangga bersama dan anak juga sudah boleh membantu banyak benda.

Tapi, percayalah,

Kesefahaman itu bukan dicipta overnight sahaja. Ia sudah pun melalui proses pertengkaran, kemerajukan, perbincangan, latihan, mesyuarat, persidangan, dan ngauman ngauman serta sedu sedan yang mendayu-dayu. Tapi, selagi Allah ada dalam setiap perbalahan tu, insyaallah kita suami isteri akan baik baik sahaja.

Saya teguh dengan modul ‘penat sama sama, rehat sama sama’. Jangan mengalah selagi objektif modul tak tercapai!

Tak perlu ada sesiapa yang terkorban pun dalam struggle pengurusan rumahtangga.
Selagi kita suami isteri masing-masing cuba lapangkan dada untuk cuba memahami dan bersifat ihsan towards each other, Allah akan bantu kita.

Doa banyak banyak pada Allah…ya Allah, kau berilah ilham kepada suamiku agar dia faham isi hati ku ni ya allah….doa begitu selalu.

Ads

Suami ni, dia bukan macam anak anak, boleh ditengking tengking kalau tak dengar cakap, bukan boleh dipecah perintah kalau nak minta dia buat sesuatu. Tapi, jika kena caranya, insya Allah dia akan buat apa yang kita harapkan dia buat dengan seikhlasnya juga.

Yang saya tulis ni, bukan tips. Tapi ini kisah hidup saya yang baru sepuluh tahun berumahtangga. Alhamdulillah, segalanya makin tenang, dan kurang dah tunggang langgang.

Bagi yang baru meniti setahun dua tahun tiga tahun empat tahun tu, sabar…sabar..sabar…tenang…banyakkan komunikasi..merajuklah, menangislah, memintalah, bersuaralah…agar akhirnya isi hati kita sampai kepada suami.

Orang lelaki ni otak dia slow sikit bab faham isi hati isteri ni. Kita kena luah luah luah luah luah banyak banyak banyak banyak kali sampailah dia register, oh begitu rupanya yang bini aku nak. Hahahaha!

Rilek, jangan stress.. mak mak bawak bertenang. Buat apa yang termampu. Kita semua dah usaha dah sebaiknya. Mak mak memang semua akan berusaha pastikan yang terbaik untuk anak dan rumahtangga nya.

Buat saudara mara adik beradik ipar duai jiran tetangga dan sahabat handai, jangan sibuk judge rumahtangga orang lain tu tak kemas lah, tak berkilat lah, tak bersih bersinar lah, bini orang tu malaslah, tak rajin masaklah apa lah yee. Itu rumahtangga dia, suami dia, anak anak dia. Dan boleh sahaja objektif dia dan kita tak sama. So SOP pengurusannya pun tak sama.

Kita senyap aje sudah. Tak puas hati, kemam aje diam diam. Tak payah sibuk. Selagi tak ada perkara yang menyusahkan kita, biarkan mereka. Kau sakit mata? Pejam. Kau sakit hati? Ha tu kau punya pasal. Selagi dia tak kacau kau, sudah.

Suami, teruskanlah berbuat ihsan kepada isteri. Percayalah, Isteri anda pasti sedang sentiasa mencuba melakukan yang terbaik untuk anda dan anak anak, dengan cara yang dia tahu, dan dengan kudrat yang dia mampu.

Isteri happy, anak anak happy, anda sendiri pun akan happy. Bahagia itu kita yang cipta.

Ciptalah.

Mingguan Wanita : Ada masanya, isteri tak larat dan pejamkan mata saja keadaan rumah. Tapi kalau datang rajinnya, habis satu rumah berkila. Jangan main-main.

Sumber: Izyan Izdihar Shaarani

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI