Pasangan hidup adalah anugerah Ilahi. Buruk dan baik pasangan sebaiknya harus diterima dengan ikhlas kerana setiap dari kita bukanlah insan yang sempurna. Jangan buruk pasangan sahaja yang kita nampak di mata, sebaliknya terima kekurangannya seadanya.

Sebaiknya setelah mendirikan rumah tangga, jangan sia-siakan waktu bersama, ingatlah pasangan hanya pinjaman dan tidak selamanya di sisi. Jangan pula bila tiba masanya nanti, pasangan pergi buat selamanya, mak ayah putih mata.

Ikuti perkongsian dan curahan hati Puan Nurul (bukan nama sebenar) ini yang dihantar ke inbox Mingguan Wanita.

Jangan Sia-Siakan Waktu Bersama

Lumrah kehidupan bila sudah berkahwin, suami dan isteri adalah pasangan sahabat.

Jadi setiap hari mereka menantikan pasangan masing-masing pulang dari kerja untuk meluahkan apa yang berlaku seharian dalam kehidupan mereka maka tolong luangkan masa mendengar luahan dan apa saja cerita daripada pasangan anda walaupun bukan sepenuh tumpuan.

Walaupun mereka tahu cerita tersebut ibarat mencurah air di daun keladi namun mereka tetap mahu bercerita juga. Sekurangnya rasa beban yang ditanggung itu berkurangan kerana dapat meluahkan kepada pasangan mereka.

Jadi setiap pasangan mohon beri respon yang positif supaya cerita mereka dihargai. Bila pasangan kita sudah bercerita, maka bagi mereka, andalah sahabat yang terbaik buat mereka kerana anda merupakan rakan serumah, rakan sebilik dan rakan yang berkongsi segala-galanya dengan mereka.

Jadi jangan anggap pasangan anda orang asing. Mungkin pendapat anda memberi kesan positif kepada pasangan anda. Bila pasangan suami isteri saling bercerita meluahkan apa aktiviti seharian mereka, maka hubungan rumah tangga akan menjadi semakin erat dan jika ada masalah, bolehlah bersama-sama mencari jalan penyelesaian.

Ads

Janganlah anggap pasangan anda tidak berharga dan membuat rumah seperti rumah persinggahan balik kerja keluar semula. Rugi masa yang ada di sia-siakan. Tiada gurau senda dan kemesraan.

Baca Juga Di sini: 

Bila Bergaduh JANGAN Ungkit Kisah Silam, Hargai PASANGAN Berkongsi Susah Senang

Cara Lelaki Ini Hargai Pasangan Hidupnya Boleh Buat Kaum Isteri Teruja, Patutnya Semua Lelaki Tahu!

Bila Buat Keputusan Tanyalah Pasangan, Bukan ‘Takut’ Tapi Tanda Hormat Dan Hargai Rumahtangga

Ads

Ingatlah Pasangan Hanyalah Pinjaman

Ingatlah pasangan kita adalah pinjaman kepada kita, tidak selamanya mereka ada di sisi kita. Jadi gunalah peluang dan masa yang ada ini dengan sebaik- baiknya supaya suatu hari nanti akan menjadi kenangan yang indah buat kita.

Anggaplah pasangan kita sebagai sahabat baik kita. Bila sudah akrab jika gaduh pun akan jadi tak lama. Bila hidup tiada berahsia maka jurang antara kita tidak ada. Setiap hari rasa kasih sayang sentiasa disemai.

Malah dari situ nampak akan kejujuran kita. Setiap masalah dapat diselesaikan dengan berhemah. Elakkan pembohongan dan kecurangan dalam rumah tangga kerana kelak boleh menuju ke arah keruntuhan rumah tangga.

Pasangan Tidak Selamanya Di Sisi

Hargailah pasangan anda selagi mereka masih ada di sisi anda. Bila nak marah jangan di hamun dengan ayat yang kasar dan kesat kerana ia akan meninggalkan kesan di dalam hati mereka.

Ads

Bila bergaduh cepatlah di selesaikan dan saling bermaafan kerana jika kedua-duanya ego, kelak kita akan menyesal. Cintailah pasangan anda dan hiduplah dengan harmoni serta penuh kasih sayang.

MW: Hargailah pasangan selagi dia masih di sisi, bimbang kelak menyesal tiada berguna.

Sumber: Puan Nurul

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI