Jangan SERIK Bawa Anak Kecil BERCUTI, Layan Karenahnya, Inilah Dikenang Sampai Bila-Bila

Share

Mesti ada mak-mak yang rasa serik nak bawa anak-anak berjalan. Apa tidaknya memikirkan karenah yang macam-macam, letih dan penat dibuatnya.

Malah, ada mak ayah yang rasa lebih baik duduk di rumah, bila diingatkan anak-anak yang tak ‘behave’ dan rasa malu pula mak ayah kalau anak buat hal.

Jangan begitu. Anak-anak tengah membesar memang lasak. Ada saja buat kita sebagai mak ayah rasa geram dan marah. Rasa serik pun ada bila anak buat hal di tempat orang ramai. Beum lagi bergaduh sesama mereka, menangis dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, inilah masanya untuk mak ayah bawa anak berjalan. Semasa anak-anak masih kecil. Jangan ada rasa serik tapi raikan mereka untuk kenal dunia luar. Ciptlah kenangan sebanyak mungkin untuk kita kenang sampai bila-bila.

Inilah yang dikatakan dalam perkongsian oleh Dr. Redza Zainol. Layanlah karenahnya. Sebab anak-anak cepat membesar, cipta kenangan semasa mereka kecil untuk dikenang sampai bila-bila.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

Ada Sebab Saintifik Perlu Bawa ANAK BERCUTI, Walaupun Hanya SETAHUN SEKALI

Info Lebih Menarik DI SINI

Jangan Serik, Inilah Untuk Cipta Kenangan

Teringat lagi betapa penatnya dulu saya bawa anak yang masih kecil pergi berjalan ke tempat yang agak jauh.

Balik rumah tu, terasa serik nak bawa anak berjalan jauh lagi. Penat sangat nak melayan kerenah masing-masing.

Ya Allah, silapnya saya fikir macam tu. Bertahun lepas tu, itulah kenangan yang anak duk sebut-sebut dan asyik teringat.

Rugi sangat bila kita tak luang masa bercuti dengan anak masa mereka masih kecil sebab peluang tu cuma datang sekejap je. Percayalah.

Bila anak dah besar, dia cuma nak keluar bercuti dengan kawan je. Barulah boleh pergi ke tempat yang lebih ‘adventure’.

Bila anak dah besar, masing-masing sibuk dengan kerja. Kalau kena kerja di negeri lain, payah dah nak balik ke rumah kita.

Masa anak kecil ni lah banyak tempat kita boleh masuk dengan kos yang lebih rendah. Ada tempat boleh masuk free je.

Masa anak kecil ni, kita bawa pergi kedai dekat rumah pun diorang dah seronok. Bayangkan kalau kita bawa anak ke pantai, ke sungai atau ke hotel yang ada kolam renang.

Saat dia tersenyum dan gelak ketawa tu la yang kita akan kenang sampai bila-bila.
Yang paling saya rindukan, masa kecil ni la kita akan paling banyak dukung dia, pimpin tangan dia dan bergambar di tempat percutian.

Dah besar ni, semua tu hanya tinggal dalam ingatan je.

Kalau boleh ambil cuti, ambillah peluang ni untuk balik berjumpa keluarga. Ambil peluang untuk bawa anak ke pantai, ke kampung atau ke pulau. Kerja pejabat kita takkan pernah habis.

Mingguan Wanita : Betul sangat. Kalau nak fikirkan kerja memang tak pernah habis, Dapat bercuti sehari dua pun anak-anak dah seronok. Yang tak tahannya, sleagi tak pergi, itulah yang akan ditanya-tanya, bila nak pergi.

Sumber: Dr. Redza Zainol

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora