Semalam bermulanya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ke-4. Dalam masa yang sama demi kepentingan bersama, kerajaan mengambil langkah melonggarkan sedikit PKP berbanding fasa sebelum ini.

Walaupun PKP makin longgar, tidak bermakna mak,ayah terus lalai dan berasa selesa untuk kembali ke aktiviti harian sebelum ini. Beringatlah kita semua masih belum menang, masih berjuang menentang Covid-19.

Ikuti perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad ini dan fahami sedalamnya: 

Hari ini bermula fasa baru PKP. Ada dua perkara kita perlu fahami…

Pertama,

Jangan lupa kita,
merakamkan ucapan terima kasih buat semua frontliner kita dan seluruh rakyat Malaysia atas usaha bersama ini.

Kita semakin baik, tetapi belum baik.

Kita yakin semua frontliner sangat letih dalam mengharungi ujian yang panjang ini. Terima kasih, moga Allah swt merahmati kita semua.

Kedua,

Semalam adalah jumlah kes baru paling rendah iaitu 31 kes sahaja. Dan hari ini, ia kembali menjadi 94 kes.

Apa maknanya?

Walaupun PKP mulai dilonggarkan hari ini. Di pasaraya sudah mula ada orang tunjuk romantik pilih ikan berdua.

IKLAN

Kita akan hidup dengan gaya New Normal ini mungkin untuk tempoh yang lama.

Ya lama, atau sangat lama.

Selama mana tiada vaksin Covid-19. Selama itu kita perlu gaya hidup baru ini.

Budaya Lama Ditinggal

Jaga jarak sosial, sudah dapat keluar jangan terus nak peluk salam Mak Ngah lama tak jumpa.

Mesti pakai mask ke mana-mana, jangan risau lagi lipstik tak sama dengan warna bulu mata.

Budaya bersalaman akan mati selepas ini. Kita hanya letak tangan silang di dada.

Tiada lagi aktiviti tonton wayang bersama keluarga, mainlah congkak yang ada dalam rumah kita.

Tiada lagi aktiviti bercuti keluar negara dan upload di instagram.

Banyak perkara akan jadi sesuatu yang baru buat kita. Tetaplah kawal diri dan keluarga kita.

Kawan-kawan yang baik,

Ia sejenis virus yang kita tak nampak, bila kita kena serangan ia menumpang secara senyap-senyap dalam paru-paru kita.

Katanya dia telah bercambah kepada 30 wajah.

Ada yang langsung tiada gejala, hebat sungguh si Corona.

Ia boleh sahaja tersebar dalam tempat yang kita rasa dah cukup selamat.

Ia secara perlahan menumpang di paru-paru kita, membiak dan bina tapak untuk hidup.

Jaga dan kawal diri kita,

Jika kita ketua keluarga, keluar bekerja jagalah diri kita. Khuatir kita pembawa virus ke dalam keluarga.

Jangan cepat selesa kawan-kawan. Kita belum menang, kita masih berjuang. Sedikit kita lalai, kita akan jadi mangsanya.

Yang penting bukan apakah kita akan menang atau kalah. Tetapi, yang lebih penting adalah apakah kita berjuang atau tak berjuang.

Terima kasih semua. Kita berjuang bersama sama ya.

Abah Qilah
Pejuang Keluarga

Sumber: Dr Azizul Azli Ahmad

MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada mak, ayah agar tidak cuai dalam menjaga keselamatan diri dan keluarga. Teruskan berjuang kerana kita belum menang.