Belum ada rezeki, itulah yang selalu kita ungkapkan kalau ada apa-apa keinginan yang kita harap sangat dan belum lagi tercapai.
Walaupun belum ada rezeki yang kita inginkan itu, tapi percayalah DIA telah berikan rezeki lain tanpa kita sedar.
Keinginan mungkin juga dari segi memperolehi anak, berkahwin, nak beli kereta, rumah dan sebagainya. Itulah yang dikatakan belum ada rezeki untuk kita daapt apa yang diidamkan.
Tapi percayalah, perancanganNya lagi hebat, DIA tak beri apa yang kita inginkan tapi DIA bagi sesuatu yang tidak kita sangka. Sebab itulah rezeki yang kita ada ini berbeza-beza.
Inilah yang dikatakan oleh Ammar Kamilin dalam perkongsiannya tentang belum ada rezeki tapi bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan. Sabar dan terus sabar.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Adik Beradik Susah, Senang Sekalipun, Bantulah Gembirakan Mereka, Inilah ‘Kunci’ Rezeki Kita Luas
Nak Hidup Berkat, Rezeki Melimpah, Amalkan ‘Micro Habit’, Kena Biasakan Tabiat Ini
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
“Bila nak kahwin?”
“Tak ada rezeki lagi nak jumpa jodoh.”
“Bila nak ada anak?”
“Tak ada rezeki lagi nak dapat anak. Sedang berusaha.”
Kahwin, ada anak, antara rezeki yang Allah berikan pada kita. Bila sebut ‘antara’, tak bermakna semua orang akan berkahwin atau mesti ada anak.
Rezeki Allah sangat luas. Datang dari pelbagai sumber. Buat yang masih belum berkahwin atau belum punyai anak, usah gundah gelana. Rezeki kalian mungkin belum datang dari sumber itu, tetapi banyak rezeki dan nikmat lain yang perlu disyukuri.
Tahu tak, kategori rezeki tu berbeza-beza. Ada orang dapat buat kebaikan, itu rezeki.
Terhindar dari buat kejahatan, itu pun rezeki.
Kadang, disebabkan kepandaian kita, kita dapat melakukan sesuatu yang menyumbang kepada masyarakat, itu rezeki.
Kadang, disebabkan ‘kebodohan’, kita terhindar dari buat perkara merapu. Contoh, orang lain terkinja berjoget dalam Tik Tok, nampak cantik. Kita kalau berjoget, nampak macam pokok ditiup angin. Tumbang kiri, tumbang kanan. Tak pandai. Tapi, itulah rezeki, takdelah terjebak!
Cerita rezeki ni. Hanya orang yang bersyukur dan redha dengan apa Allah bagi, akan nampak itu rezeki. Kan?
Kena pasang mata hati. Baru boleh nampak clear! Kalau tak, dok salah Tuhan macam-macam. Terlupa teropong diri sendiri.
Itulah, antara ayat dalam al-Quran yang bercerita tentang rezeki. Menarik sangat kan! Tersedar, ya Allah, Maha Baik Allah. Maha Kaya. Kita tak ingat nak minta pun, Allah beri juga rezeki. Masya-Allah.
Mingguan Wanita : Setiap daripada kita telah ditetapkan rezeki masing-masing.
Sumber: Ammar Kamilin
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita