Jangan Sebut PENAT, Bila Diuji Suami Selalu Outstation Mencari Rezeki

Share

Ada isteri yang direzekikan suaminya selalu dekat depan mata. Alhamdulillah.. syukur. Ada pula isteri yang perlu kuat emosi kerana sering berjauhan dari suami yang kerap keluar outstation mencari rezeki.

Sebut memang mudah, tapi macam mana nak jadi benar-benar kuat emosi itu. Lagi-lagi bila baru berumah tangga, tapi dah terpaksa berjauhan dari suami.

Ibu ini, Ira Humaira berkongsi tip bagaimana dia hadapi situasi suami yang sentiasa keluar outstation mencari rezeki. Dah lima tahun puan Ira ni hadap ujian berjauhan suami isteri dalam mencari rezeki.

6 Tip Kental Untuk Isteri, Berdepan Situasi Suami Kerap Outstation

Sedar tak sedar hampir 5 tahun suami sentiasa outstation.
Ada yang bertanya saya tak penat ke menguruskan banyak perkara?
Allahu..
Hanya DIA yang Maha Mengetahuinya.
Awalnya saya memang payah nak hadap seorang diri.
Kini alhamdulillah, saya terima seadanya. Secara tidak langsung mengajar saya erti berdikari. Dengan izin Allah, saya mampu menggalas dengan senyuman.

Sebolehnya jauhi dari menyebut,
Penat
Penat
Penat
Kerana ianya aura negatif.

Baik saya kongsikan sedikit tips yang saya lakukan.

 

1. PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL

Sangat penting untuk para isteri, baik yang bekerja makan gaji, kerja sendiri mahupun surirumah.
Sebagai contoh tidur awal kerana isteri perlukan stamina yang lebih untuk menguruskan anak-anak dan tuntutan kerja.
Macam saya kalau ada tempahan batik, berdiri 5-6 jam sehari untuk mewarna batik bersama-sama staf. Sebab itu perlunya tidur yang cukup. Untuk mendapatkan tenaga.

2. JAGA MARUAH

Jaga diri sebaik-baiknya. Andai perlu keluar rumah, segera memberitahu suami dengan siapa keluar dan balik rumah pukul berapa. Bukan apa gejala fitnah di akhir zaman ini semakin berleluasa.

3. CALL @ VIDEO CALL @ KOMUNIKASI

Pengubat rindu! Orang kata kalau bercinta tak dapat tengok muka dapat dengar suara pun jadilah kannnn.. Hehhehe. Cinta halal, Allah pun suka.

Jangan segan untuk ucapkan I love U.

Saya selalu mengusik suami mengatakan kata-kata sayang dia tu tak sampai ke hati saya.. Hahaha. Romantik lagi plzzz.

4. SEMATKAN DALAM HATI SUAMI PERGI MENCARI REZEKI

Andai isteri penat melayan kerenah anak-anak, suami juga begitu. Penat mengerah keringat, memerah otak untuk mencari rezeki halal.

Isteri perlu berlapang dada. Redha dengan suami. Andai ada salah silap, maafkan lah suami.

5. AJAR ANAK-ANAK UNTUK MEMBANTU

Bab ni memang mencabar kaum ibu. Berkali-kali pesan dan didik agar mengemas mainan, buang sampah, kemas bilik namun tetap juga bersepah.

Jangan putus asa!

Teruskan mengingati mereka, dan paling best kita sebagai ibu pun bersama-sama berganding bahu, bukan hanya mengarah itu dan ini.

Kan seronok, kita pun tidak stress malah boleh bergelak ketawa lagi dengan anak-anak.

3 superheroes saya berumur dari 3-10 tahun.

6. BERSERAH PADA ALLAH

Keselamatan suami, keselamatan saya dan anak-anak serah bulat-bulat pada Yang Maha Esa.
Mohon doa bersungguh-sungguh dari Ilahi walaupun sentiasa berjauhan namun biarlah Allah menyinari hubungan kami menjadi keluarga Sakinah, Mawaddah, Warahmah.

Semoga apa yang dikongsi ini memberi manfaat.

Sumber/Foto : Ira Humaira, isteri yang menunggu kepulangan suami

Published by
Netty Ah Hiyer