Selama menyimpan telur dalam peti sejuk, anda tahukah telur yang disimpan itu masih selamat dimakan atau sebaliknya.Bagaimana mahu tahu telur dah luput tarikh atau sebaliknya.
Telur kalau dah busuk, sekali dia terpecah boleh buat seisi rumah ‘pengsan’ berhari-hari tak menahan dengan baunya yang teramat ‘pening’.
Bila anda beli telur di kedai atau pasar raya, jangan sesekali membasuhnya dan memasukkan dalam peti sejuk. Itu cara yang salah. Sebaiknya, terus letak pada rak peti ais (barangkali ini alasan rak ini direka di bahagian atas).
Jika anda sudah terbasuh telur yang baru dibeli, ada baiknya anda masak saja.
Kenapa?
Sebabnya pada cangkang telur ada protective bloom yang melindunginya daripada bakteria salmonella. Kalau dah terbasuh bermakna pori-porinya dah terdedah dengan bakteria tersebut. Bayangkan kalau ia dah termasuk dalamnya, anda pun akan sama berisiko terdedah dengan bakteria jahat itu. Itu yang boleh sebabkan sakit perut dan serangan cirit-birit.
Nak Tentukan Telur Luput Tarikh
Bila dah simpan telur dalam peti ais, jangka hayatnya cuma antara 2 ke 5 minggu saja. Kalau lebih dari itu ‘harap maklum’.
Pada pek telur akan ada tarikh luput. Lihat tarikh ‘baik sebelum’. Jika sudah melepasi tarikh itu, sehari dua ia sebenarnya masih boleh digunakan. Tapi gunakan untuk membuat kek atau rebus saja. Jangan sesekali menggoreng, jadikan telur dadar atau rebus setengah masak.
6 Tip Simpan Telur
1. Simpan telur di tempat redup. Jangan letakkan di tempat yang kena cahaya matahari ataupun bahang dapur. Perubahan suhu semasa telur disimpan menyebabkan putih telur mencair.
2. Telur yang bermutu baik mengandungi kuning telur yang pekat dengan di kelilingi putih telur yang pekat dan satu lagi lapisan putih telur yang cair.
Ads
3. Letakkan bahagian telur yang besar di atas untuk memelihara mutunya.
4. Jauhkan makanan yang berbau kuat dalam peti sejuk kerana telur boleh menyerap bau makanan lain.
Nota: Andai terpaksa boleh letak makanan berbau dalam bekas kedap udara.
5. Keluarkan telur dari peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum digunakan.
6. Jika hendak merebus telur, gunakan suhu panas yang sederhana rendahnya.
Ads
Tentukan Kesegaran Telur
Cara biasa yang kita lakukan adalah pecahkan telur dan jika kuningnya masih bulat bermakna telur masih segar. Kalau kuningnya dah cair, bermakna telur dah tak segar. Sebenarnya ada satu lagi kaedah yang boleh dicuba untuk menentukan kesegaran telur yang tiada tertulis tarikh luput.
1. Ambil semangkuk air, rendam telur dalam air dan perhatikan.
2. Jika telur tenggelam mendatar dalam mangkuk bermakna telur itu sangat segar.
3. Jika telur dalam kedudukan tegak dan masih menyentuh dasar mangkuk bermakna telur itu tak begitu segar tapi masih boleh dimakan.
Ads
4. Jika telur terapung bermakna ia tak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan. Telur yang terapung ini disebabkan ia sudah membentuk gas di dalamnya.
Cara Lain Yang Boleh Dicuba
1. Letakkan telur dekat telinga dan goncang. Jika ada bunyi kocakan bermakna ia sudah lama. Tapi anda masih boleh memakannya.
2. Telur yang segar takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah yang terbaik tidak berbunyi langsung.
Nota: Selepas melakukan ujian ini anda perlu menggoreng telur dan jangan simpan dalam peti ais. Kerana ia sudah terdedah dengan lembapan dan berkemungkinan bakteria salmonella mudah melekat padanya.
3. Pecahkan telur dan letakkan atas pinggan atau mangkuk besar. Periksa keadaan putih dan kuning telur. Jika bentuk telur masih kental bermakna ia masih segar. Jika ia mencair, ia tak lagi segar.
4. Perhatikan putih telur, jika warnanya keruh ia sangat segar. Jika warnanya jernih, bermakna ia dah lama. namun, masih boleh dimakan.
5. Sebolehnya beli telur yang ada tarikh luput. Memudahkan anda untuk mengenalpasti telur masih dalam keadaan baik atau sebaiknya.
Bentuk apam ini bagaikan aiskrim cornetto apabila ia berbentuk kon, mempunyai lapisan berwarna warni dan lapisan coklat pada bahagian atasnya. Petang-petang ni, mak-mak bolehlah sediakan apam yang cantik ini sebagai hidangan minum petang untuk keluarga. Anak-anak mesti suka dengan bentuk menarik dan rasanya yang sedap.
Berikut merupakan resipi oleh Na Lee sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
4 biji telur gred A*
1 sudu ovelete*
1 cawan gula halus (saya guna cawan matrik)*
Sedikit Esen vanila*
3 cawan tepung gandum (diayak)
3/4 cawan air aiskrim soda
Pewarna ikut suka
Coklat masakan (apa-apa brand pun tak apa)
Cara Membuat:
1. Putar bahan-bahan yang bertanda * sehingga gebu dan likat (speed max lebih kurang 7,8 minit).
2.Masukkan tepung gandum berselang seli dengan aiskrim soda.
3.Kemudian bahagikan 3 bahagian dan letak warna kegemaran anda.
4.Masukkan ke dalam piping bag & paipkan ke dalam acuan kon. Paipkan warna satu persatu. Lebih kurang 3/4 kon sahaja sebab nanti lepas masak apam akan naik.
5.Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15 minit hingga 20minit (pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu).
6.Sementara itu panaskan coklat masak guna kaedah double boil. Kemudian curahkan coklat masakan diatas apam yang telah masak dan taburkan gula warna/kekacang.
Info Ekstra!
Untuk buat kon boleh gunakan kertas pembungkus nasi dan staplerkan.Kertas dipotong bentuk segitiga & bentukkan jadi kon.
Pastikan apam sejuk dahulu baru boleh letak toping coklat.
Selamat Mencuba!Kongsikan resipi Wajib ini kepada penggemar apam!
Dua beradik buat pesanan “main-main” di kios McD hingga jumlah pesanan cecah RM17,152. Adalah menjadi satu keseronokan bagi anak-anak tatkala dibawa keluar oleh ibu bapa.
Lebih seronok dapat masuk ke restoran makanan segera seperti McDonald’s, KFC, Pizza Hut dan lain-lain lagi. Seperti sedia maklum, kebanyakan restoran makanan segera sudah menyediakan kiosk layan diri di mana tiada lagi pesanan dibuat secara terus di kaunter.
kemudahan disediakan bagi memudahkan orang ramai membuat pesanan dan pilihan makanan. Dan selepas membuat bayaran sama ada di kaunter atau kad bank, pelanggan hanya perlu menunggu makanan tersedia berdasarkan angka giliran yang dikeluarkan.
Segala teknologi disedia untuk memudahkan orang ramai dan membiarkan anak-anak bermain di mesin layan diri ini adalah satu perbuatan yang dirasakan kurang wajar. Ibu bapa harus membuat pemantauan kerana mesin layan diri bukan tempat permainan.
Di aplikasi Tik Tok @rmdhn_ berkongsi gelagat dua kanak-kanak yang dilihat asyik membuat pesanan “main-main” di mesin layan diri McDonald’s hingga jumlah order mencapai RM17,152. Bahkan keduanya dilihat begitu seronok menekan-nekan pesanan sesuka hati, seolah-olah kiosk tersebut adalah permainan video.
Jelas perbuatan yang dirasakan seronok bagi kanak-kanak sebenarnya dilihat satu perbuatan kurang sesuai dan ibu bapa harus membuat pemantauan jika melihat suasana begini.
Memang kelakar bila hanya membuat satu pesanan tetapi 42 pesanan yang tiba. Kanak-kanak ini menangis kerana tidak menyangka kesilapannya membuatkan dia perlu membayar hampir RM671.
Semuanya berlaku gara-gara masalah internet, budak perempuan terima 42 pesanan yang sama kerana telah menekan 42 kali untuk membuat tempahan makanan di Cebu, Filipina.
Gara-gara Masalah Internet
Pesan hanya satu namun 42 penghantar makanan tiba di depan rumah.
Itu yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak di Filipina yang menerima 42 pesanan makanan gara-gara masalah internet.
Kisah itu berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang terpaksa membuat pesanan makanan menerusi aplikasi kerana ibu bapanya bekerja.
Kompas melaporkan laluan sempit di Barangay Mabolo, dekat sini, dipenuhi penghantar makanan gara-gara kesilapan aplikasi itu.
Budak Perempuan Terima 42 Pesanan Yang Sama
Kejadian berlaku jam 11 pagi, Rabu lalu apabila kanak-kanak itu bersama neneknya memesan filet ayam dengan nasi serta kentang goreng berharga 189 peso (RM15.89).
Bagaimanapun, mereka terpaksa membayar 7,938 peso (RM671) untuk 42 pesanan itu. Dia bagaimanapun gagal membayar keseluruhan 42 pesanan itu berikutan ibu bapanya hanya meninggalkan wang secukupnya untuk membeli filet ayam itu.
Jiran kanak-kanak itu, Dann Kayne Suarez berkata, kanak-kanak itu sememangnya sudah biasa dan kerap memesan makanan menerusi aplikasi itu.
Proses Pesanan Jadi Lambat Kerana Masalah Internet
Bagaimanapun, masalah internet menyebabkan proses pesanan menjadi lambat membuatkan kanak-kanak itu menekan pesanan sama sebanyak 42 kali.
Sekumpulan 42 penghantar makanan yang tiba di kejiranan itu secara serentak menyebabkan jiran sekitarnya terkejut hingga tular di sosial media.
Kanak-kanak itu dilaporkan ketakutan dan menangis sebaik melihat kedatangan pesanan sebegitu banyak berikutan tiada wang untuk membayarnya.
Bagaimanapun, jiran tetangga kanak-kanak itu berhasrat membeli filet ayam itu termasuk Dann yang kemudian memuat naik gambar dan video di sosial media.
Namun, tidak semua filet ayam itu dibeli, sesetengahnya terpaksa dipulangkan kembali ke restoran.
MW: Mak,ayah yang tinggalkan anak-anak di rumah itu berhati-hatilah. Ini bukan kes pertama malah pernah berlaku di Malaysia. Silap-silap mak,ayah pula perlu menanggung kerugian bila anak tersalah memesan makanan.
Rosmah Mansur bebas ubah wang haram lebih RM7 juta, hadiah hari jadi paling bermakna tahun ini. Bekas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah yang...