Biar pun hanya sekadar suka-suka, tetapi tolonglah jangan tayang aurat percuma di laman media sosial. Kaum suami kena cakna bab ini, perlu check phone dan kalau nampak video isteri dan anak-anak mula terjebak, tariklah balik.
Ya, kadang kaum perempuan tak sedar yang dia sedang memalukan suaminya sendiri. Walau konon hanya gerakkan bibir dan senyum-senyum, tetapi percayalah pandangan kaum lelaki di luar sana tak sama. Ada yang lebih dahsyat sanggup gelek body semata-mata nak tunjuk dia boleh menyanyi dan berwajah cantik.
Allahu… janganlah terjebak!
Nah, kalau masih belum sedar dengar perbuatan buruk ini, jemput buka hati dengan teguran daripada Puan Intan Dzulkefli. Nak terima atau tidak, terpulang.
Kalau suami kita bukan phone-addict, kaki apps merapu seperti tiktok, bigo, wechat serta kaki explore instagram, maka BERSYUKURLAH wahai isteri. Sebab apps yang disebutkan tu umpama marketplace menayang segala aurat dan kecantikan wanita.
Satu persatu gambar, video aurat, tarian wanita dengan bangga dipertonton demi likes berpuluh ribu, ibarat seperti tempat lelong maruah wanita, maaf saya cakap.
Sampai ada pernah terbaca komen, “tiktok, bigo dan tumblr antara tempat ‘pelacuran online’.”
Astaghfirullah.
Saya mula-mula blur juga sebab tak pernah ada pun apps tersebut, tetapi bila ramai pendakwah muda yang menegur kaum wanita ini, barulah saya sedar, the world is changing. Sebagai ibu, saya tidak boleh naif, kena cakna dan peka.
Rasa nak migrate ke hutan tetapi hutan pun satu persatu dimusnahkan demi nafsu manusia. Sedangkan National Park Pulau Kukup pun bakal degazetted. Maksudnya inilah cabaran akhir zaman ini teman-teman, suka atau tak kita kena tempuh juga, walau dengan iman senipis bawang, dengan doa & ilmu orang alim yang satu persatu ‘diangkat’.
Suami, check telefon isteri. Takut isteri antara wanita yang mempamer aurat melalui apps tersebut. Yang penting kalian pun bukanlah kaki stalker aurat wanita, kaki video lucah.
Ingat, suami itu cerminan isteri, cerminan anak-anak. Nak betulkan isteri dan anak-anak, suami pun kena bertaubat dulu, jaga solat, perbaiki akhlak dulu.
Ibu bapa yang ada anak perempuan yang meningkat dewasa, check telefon anak. Takut kalau mereka antara gadis yang menayang tubuh dan aurat di media sosial dan apps merapu ini.
Walau kita tak pernah ada apps semua itu tetapi hal sebegini kita kena cakna.
Dunia akhir zaman, nak bermaksiat tak perlu melangkah keluar pun dari rumah, bahkan hanya sedekat hujung jari menjadi jalan menuju kemurkaan Allah.
Dajjal belum keluar tetapi kebanyakan dari kita telahpun menggadai keimanan dan akidah demi kefanaan dunia.
Nauzubillah min zaliq. Astaghfirullah.
“Ya Allah tetapkanlah iman kami..”