Jangan Sampai Diri Diuji Dulu, Baru Nak Faham Erti Syukur!
Gambar Sekadar Hiasan

Kita takkan faham erti syukur sehinggalah diuji dengan musibah. Sememangnya ada benar juga kenyataan ini kerana hanya setelah diduga barulah terjentik hati ini untuk mengucapkan rasa syukur.

Begitu jugalah yang berlaku dalam kehidupan seharian pasangan suami-isteri. Pernahkah kita mengucap syukur kepada Allah SWT kerana diberikan ‘teman’ untuk mengharungi kehidupan di dunia ini?

Melalui perkongsian yang ditulis oleh LUA NLP Master Trainer, Zuhairi Nopiah ini, banyak pengajaran yang boleh diambil oleh pasangan suami-isteri dalam melayari kehidupan berumah tangga.

Boleh Ikuti Perkongsian Yang Ditulis Oleh LUA NLP Master Trainer, Zuhairi Nopiah Ini.

Setiap pagi, orang pertama yang saya lihat bila bangun tidur ialah isteri saya.Dan setiap kali dapat lihat isteri, hati ni pasti rasa sebak. Rasa syukur yang teramat.
Sebab 3 bulan lepas, saya jarang dapat lihat dia bila bangun tidur. Saya hanya dapat lihat dan jumpa dia di hospital.
Mungkin ramai yang dah tahu, isteri saya dimasukkan ke hospital selama 35 hari. 7 hari di ICU dalam keadaan koma.
Betullah, kita takkan faham makna manis, sehinggalah kita pernah merasa pahit. Dan kita takkan faham erti syukur, sehinggalah kita pernah diuji dengan musibah.

Bangun Tidur Tiada Di Sebelah

Puan Aisya dikejarkan ke hospital dengan ambulan akibat serangan epilepsy pada 17 Ogos yang lalu.
Dan semenjak dia sihat ni, saya selalu rasa sebak bila tengok dia ada di sebelah saya setiap kali bila bangun tidur.
Masa dia masuk ICU dulu, setiap kali saya bangun tidur saya tengok dia takda kat sebelah. Rasa lain sangat. Sunyi yang teramat!

Hanya Mampu Berdoa

Bila teringat dia kat ICU dan saya tak boleh buat apa-apa, rasa sedih sangat. Saya cuma mampu berdoa ketika tu. Sebab hospital tak benarkan waris tunggu atau jaga.
Keadaan isteri masa tu kritikal. Dia koma dan tiada jaminan dia akan sedar balik. Sebelum koma dia teruk kena sawan, sampai berbelas kali sehari!
Pernah tengok depan mata orang terkena sawan? Siapa yang pernah tengok, dia tahulah bagaimana teruknya keadaan pesakit, dan betapa cemasnya situasi bila sawan menyerang.
Sekarang Puan Aisya dah semakin sihat. Bisnes emas dan takaful dia pun makin laju. Lebih laju dari sebelum sakit, alhamdulillah!

IKLAN

Baca Ini Juga:

Menyantuni Pasangan Tak Semestinya Dengan Hadiah Yang Mahal-Mahal!

Allah Perbaiki Rezeki Dari Sehari Ke Sehari

Baru-baru ni kami ada berbincang. Rasa syukur sangat sebab Allah perbaiki rezeki kami dari sehari ke sehari.
Saya fokus kepada active income, isteri fokus kepada passive income untuk jangka panjang. Setakat ni alhamdulillah Allah permudahkan.
Tapi kami pun tak tahu apa sebab Puan Aisya mudah sangat dapat klien sekarang. Hari-hari dapat call orang nak beli emas atau buat takaful, atau dua-dua.

Jangan Sampai Diri Diuji Dulu, Baru Nak Faham Erti Syukur!
Gambar Sekadar Hiasan

Mulakan Hari Dengan Bersyukur

Apa yang kami tahu, setiap hari kami akan mulakan hari dengan bersyukur. Contohnya;

IKLAN

1. Saya akan bangun pukul 4 lebih supaya dapat solat tahajud, solat taubat dan hajat, insyaAllah. Rasa bersalah sangat kalau tak buat sedangkan isteri dah sihat.

2. Isteri pun akan bangun sama untuk solat.
Jika dia tak boleh solat, dia tetap bangun awal untuk bantu saya sidai kain, kemas rumah dan layan klien yang nak beli buku. Opss.. Isteri bantu saya?
Ya, memang betul. Tanggungjawab sediakan keperluan rumah memang kewajiban suami. Isteri saya hanya membantu.
Kalau isteri anda memang buat semua kerja rumah setiap hari, bersyukurlah. Isteri mungkin dah bantu buat kerja kita bertahun lamanya secara percuma!
Cuba bagi hadiah ke, gelang emas ke kat dia. Mesti dia seronok, sedangkan yang dia bagi tu lebih banyak dari apa yang kita bagi. Hihi.

3. Sebelum atau selepas Subuh, saya amalkan istighfar, selawat dan zikir-zikir Asma’ul husna.
Dulu buat sebab nak jemput rezeki, sekarang kami buat sebab rasa syukur. Rasa best sangat!

4. Kami wajibkan diri kami solat berjemaah bersama.
Rasa tenang je bila dapat bersalaman dan bermaafan dengan pasangan 5x sehari. Musim PKP ni, rugi sangat kalau tak solat berjemaah suami isteri kan?

IKLAN

5. Lepas mandi dan solat Subuh berjemaah, biasanya saya akan peluk isteri dalam 10 saat.
Puan Aisya ni orang kinestetik. Dia sangat suka kalau saya peluk dulu. Hampir melompatlah dia! Haha. Ada lagi, tapi cukuplah 5 dulu ya.

Sedikit perkongsian untuk tatapan suami isteri pagi ni. Moga bermanfaat.

Berkongsi ilmu untuk memberi manfaat. Klik www.LuaDreamBoard.com untuk baca tentang perkongsian terbaru saya #SebarkanKebaikan #LUA #DreamBoard

Sumber: Zuhairi Nopiah

Follow Mingguan Wanita
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI