Jangan Salah Pilih, Ada Beza Antara Kulit Kayu Manis Ceylon & Cassia!

Share

Terdapat pelbagai jenis kulit kayu manis. Kita perlu bijak memilih bagi mendapatkan kulit kayu manis yang betul-betul baik untuk kesihatan. Jangan salah pilih. Kenali perbezaan antara kulit kayu manis Ceylon dan kulit kayu manis Cassia.

Sejarah penggunaan kulit kayu manis atau dunia mengenalinya dengan nama cinnamon adalah sejak dari zaman Mesir kuno. Orang Mesir pada zaman itu menggunakan kulit kayu manis sebagai ubatan, rempah-ratus, dan juga agen pengawet. Disebabkan berharganya kulit kayu manis, ia dikatakan lebih berharga daripada emas pada masa itu.

Kulit kayu manis diperoleh daripada pokoknya. Biasanya kulit kayu manis dijual dalam bentuk serbuk atau kepingan. Anda kenalkah jenis kulit kayu manis yang jadi pilihan?

Sebenarnya terdapat dua jenis kulit kayu manis iaitu Ceylon cinnamon dan Cassia cinnamon. Ada yang menganggap Ceylon adalah kulit kayu manis yang asli dan Cassia pula adalah kulit kayu manis palsu.

Kulit Nipis Vs Kulit Keras

Pokok kayu manis tergolong dalam genus yang besar kira-kira 250 spesies, yang sebahagian besar adalah aromatik. Asal pokok kayu manis (Cinnamon) berasal dari Sri Lanka, dahulunya dikenali sebagai Ceylon, manakala pokok kayu manis (Cassia) juga amat berkait rapat dengan pokok kayu manis berasal dari China.

Pokok kayu manis Cinnamon dan Cassia kedua-duanya jenis kecil tropika malar hijau yang tumbuh sehingga 20 hingga 30 kaki tinggi, dengan kulit kayu dan daunnya beraromatik.

Apa beza antara kulit kayu manis Ceylon dan kulit kayu manis Cassia?

Kayu manis Ceylon atau Sri Lanka, hanya menggunakan lapisan kulit nipis dalaman yang mempunyai tekstur yang lebih halus, kurang tumpat, dan lebih rapuh, dan dianggap sebagai lebih aromatik dan lebih halus pada perasa dibandingkan dengan cassia.

Cassia mempunyai rasa yang lebih kukuh (sedikit lebih keras), umumnya kayunya berwarna merah keperangan, tekstur keras dan tebal  disebabkan semua lapisan daripada kulit kayu digunakan.

Dikatakan kulit kayu manis cassia mengandungi sejumlah coumarin yang amat tinggi. Coumarin adalah sebatian perasa dan boleh menjadi toksik. Cassia mengandungi lebih 1000 kali coumarin jika dibandingkan dengan Ceylon.

Oleh itu pilihlah kulit kayu manis yang mampu membantu anda menjaga kesihatan daripada kulit kayu manis yang boleh membahayakan kesihatan jika digunakan dalam tempoh berpanjangan.

Serbuk kayu manis

Kebaikan kulit kayu manis untuk kesihatan memang tidak dapat disangkal sama sekali.

1-Anti Pembekuan

Kebaikan paling penting kulit kayu manis adalah kebolehan anti pembekuannya. Kebolehan ini datangnya daripada cinnamaldehyde yang dikatakan mampu menghentikan platelet darah beku yang tidak diperlukan.

2-Mengatur Tekanan Gula Dalam Darah

Dikatakan kebaikan lain menggunakan kulit kayu manis adalah kemampuannya membantu mengatur tekanan gula dalam darah. Menariknya, dikatakan jika anda membubuh serbuk kulit kayu manis pada makanan tinggi karbohidrat, ia dikatakan mampu melegakan kesan makanan tersebut pada gula dalam darah.

3-Padat Antioksidan

Kulit kayu manis mengandungi antioksidan yang amat kuat. Dikatakan juga kulit kayu manis mampu membantu memperlahankan pertumbuhan bakteria dan juga kulat. Ini bermakna kulit kayu manis dikatakan mampu digunakan untuk menentang kulat candida albican yang sering menyebabkan jangkitan kulat pada vagina.

4-Memperbaik Ingatan

Dikatakan kulit kayu manis mampu menguatkan pemprosesan kognitif. Terdapat kajian yang telah dilakukan dalam hal ini namun begitu ini hanya kajian kecil dan masih banyak lagi kajian yang perlu dilakukan bagi membuktikan kesahihannya.

Baca ini juga: 

gunakan-bawang-merah-untuk-detoks-kurangkan-masalah-kesihatan

pedasnya-menyengat-namun-khasiatnya-lebih-hebat-itulah-cili-merah

Published by
Julie Roshana