Bayi kuning atau jaundice adalah perkara biasa yang berlaku pada bayi tetapi boleh buat ibu yang baru bersalin jadi tekanan sebab tak sampai hati tengok anak kena ambil darah. Jadi tak pelik kalau ramai ibu muda yang mula tanya petua macam-macam demi selamatkan si comel.
Tetapi apa pula kesannya pada anak dan betul ke petua yang diamal mampu buat anak cepat sembuh daripada demem kuning? Untuk penjelasan lebih jauh, baca perkongsian Doktor Erna Nadia, in shaa Allah mak-mak akan dapat jawapan…
Harini saya nak ingatkan sekali lagi tentang salah faham ibu muda atau ibu pertama tentang bayi kuning dan bayi demam.
1) Jika bayi anda jaundis(kuning) pada umur 2-14 hari ( bayi cukup bulan) atau umur 2-21 hari ( bayi pramatang), ianya adalah normal dan wajib mendapat rawatan susulan. Darah akan diambil untuk melihat tahap kuning.
Jika tinggi dari sepatutnya, doktor akan refer ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan samada diletak di bawah lampu atau pertukaran darah bergantung kepada tahap kuning bayi anda.
Rileks
Chill
Sabar
Kerana kuning bayi akan keluar melalui najis ( kecil dan besar).
Makin kerap baby minum susu, makin kerap dia buang air kecil dan besar, maka makin cepat kuningnya hilang.
Selain itu, kena cuci tali pusat 2-3 kali sehari, cuci bahagian kemaluan bayi betul betul setiap kali selepas cuci najis.
Bagi susu badan.
Jangan makan jamu/ jus merapu, lada hitam, halia semasa susu badan.
Air masak tidak mempunyai nutrisi. Jika anda bagi air masak, bayi akan kenyang tanpa nutrisi.
Kerana perutnya masih belum matang untuk hadam makanan kompleks. Lagi lagi bayi pramatang.
Kerana nutrisi di dalam susu badan adalah yang terbaik untuk bayi. Tak akan ada susu formula yang boleh melawan ciptaan Allah yang satu ini.
Kerana susu badan mudah dihadam. Setiap kali lepas minum, susu itu akan memberi nutrisi untuk badan bayi.
Perut bayi baru lahir ini sangat kecil. Sebesar saiz separuh telur. Dia minum sikit sahaja sudah kenyang.
Bila dah hadam, dia lapar lah balik.
Bayi saya susu badan tapi tak berak 5 hari. Takpa ke doktor?
Kalau bayi anda tak ada demam, tak muntah, tak meragam, menyusu dengan elok, kencing dengan banyak, insha Allah ok. Ibu perlu minum air masak dan makan buah dan sayur dengan banyak.
Tak perlu membazir dan membeli benda merapu seperti:
Bedung untuk pulihkan kuning
Stoking untuk pulihkan kuning
Makanam tambahan untuk pulihkan kuning
Lampu untuk pulihkan kuning
Semua ini adalah merapu alam dan membazir sahaja. Kuning tak akan sembuh dan duit anda akan terbazir sahaja.
Jangan jemur bayi
Jangan bagi biji anggur pada bayi
Jangan bagi carlsberg pada bayi
Jangan bagi apa apa kepada bayi anda selain susu badan.
Jangan stress.
Bila anda stress, susu badan akan drop.
Bahaya stress time pantang, nanti meroyan. Istighfar banyak banyak. Keep calm & be a happy mom.
Jangan kata tak boleh, jangan kata tak ada susu badan. Kata kata itu kan doa.
Kenapa berdoa benda yang negatif?
Dan yang paling penting, jangan google untuk benda yang tak pasti. Datang ke klinik atau hospital dan tanya pada doktor.
Ingat…
Tanya doktor, bukan penjual yang tak faham pun apa itu photolevel atau conjugated bilirubin.
2) Jangan bagi 100plus pada bayi atau kanak kanak yang demam atau cirit birit. Ianya akan membawa pada kepada anak anda kerana kandungan mineralnya.
Sudahlah anak anda hilang mineral penting semasa sakit, kita tambah pula dengan bahan tak elok kepada dia.
Bayi demam bawah 6 bulan, susu badan dan kerap basahkan bayi.
Bayi demam lebih 6 bulan, susu badan, air masak dan kerap basahkan bayi.
Ibu ibu muda perlu lebih rajin dan bersemangat jaga anak anda.
Sedih saya bila tadi ada seorang ibu muda yang acuh tak acuh jaga anak dia. Suruh bagi susu badan, dia kata malas dan penat. Dia nak tidur dan rehat, suami yang bancuh susu anak.
Bagi susu badan adalah yang terpaling senang.
Boleh bagi pada bila bila masa dan di mana sahaja.
Nak pergi berjalan pun senang, tak payah nak usung termos la susu la itu la ini la.
Selak dan bagi.
Pakai baju yang besar dan tudung labuh.
Kalau bukan islam, boleh beli nursing cover. Lipat kecil dan masukkan dalam handbag.
Bangun malam untuk pam susu.
Biasalah dah ada anak, memang tak cukup tidur. Kita dah dewasa, dapat 3-4 jam tidur pun dah ok. Janganlah manja sangat.
Fikir satu saja, kalau ramai orang boleh, kenapa tidak anda?
Bersusah susah dahulu, bersenang lenang kemudian.