Jangan risau kahwin lambat, tiada anak! Pedulikan kata orang, kita manusia hanya mampu berusaha sebaik mungkin. Selebihnya hanya Allah yang tentukan.
Soal jodoh dan zuriat semuanya di tangan Tuhan. Sebagai hamba-Nya bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya.
Jangan Risau Kahwin Lambat, Tiada Anak!
Kongsi Adam Corrie, jangan risau kahwin lambat atau dapat anak lambat.
Saya dapat bertemu jodoh ketika usia 40 tahun, manakala bidadari 30 tahun.
Kemudian dikurniakan zuriat ketika usia 50 tahun dan bidadari saya ketika itu 40 tahun, isteri empat kali mengalami keguguran sebelum dapat Adam Fateh Lee.
Pedulikan Kata Orang
Tak ada jodoh bukannya kita tak boleh bahagia.
Malah dikurniakan masa untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakat
Ada anak pun rezeki, tiada anak pun rezeki.
Bahagia itu ada pada diri kita kalau kita terus bersyukur apa yang kita ada..
Mingguan Wanita : Bersyukurlah dengan setiap apa yang Allah kurniakan barulah bahagia dan hati merasa tenang. Insyallah. Berusaha dan jangan putus berdoa pada Allah. Tiba masanya, Allah akan berikan yang terbaik pada hamba-Nya.
Suami tolong jangan ambil mudah dengan keadaan isteri yang berpantang bersalin, jagalah dia. Kena faham lepas bersalin, isteri sebenarnya baru saja melalui fasa bertarung nyawa antara hidup dan matinya.
Sebaik isteri anda melahirkan bayinya, tempoh 44 hari isteri perlukan untuk melalui proses berpantang. Waktu itu, isteri perlu dijaga rapi sepanjang melalui tempoh berpantang. Itulah masa untuk isteri recover balik dari kesakitan ‘putus urat’ sebab nak keluarkan 1 lagi nyawa.
Jangan nanti, sudahlah suami tak ambil peduli. Selesai saja tempoh berpantang, suami complaint, isteri tak lagi cantik macam dulu. Wah! Bukan main suami ya.. isteri sebenarnya boleh jadi lebih cantik dari anak dara kalau suami pandai jaga sepanjang isteri melalui tempoh berpantang.
Nak suami lebih faham, tolonglah hadamkan apa yangMizan Dzaikongsikan ini. Betapa pentingnya menjaga isteri dalam pantang. Bukan sekadar fizikal, emosi isteri itu pun part paling penting untuk suami jaga sama.
Suami Jangan Reti Nak Komplen Je
Kau sebagai suami jangan reti nak komplen je isteri tak cargas macam dulu, pelupa memanjang, lembik dan malas je gaya dia.
Konon dia tak pandai ketatkan balik, sibuk melayan anak dan dah tak fokus kat kau lepas bersalin.
Sekali sekali cuba cermin dan tanya diri sendiri, cukup ke rehat isteri kau masa berpantang? Kau ingat meneran tu macam jogging 30 minit?
Keperluan berpantang dia kau dah sediakan semua ke? Tukang urut kau panggil datang rumah tak? Ada ke kau take over kejap kerja kerja kat rumah masa dia berpantang?
Masalah jiwa aku tengok sekarang ramai sangat kaum lelaki terutamanya suami yang ambik mudah bab berpantang lepas bersalin ni. Semua asal boleh je. Kolot kata kau.
Tak ada dalam Islam lah, syirik lah.
Kang bila isteri kau dapat penyakit sebab tak jaga masa pantang betul betul, sebab nak ikut cakap suami macam kau yang pandai pandai sendiri tu, baru kau tahu langit tinggi ke rendah. Tak ada kerja lain ke selain merungut?
Tu yang kau mula meluahkan perasaan kat perempuan yang tunggu masa nak ngap kau, yang tunggu masa nak runtuhkan rumah tangga kau. Kononnya tak boleh pendam sorang-sorang, kena ada tempat meluahkan perasaan.
Kau pergi meluahkan perasaan kat perempuan yang slim tak pernah beranak, yang mulut macam mesin basuh, merembes dengan mencanang alasan-alasan kenapa lelaki main kayu tiga.
Kononnya isteri dia tak pandai jaga suami.
Kau sebagai suami, dah pakai isteri sampai beranak, pandai-pandailah repair balik. Pandai-pandailah cantikkan balik. Ini tak, dah pakai sampai ada anak lepas tu buang.
Kau kena ingat, berpantang ni kalau ikut cara yang betul, boleh jadi cantik lebih dari anak dara tau.
Kau Jangan Lupa, Kau Ada Mak, Adik, Kakak
Lagi satu, kau jangan ingat semua anak dara kat luar tu elok sangat. Berlambak yang ada masalah keputihan, hormon dan lain-lain. Ingat aku tak tau ke?
Kemon.
Bagi yang belum berkahwin, aku tahu mulut kau orang ni kekadang suka terlepas cakap benda yang menyakitkan hati orang lain.
Kau tak tau isteri si suami yang meluahkan perasaan kat kau tu bertarung nyawa, berputus urat dengan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan juga ibu.
Kang kau buat orang, nasib kau macam mana? Silap silap kau pun kena benda yang sama. Yang kita lelaki ni jangan lah gatal nak try power sama macam bujang dulu ke tak. Ada lagi ke tak taring lama.
Jangan cari penyakit.
Konsep aku simple je, kau buat isteri atau perempuan macam tu, kau layan macam barang yang dah tak ada nilai, kau jangan lupa kau ada mak, ada adik ada kakak.
Jagalah rumahtangga kita sendiri, tak perlu sibukkan orang lain punya hal. Jaga keperluan anak-anak, senangkan hati isteri, senangkan ekonomi keluarga.
“Ya Allah, ampunilah Dr Naim Zafri Che Yusoff ini, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat Syuhadah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya. Allah juga pinjamkan sekejap untuk ibu ayah, anak yang baik dan soleh sangat disayangi Allah SWT. Syurga firdausi buatmu doktor muda Naim Zafri.” begitulah antara doa yang dikirimkan oleh rakan-rakan arwah di laman sosial FB.
Anak bongsu dari enam beradik Naim Zafri, 26 telah meninggal dunia selepas kenderaan yang dipandu terbabit dalam kemalangan maut pada 9 April lalu di Kilometer 21 Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Ulu Bendul. Menurut Mohd Fahmi Che Yusoff, 33 meskipun berasa amat sedih atas kehilangan adiknya itu namun mereka sekeluarga reda.
“Jasa arwah adik menjaga ibu, Hasnah Ishak akan kami kenang selamanya dan kami reda atas pemergiannya, Allah SWT lebih sayangkan adik ,” kata Mohd Fahmi.
Mereka sekeluarga yang tinggal di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang akui arwah merupakan seorang anak yang memiliki keperibadiaan yang cukup baik. Malah Naim Zafri yang juga seorang Doktor Pelatih di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) kerap berulang-alik dari Kuala Pilah ke Kajang.
“Berkenaan dengan mak tinggal sendirian dan berulang alik setiap hari. Sebenarnya mak tinggal bersama saya sejak arwah ayah sakit lagi dan arwah Naim balik setiap kali ada kesempatan, iaitu hampir dua atau tiga kali dalam seminggu. Arwah menyewa bersama rakan-rakannya di Kuala Pilah tetapi tidak dinafikan arwah memang suka pulang ke rumah untuk menemani mak dan ayah saya di rumah sejak dari dulu lagi.
“Arwah adalah adik kami yang bongsu. Seorang yang ceria, tidak mudah marah, murah dengan senyuman, mudah mesra dan sangat mengambil berat tentang orang lain. Naim juga tidak pernah menyusahkan sesiapa. Mempunyai ramai kawan yang baik. Seorang yang aktif bersukan, gemar bermain bola sepak dan futsal,” cerita Mohd Fahmi kepada dihubungi.
Tidak Tunjuk Tanda Pelik
Ditanya adakah arwah Naim ada menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik, terang Mohd Fahmi;
“Arwah Naim tidak menunjukkan tanda-tanda yang pelik malah melakukan rutin seperti biasa. Pada hari ahad 8 April 2018 sebelum berlakunya kejadian tersebut, arwah bercuti. Saya, isteri, ibu dan arwah sempat keluar makan dan membeli belah bersama. Dia kelihatan ceria seperti biasa. Pada 9 April 2018 lebih kurang 4.45pagi hari kejadian ibu saya menghantarnya ke muka pintu seperti biasa sebelum bertolak ke tempat kerja.
“Semestinya perkhabaran ini memberi impak yang sangat besar terhadap emosi ibu saya apatah lagi baru sahaja kehilangan ayah saya pada tahun lalu. Kami semua masih sangat terkejut dengan pemergian adik memandangkan kami sekeluarga sangat rapat. Ibu sangat terasa kehilangannya kerana jika Naim pulang ke rumah, dia yang akan tidur bersama ibu.
“Arwah sememangnya anak yang sangat baik dan taat pada ibu dan ayah. Sememangnya arwah sanggup berulang alik menjenguk kedua orang tua kami sejak dari dulu lagi iaitu ketika belajar di UiTM Puncak Alam. Alhamdulillah emak kami masih sihat seperti dulu cuma emak masih berduka sejak ayah kami meninggal akibat sakit jantung pada Julai 2017.”
Arwah Naim Zafri Mahu Jadi Doktor Pakar Tulang
Kehilangan arwah dalam keluarga sangat memberi impak. Mohd Fahmi turut menyatakan mereka sekeluarga memberi galakan sepenuhnya kepada arwah yang bercita-cita mahu menjadi doktor Pakar Tulang .
“Adik beradik kami semuanya berkerjaya tetap. Malah seorang kakaknya adalah Pakar Psikiatri di Hospital Muar dan seorang abangnya pula adalah Pegawai Perubatan Jabatan Bius di Hospital Kuala Lipis. Arwah adik memang bercita-cita untuk menjadi doktor pakar tulang. Memandangkan dia anak bongsu, kami memang memberi sokongan penuh kepada beliau.
“Arwah adik memang memilih untuk menjadi doktor pelatih di HTAN. Bercadang untuk memohon penempatan lebih dekat setelah habis housemenship. Arwah tidak pernah merungut tentang perjalanan ke tempat kerja kerana saya yakin arwah seronok dan ikhlas dengan kerjanya.
“Arwah juga selalu bercerita tentang kerjanya sebagai doktor pelatih yang sibuk. Tapi sangat seronok jika dapat menyempurnakan kerjanya dengan baik. Naim juga selalu memuji doktor-doktor dan staf hospital yang banyak mengajar dan membantunya di hospital,” sambung Mohd Fahmi.
Tidak Suka Membazir
Menyentuh tentang Ramadan dan Syawal yang akan tiba nanti, Mohd Fahmi sekeluarga akui akab berasa kehilangan.
“Arwah seorang adik dan anak yang baik, selalu mengutamakan ibu dan ahli keluarga. Kehilangannya pasti amat dirasai tambahan pula tidak lama lagi hendak sambut Ramadan dan Aidilfitri.
“Pada bulan puasa, kami biasanya bersahur dan berbuka bersama. Naim akan menghabiskan makanan yang ada kerana dia tidak suka membazir. Manakala cuti hari raya adalah peluang untuk kami bercuti bersama keluarga. Contohnya pada tahun 2016, selepas berziarah ke rumah saudara mara, kami sekeluarga bercuti di Melaka A Famosa resort,” imbas Mohd Fahmi.
Kereta Kelisa Remuk
Seperti mana yang dilaporkan di Sinar Harian pada hari kejadian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, seramai sembilan anggota dan sebuah jentera serta EMRS bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan jam 5.57 pagi.
“Setibanya di lokasi, kami dapati mangsa (Naim Zafri) tersepit di antara bahagian tempat duduk pemandu dan stereng kereta sehinggakan kami terpaksa memotong pintu pemandu dan ‘dashboard’ kereta menggunakan peralatan khas dan bomba mengambil masa 20 minit untuk keluarkan mangsa. Pegawai perubatan sahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya ,” katanya.
Eva Saifun berkata, mangsa lain turut terlibat yang menaiki kereta Exora dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke HTAN.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu Naim Zafri dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki Muhammad Azim Kamaru-zaman, 26.
“Mangsa (Naim Zafri) dipercayai memandu dari arah Seremban menghala Kuala Pilah sebelum bertembung kereta dipandu Muham-mad Azim beralamat Taman Jemapoh Murni Kuala Pilah.
“Pertembungan itu mengakibatkan Naim Zafri maut di lokasi kejadian dipercayai parah di kepala dan patah kedua-dua tangan serta kaki manakala Muhammad Azim yang luka di dahi dan anggota badan dibawa ke HTAN untuk menerima rawatan selanjutnya,” jelasnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesekali layan gajet atas urusan bisnes tak salah, tetapi janganlah sampai melalaikan sehingga anak-anak terabai. Lagi teruk ada mak ayah yang kononnya nak bahagiakan hati anak-anak tetapi asyik berkepit dengan gajet 24 jam. Betul ke cara kita tu?
Begitulah sedikit perkongsian daripada saudara Ahmad Hisyam Sabrani, kalau boleh sibuk kita biar berpada.
Hadap Gajet Sampai Melalaikan
Kau mengharapkan anak-anak besar esok jadi anak soleh, huffaz quran, orang berjaya, taat mak bapak., pemimpin negara… Tapi hari-hari dalam hidup kau mengadap handphone lebih lama daripada masa kau mengadap anak-anak. Kau senyum depan gajet lebih banyak daripada kau senyum depan anak.
Pergi kedai makan sama-sama dengan anak, tapi kau mengadap Telegram sepanjang waktu. Anak yang duduk berhadapan dengan kau terpinga-pinga tak tau nak buat apa sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. Kalau dia meragam sikit, kau jerkah dia depan orang ramai.
Anak kau demam, kau bawa pergi klinik. Sementara tunggu no.giliran naik, kau layan Insta sampai terabai anak yang sedang menahan sakit. Terkapai-kapai anak tu takda kawan nak bersembang. Paling kuat pun kau bagi dia tengok Youtube atau main game dalam handphone. Janji kau tak terganggu.
Perangai Mak Ayah Zaman Sekarang
Hari sukan sekolah, anak kau semangat berlari, melompat, bersaing dengan kawan-kawan. Dapat pingat dan piala nak tunjuk kat mak ayah dia. Tapi anak tengah berpanas, berentap di padang, kau berteduh bawah khemah layan Whatsapp sambil tersenyum sorang-sorang.
Bawa anak pergi taman permainan, anak-anak kau lepaskan main sendirian. Main papan gelongsor, jongkang-jongket, buaian… Kau di mana? Duduk atas bangku sambil kemas kini status Facebook, “Petang ni seronok bawa anak-anak bermain di taman mainan” dan tunggu komen rakan-rakan. Anak-anak menunggu kau turut serta, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian.
Kau letakkan harapan pada masa depan anak kau setinggi gunung, nak dia jadi anak soleh, insan berjaya dunia akhirat, tapi nilai gajet kau letak jauh lebih tinggi. Komunikasi dengan anakpun melalui “perantaraan” Youtube dan Ipad. Kalau takda gajet, kau pun buntu macam mana nak melayan karenah anak dan berkomunikasi.
Hakikat yang pahit, tapi senario harian yang boleh diperhatikan di sekeliling kita. Sekarang anak masih kecil mungkin kau tak nampak kesannya. Tapi setelah 20 tahun akan datang baru kau nak sedar, setelah kau nampak kesannya depan mata, ketika itu nak patah balik pun dah tak dapat. Jadi sementara masih punya masa dan kesempatan, gunakan peluang sebaiknya.
Kau adalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak kau…
Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluarganya, dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggungjawabannya atas kepemimpinannya. (HR al-Bukhari dan Muslim. Ini adalah lafaz al-Bukhari)
Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin tentang apa-apa yang dipimpinnya. Adakah ia pelihara atau ia sia-siakan, hingga seseorang ditanya tentang keluarganya. (HR an-Nasaa’ie dan Ibn Hibban, daripada Anas bin Malik. Ibnu Hajar mensahihkannya)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...