Jangan risau kahwin lambat, tiada anak! Pedulikan kata orang, kita manusia hanya mampu berusaha sebaik mungkin. Selebihnya hanya Allah yang tentukan.
Soal jodoh dan zuriat semuanya di tangan Tuhan. Sebagai hamba-Nya bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya.
Jangan Risau Kahwin Lambat, Tiada Anak!
Kongsi Adam Corrie, jangan risau kahwin lambat atau dapat anak lambat.
Saya dapat bertemu jodoh ketika usia 40 tahun, manakala bidadari 30 tahun.
Kemudian dikurniakan zuriat ketika usia 50 tahun dan bidadari saya ketika itu 40 tahun, isteri empat kali mengalami keguguran sebelum dapat Adam Fateh Lee.
Pedulikan Kata Orang
Tak ada jodoh bukannya kita tak boleh bahagia.
Malah dikurniakan masa untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakat
Ada anak pun rezeki, tiada anak pun rezeki.
Bahagia itu ada pada diri kita kalau kita terus bersyukur apa yang kita ada..
Mingguan Wanita : Bersyukurlah dengan setiap apa yang Allah kurniakan barulah bahagia dan hati merasa tenang. Insyallah. Berusaha dan jangan putus berdoa pada Allah. Tiba masanya, Allah akan berikan yang terbaik pada hamba-Nya.
Bukan semua ibu dapat rezeki menyusukan anak secara semula jadi iaitu susu badan yang kita tahu banyak zat dan kelebihan pada si comel. Kadang ada yang dapat bagi susu badan tetapi nampak anak macam tak kenyang. Eh, susu tak cukup ke?
Haaa… sebab itulah mak-mak patut ambil tahu dulu ilmu menyusukan anak daripada Puan Hairin Anisa Tajuddin kalau tak nak sampai salah anggap yang akhirnya terpaksa campur susu formula sebab takut anak tak cukup susu.
Saya memahami setiap ibu yang BF & yang tak dapat breastfeeding anak means bagi anak FM. Kedua-duanya tidak perlu kita condemn tapi kita bagi ilmu yang jelas.
Dua hari ni saya dapat 2 kes.
1) Baby umur sebulan menyusu ibu tapi mixed dgn FM sbb ibu rasa susu tak cukup. Baby datang sebab batuk berkahak teruk & saya refer ke hospital for investigation untuk Pertusis.
Alasannya bagi FM sebab baby macam tak kenyang menyusu ibu dan baby kerap terjaga menangis slps disusukan (mak ingat baby dah kenyang).
From history, baby memang tak dibedung drpd awal, maka anak yg ada INVOLUNTARY MOVEMENT (pergerakan otot yg tidak terkawal oleh otak / tanpa disedari) selalu “limbs shaking/kaki tangan bergetar” (macam dalam video bawah) bila diletakkan ke bawah setelah tertidur dipangkuan. Then, mak anggap baby masih tak cukup susu maka di berikan susu FM.
As usual baby memang ada sucking reflex (refleks hisapan iaitu sejenis primitive reflex) yg semestinya akan buat baby sucking apa sahaja hatta kayu or jari yg dimasukkan dalam mulut baby….Jadi baby minum hingga terlebih kenyang.
Baby yg ada GER (Gastroesophageal Reflux : injap esofagus bawah yg lembik) menyebabkan baby mudah muntah / menjeluak & baby boleh dapat aspiration pneumonia (radang paru2 akibat tersedak susu dlm paru2).
Sebenarnya…
Jadi kesimpulannya ibu ini tidak faham yg babynya telah kenyang dgn susu ibu maka diberikan FM disebabkan dia tidak faham babynya cuma kerap terkejut akibat tidak dibedung semasa tidur.
Selalunya baby akan lena dipangkuan ibu sbb tangan kakinya dipeluk… tapi bila diletakkan, bayi yg belum betul2 lena akan mudah terkejut & menangis semula. Inilah perkara-perkara yang selalu buat IBU SALAH ANGGAP BABY MASIH LAPAR DGN SUSU IBU.
Jadi… ini masalah kurang ilmu bukan masalah kurang susu.
2) Ada ibu datang bawa baby umur 2 bulan yg babynya ada masalah colic tapi mak dah tak nak bg susu ibu, sbb dia kata susu cair.
Dia cuma pump susu keluar sbb anak dia memang struggle utk BF…susah nak sustained latching & kerap terlepas…
Saya check breast ibu dan cuba perah guna tangan, tapi susunya memancut keluar tapi susu fore milk (susu awal)…memang agak cair tapi setelah memerah dlm 3- 5 min, susu yg pekat keluar (hind milk/susu akhir yg pekat). Saya check baby memang ada lidah pendek sbb ada tali bawah lidah (tongue tie mcm video bawah ni) type 2, restricted pattern (gerakan lidah terhad).
So saya pun explained kat ibu yg anak dia failed to latch on bukan sebab susu cair, tapi disebabkan oleh tongue tie atau bawah lidah ada tali.
Saya terus buat frenotomy (pembedahan kecil utk putuskan tali bawah lidah) dan anak boleh menghisap susu ibu semula dengan teknik craddle & postioning (pegangan bayi & posisi) yg betul… harap-harap ibu ni tak salah faham dgn susunya cair lagi selepas saya ceritakan bahawa susunya yg the best sbb bg antibodi.
Ini bukan masalah susu cair tapi masalah kecuaian para doktor & nurse utk check properly semasa baby lahir utk lihat ada tongue tie ke tidak.
Kes lain yang saya nak share:
3) Saya pernah dapat kes ibu menyusukan anak sepenuhnya tapi anak kerap jatuh sakit, macam kerap selesema, batuk sebab tonsilitis & bronchiolitis, tapi belum pernah tahap masuk ward guna oxygen supply.
Ibu pernah berkira-kira untuk bagi baby FM sbb dia pernah kata anaknya tak sesuai dgn susunya.
Saya aje yang tekankan bahawa kalau dia start bagi FM, anaknya akan mudah kena jangkitan kuman yg sangat serius.
Memang kita harap susu ibu anak tak akan jatuh sakit… but that is NONSENSE (karut). Mana ada method prevention dalam dunia yg 100% akan protect baby… ini yang make sense.
Susu ibu akan bekalkan antibody yang ibu ada means ibu pernah expose dgn kuman-kuman tertentu. Tapi ada kuman-kuman yg ibu tak pernah expose, means no antibody production towards that yet;
Malangnya baby dah terdedah kepada kuman tersebut terlebih dahulu sebelum ibunya, mungkin sebab bercampur gaul dengan kanak-kanak lain di taska or abangk kakak bawak balik daripada sekolah… jadi susu ibunya belum ada antibody tersebut, maka baby tu jatuh sakitlah.
Namun sakit macam mana pun, ada hikmahnya sebab ia akan trained askar-askar pertahanan dalam tubuh bayi utk berlawan dgn kuman2 tu. Namun ibu tetap kena susukan sbb dalam susu ibu ada banyak protein2 protective lain yg bantu sistem pertahanan baby agar lebih kuat berlawan.
Anak Jatuh Sakit
Kesimpulannya, jangan terus salahkan baby susu ibu pun selalu jatuh sakit. Saya rasa belum pernah saya jumpa manusia yg tak pernah sakit. Ada yang bangga anak bg FM tak pernah sakit selama setahun… tapi akhirnya datang dgn jangkitan kuman yang teruk pada umur 18 bulan… sampai kena bg oksigen support dan lain-lain.
Bila kita baca statistik, jangkitan kuman yang teruk-teruk selalu berlaku kepada kanak-kanak yang minum FM berbanding bayi yang diberikan susu ibu. Bayi yang diberi susu ibu juga boleh sakit sebab dia tu manusia biasa bukan kebal.
Yang penting jika ibu-ibu yg failed BF, kena belajar daripada kesilapan dan cari punca kenapa masalah BF berlaku tanpa cepat-cepat sangat nak bagi FM. Hanya jika betul-betul ada masalah production yg sangat kurang atas apa reason sahaja, dan TELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA tapi tetap gagal, terimalah dgn redha kerana itu dah memang bahagian rezeki baby.
Ada Masalah Yang Berbeza
Ibu yang berjaya BF baby pun janganlah menjatuhkan hukuman kpd ibu-ibu yang tak menyusukan anaknya dgn susu ibu sepenuhnya sbg IBU YG GAGAL or bersalah. Mereka gagal kerana kurang ilmu dan pengalaman dan tidak dapat guidance yang betul. Sebab setiap orang punya background dan support yang tak sama, punya masalah yang berbeza-beza, punya kekuatan mental & motivasi yang berlainan.
Ibu yg berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu berusaha bagi bantuan dan ilmu yang BETUL kepada ibu-ibu yang perlukan bantuan. Ada cara lain iaitu dapatkan susu ibu susuan sebagai ganti susu formula.
Sebab itu saya wujudkan satu platform BCNP utk para kaunselor yang terdiri daripada ibu yang berjaya menyusukan anak untuk bagi bantuan kepada ibu-ibu yang menghadapi pelbagai cabaran.
Nota:
Shaking limbs *involuntary movement* yang buat baby rasa takut & feel not safe…crying… bila ibu bedung baby, kalau baby terkejut pun at least ada halangan drpd tangan kaki bergetar seperti ini… baby tidur lebih lena. Namun bedung ni selalu disalah anggap, ia tidak perlu dipakai 24 jam, bukalah bedungnya dan sarung tangan kakinya bila baby bangun untuk biasakan bayi bermain-main & bergerak lepas bebas sebagai stimulation kepada ototnya.
Wassalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau isteri terasa hati. Kadang-kadang suami tak akan faham apa yang ada dalam fikiran isteri. Dia rasa macam tak ada masalah pun atau perkatakan yang mengecilkan hati isteri.
Rupanya, pemahaman antara isteri dan suami tak sama. Itulah bezanya antara lelaki dan perempuan. Anugerah yang Allah berikan pada setiap wanita, dalam satu masa macam-macam kerja dia boleh buat dan fikir. Sedangkan lelaki kena buat satu persatu. Janganlah nak bagi dua tiga kerja.
Mungkin perbezaan inilah buatkan isteri terasa hati. Lain di suruh, lain dibuatnya. Akhirnya isteri juga makan hati, suami pula tak faham apa yang isteri nak.
Tak kiralah apa sekali pun, perkongsian daripada Normaliza Mahadi ini ada betulnya. Suami kekadang kayu dan tak faham. Isteri tak perlulah nak berkias-kias, beritahu dan luahkan, barulah tak ada yang nak merajuk dan terasa hati.
Wanita sekalian alam, bila tersenget hati atau tak puas hati atau marah atau rasa penat dan rasa macam serabut sebab pasangan, jangan merajuk tapi luahkan.
Lelaki ni kadang kayu dari segi memahami body language ataupun perbuatan. Mereka tak berapa faham bukan buat-buat tak faham. Mereka benar-benar tak faham.
Dalam otak dia, semua benda yang dia orang nampak patutnya bercakap atau menerangkan. Bukan macam main teka-teka ayat dengan buat sign language. Bukan.
“Abang, saya nak masak. Abang jaga anak. Jaga anak ni maksudnya anak tak ke dapur cari saya waktu saya masak. Kalau anak nak ke dapur, abang mesti halang dan tanya anak nak apa. Lepas tu abang buatkan. Bukan bagitahu saya. Love you to the moon and back bang”
“Abang, saya penat. Saya nak abang sidai kain ni. Angkat kain yang dah kering dan masukkan dalam bakul merah tepi pintu. Lepas tu abang letak bakul tu tepi bilik depan untuk saya selenggarakan.
“Abang, saya hanya boleh masak satu lauk sahaja. Saya penat sangat hari ni. Abang nak telur masak kicap atau kari ayam? Kalau abang nak dua lauk jugak, tolong saya masak.
“Abang, malam ni saya balik lambat. Anak kita kena mandikan dan teman buat homework. Kalau abang tak teman, dia orang tak buat homework dan esok lambat ke sekolah.
“Abang, saya ok kalau abang balik lambat. Hanya perlu beritahu berapa lambat dalam bentuk jam. Sebab saya perlu rancang nak selenggarakan anak tanpa abang.
Ini semua contoh perbualan yang terang benderang. Tak payah hempas pinggan atau buat muka masam. Dah lah sakit hati tapi suami tak faham.
Mingguan Wanita : Jenis suami yang faham, tak perlu cakap pun dah tahu tanggungjawab. Tapi rasanya tak semua.
Gigi anak rosak, nak salahkan siapa ya? Habis berlubang dan rongak sampai tak boleh nak tidur malam sebab sakit gigi! Inilah nasib anak kecil kalau dari kecil gaya pemakanannya tidak dijaga.
Sepatutnya mak ayah perlu menjaga pemakanan anak-anak dari peringkat awal, kena elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang berlebihan.
Kalau boleh, kita tak nak jadi seperti yang Dr Intan Norsyazwani kongsikan ini. Gigi anak yang rosak sebab tak dijaga dengan betul dan akhirnya kena cabut belum pada waktunya. Lagi sedih, cabut banyak gigi dalam usia 3 tahun pun ada!
JANGAN JADI IBU DAN AYAH YANG PENTINGKAN DIRI
Seorang ibu hadir ke klinik membawa seorang anaknya yang berusia 5 tahun dalam keadaan gusi membengkak.
Si anak dalam kesakitan teramat sangat akibat gigi yang terlalu teruk dan besar kariesnya, tak tidur dengan nyenyak dari semalam. Asyik mengadu gigi sakit.
Bila diperiksa, gigi yang berlubang besar tidak dapat lagi diselamatkan dan perlu dibuat cabutan.
Sayang sekali. Seawal usia 5 tahun, gigi susu yang sepatutnya bakal gugur di usia 10-11 tahun sudah kena dicabut.
Nasihat diberikan supaya diberi ubat antibiotik dan tahan sakit untuk kurangkan bengkak dan kesakitan yang dialami kerana gigi akan sangat sakit jika dicabut dalam keadaan sebegini.
Malangnya, jawapan yang diterima dari si ibu amatlah mengecewakan.
“Cabut je lah doktor. Malam-malam tak boleh tidur asyik sakit. Menangis je. Dah cabut nanti settle dah tak ada sakit dah.”
Sudah diterangkan keadaan anak akan sakit sangat, tapi diabaikan oleh si ibu dengan alasan saya kerjalah doktor. Bukan senang nak dapat cuti. Hari ni dah cuti, cabut jelah doktor.
Si anak berlinang air mata. Kadang-kadang bila ibu ayah dah berkeras, kami turutkan juga. Ketika dicabut, memang si anak menangis dan menjerit semahunya katanya sakit walaupun sudah diberi ubat bius setempat. Allahu, sukar untuk digambarkan. Bagi saya ibu dan ayah seperti terlalu pentingkan diri.
Anak Tak Salah Tapi Mak Ayah Yang Salah!
Bagi saya, jika orang dewasa dalam keadaan gusi membengkak pun takkan berani untuk terus beri giginya dicabut dan akan minta ubat bagi surut bengkak dahulu. Inikan pula si anak kecil.
Salah anda menyebabkan anak gigi rosak. Saya tak salahkan si anak. Didikan awal perlu diterap dari seawal usia anak anda walaupun sebatang gigi.
Lagi mengeruhkan keadaan, inilah pengalaman pertama si anak datang ke klinik pergigian untuk dirawat dan pengalaman itu adalah yang paling traumatik untuk si anak.
Cuba anda beri jawapan, bagaimana anak hendak suka datang berjumpa doktor gigi jika pengalaman pahit dan trauma yang anda berikan kepada mereka?
Dan bagaimana anak nak suka jumpa doktor gigi jika anda pun jumpa kami bila sakit sahaja?
Jadi buat mak ayah yang ada anak kecil, jagalah gigi anak di peringkat awal. Tolonglah didik anak-anak untuk menjaga gigi dan elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.