Cabaran mendidik anak-anak memang tak mudah. Baik pada mak ayah mahupun cikgu di sekolah. Terdapat segelintir mak ayah yang terlalu bimbang anak-anak melakukan kesalahan mahupun didenda oleh cikgu di sekolah. Pesanan serta keperluan setiap subjek di sekolah seringkali ditanya di dalam grup whatsapp kelas. Ini secara tidak langsung membuatkan anak-anak berasa ‘selesa’ dan bergantung harap pada mak ayah. Hakikatnya, mak ayah kena ajar anak supaya ingan setiap pesan cikgu di sekolah.
Rasanya dah hampir sebulan anak-anak kita yang Tahun 1 kembali ke alam persekolahan secara fizikal. Diakui banyak sangat kerenah dari bab anak-anak, cikgu, acik kantin, hinggalah ke ibu bapa.
Teringat masa sis Tahun 1 dulu-dulu. Debaran tu mungkin kurang sikit sebab sis mula dari PraSekolah. Tapi bila bab homework, nak kena bawa apa hari esoknya, tak adalah pula ibu tengok whatsapp atau tanya cikgu-cikgu.
Yelah. Masa tu mana ada whatsapp ke telegram semua ni. Yang sis ingat, cikgu pesan dalam kelas, kita ingat-ingatlah pesan tu sampai masuk pintu kereta.
Contoh : “Murid-murid, esok kelas Pendidikan Seni bawa 1 helai kertas lukisan dengan pensel warna ya.”
Maka, dari keluar kelas, sampai masuk pintu kereta, sampai ke pintu rumah, sampai ke pintu tandas, sampai ke meja makan, sis ulang-ulang lah pesan cikgu. Selagi tak nampak bayang tu depan mata, selagi tu lah, pesan cikgu jadi “zikir” di bibir sis.
Tapi, beza sangat dengan ibu bapa zaman sekarang. Bila menjelang jam 8pm, whatsapp kelas ni berdenting-denting macam sis buat jualan online pula.
“Cikgu, esok BM ada 3 buku, kena bawa semua ke?”
“Cikgu, esok Pend Seni, kena bawa apa-apa tak?”
“Cikgu, PK ni subjek apa ya?”
“Cikgu, esok ada subjek PJ. Kena pakai baju sukan ke?”
“Cikgu, anak saya belum ada baju sukan, boleh pakai baju apa2 warna ke?”
Dan…pelbagai jenis soalan lagi, berderet-deretlah whatsapp tu hingga ke jam 10.30pm.
Sis tak pasti kenapa dan bagaimana situasi ni boleh berlaku. Yang pasti, bagi sis, bila nampak je muka Ammar balik sekolah, dia dah terbiasa dengan arahan atau signal dari sis.
Sampai je rumah, baju, seluar dan stokin – masuk bakul
Bekas bekal letak kat dapur – kalau ada sisa, buang dalam bakul sampah
Terus mandi, lepas mandi, kemas beg transit.
Sambil-sambil Ammar buat rutin-rutin di atas, mulutnya tu akan riuh melaporkan pada sis, homework hari ni, kongsi bekal dengan kawan, tukar-tukar makanan, ada kawan tak bawa pensel, cikgu dah kutip buku sekian sekian, ammar main pasir sekian sekian.Secara automatik, sis tahu apa yang berlaku kat sekolah, dan terus keluarkan arahan berikutnya.
Ammar lepas dah siap kemas beg transit, makan dulu, kemudian solat dengan ayah, dan buat homework SAMPAI SIAP.
Dan dia pun teruskan buat homework dengan berbekalkan arahan yang Cikgu Berahim (Cikgu BM dia) pesan. Buat dalam buku tulis ms 4 & 5, kalau awak terlebih baris huruf pun tak apa, asalkan betul susunannya.
Setiap satu pesanan disebut balik. Sis cuma pantau tengok dia buat. Dan kemudian, siapp. Ok dah siap semua, gosok gigi, dan tidurrrrr. Kat rumah sis memang jam 9pm ke 9.30pm tu semua mesti dah siap-siap nak tidur.
Sis rasa. Mungkin. Mungkinlah agaknya, ada sesetengah ibu bapa “overprotection” dengan anak masing-masing. Terlalu takut anak buat salah. Terlalu bimbang anak kena denda.
Bagi sis simple. Dalam hidup ni, kalau kita tak buat salah, maka kita tak akan belajar sesuatu. Kalau kita sentiasa betul, tanpa sebarang halangan/cabaran, kita akan rasa selesa.
Bimbang nanti, terlampau selesa, hingga takut atau “malas” nak mencuba sesuatu yang baharu. Samalah macam anak-anak kita.
Beri ruang untuk mereka menikmati cabaran tahun pertama alam persekolahan. Awak ingat, awak alert, awak tak akan ada masalah. Tapi, kalau awak cuai, leka, awak terimalah akibat/dendanya.
Sis lagi suka guna pendekatan dengan pesanan sebegitu. Diakui, sis sejenis ibu yang garang gila. Tapi bukanlah makna sis tak sayang anak sis. Sis pun meneran juga masa nak lahirkan dia. Berjam-jam dalam bilik bersalin tu barulah keluar si Ammar ni.
Betul, anak hak masing-masing untuk ibu bapa jaga dan didik. Tapi sis cuma kasihan juga pada cikgu-cikgu. Kalau kita, diganggu hingga lewat malam bertalu-talu selepas waktu kerja, HARI-HARI, pun boleh kena tekanan jiwa kan.
Samalah cikgu-cikgu. Mereka ada kehidupan juga. Mereka ada keluarga. Mereka juga perlu rehat setelah melayan kerenah murid-murid di sekolah. Tugasan pendidik bukan mudah. Lagi-lagi yang mendidik anak-anak Tahun 1.
Pesan Cikgu itu penting. Selalulah ingatkan anak-anak kita sebegitu. Supaya mereka sentiasa peka. Supaya mereka tidak hanya bergantung pada kita.
Hari ini mungkin kita ada, esok lusa? Andai kita ditarik nyawa. Bagaimana?
Baca Lagi Di Sini:
Tolong Jangan Paksa Anak Masuk Sekolah Impian Mak Ayah
Arwah Mummy Pesan Jaga Hati Perut Tempat Tidur Suami Eira Syazira
MW: Setuju sangat dengan apa yang dikongsikan ini. Sebagai mak ayah ajarlah anak-anak kita agar ingat pesanan cikgu di sekolah.Ia melatih anak-anak agar peka dengan arahan cikgu, tanpa perlu bergantung pada mak ayah. Malah jangan terlalu risau jika anak melakukan kesalahan atau didenda kerana peluang untuk anak belajar sesuatu.
Sumber: Didie KYK
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 12 Jun dan 26 Jun 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita