Pembeli emas ini pun ada jenis-jenisnya. Ada yang seronok jadi pembeli barang kemas, ada pula yang suka jadi penyimpan gold bar. Kedua-duanya ada kelebihannya. Kerana, sifat emas itu sendiri adalah stabil malah dikenali dengan sifat kalis inflasi.
Namun, ada juga yang masih kurang faham dan memberi gambaran yang tidak tepat. Malah, sesetengah nya membuat perbandingan keterlaluan sehingga merendah-rendahkan pembeli barang kemas.
Inilah yang dirasai sendiri oleh BroOhsem, Akhtar Syamir yang menjadikan kebiasaan menghadiahkan isterinya barang kemas. Apabila ada segelintir yang kurang senang sehingga memberi gambaran harga emas tak naik-naik asyik turun saja.
Heboh ada yang mengeluh dan perli pembeli barang kemas. Kononnya harga emas tak naik-naik, asyik turun je. Rugi kumpul emas.
Saya nak bagitahu la, orang yang beli barang kemas, takdenye bising sebab harga tak naik atau harga jatuh. Sebab yang dah dibeli tu sendiri dah bernilai. Lagi seronok ada la.
Besar sebenarnya perbezaan mentaliti orang yang beli barang kemas dan orang yang beli gold bar untuk simpanan.
1. Fokus beli emas tak sama. Kami beli untuk pakai (bagi isteri pakai). Untuk melawa (melawakan isteri) dan untuk kepuasan diri dapat simpan aset dari dibazirkan.
2. Kegembiraan tak sama. Beli je dah gembira. Pakai je dah gembira. Simpan pun masih gembira.
3. Emas lagi jatuh, lagi seronok. Lagi banyak membeli.
4. Kita tak pandang apa yang kita ada berdasarkan RM tetapi dari segi berat. Yang penting, berat emas dalam dakapan tu semakin bertambah.
5. Simpanan dan pelaburan adalah bonus
Jadi, jangan risau harga turun, jangan pula perli orang yang beli masa harga tinggi. Diorang dah pakai pun emas tu.
Konsepnya beli, pakai dan tunggu. Ada duit beli lagi. Bukan dok tunggu tak beli-beli. Sedangkan duit dah ada. Sampai ke sudah nanti tak beli.
Saya tak beli gold bar sebab gold bar tak boleh cucuk kat cuping telinga, lilit kat pergelangan tangan, sarung kat jari, gantung kat leher dan letak kat buku lali isteri.
Dan saya selalu tulis pasal emas. Saya seorang lelaki. Saya sentiasa beli emas untuk isteri. Tengok dia pakai, saya jadi puas. Duit tunai saya selamat. Kalau tidak, mesti habis punya. Lebih baik saya convert jadi emas.
MW : Betullah orang-orang tua kata tu, kumpul sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi, kumpullah segram segram.. lama-lama jadi kilo emas.
Tip penting mak-mak kena hadam, sebelum beli gelang emas pandora.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir, yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan, emas dan isu semasa.