‘Jangan Pukul Anak Yang Selalu Lembab, Lambat. Nanti Anda Akan Menyesal’, Pesanan Daripada Seorang Ibu Buat Kaum Ibu

Share

Tolonglah jangan pukul anak yang mungkin sudah buat salah atau lambat menerima arahan. Ya, mungkin kita penat nak pesan dan ajar banyak kali tetapi sedarlah bahawa anak-anak itu cukup perlukan sokongan mak ayahnya. Andai rasa stres, cuba lari dan beritahu suami. Jadi sebagai renungan bersama, bacalah perkongsian daripada Nurul Ilyani ini…

Semasa talk minggu lepas (teknik meningkatkan self-esteem kanak-kanak daripada perspektif pendidik), saya mengulang-ngulang yang kata-kata negatif dan kritikan negatif, pukulan dan jeritan hanya menjatuhkan daya percaya diri anak-anak.

Anak lambat bersiap boleh jadi dia ada isu dengan fokus.

1. Apabila dia buat satu kerja, dia cepat terganggu dengan benda lain. Contoh, masa dia nak pergi mandi, sudah cepat-cepat, tiba-tiba dia teringat belum cari baju, dia cari baju dulu.

2. Kemudian masa dia nak cari baju, dia teringat, dia belum cerita dekat mama, ada kucing beranak dalam bilik, dia pergi jumpa mama dulu.

Semua jadi lambat, dia susah nak organize kerja dan aktiviti. Semua jadi lambat.

3. Kadang-kadang end up semua tak siap. Dia cuma duduk termenung, mengelamun.

Kasihani anak begini. Dia perlukan bantuan.
❌Bukan kritikan.


❌Bukan bebelan.
❌Bukan herdikan dan tolong jangan pukul dia.

(Hati sayu, sambil bayangkan Dhuha Tihani. Semua yang saya tulis di atas, semua ada pada Dhuha. Saya sudah lalui. Saya kasihankan dia setiap hari. Saya juga perlu lebih gigih mendidik dia setiap hari)

Saya terbaca satu status, suaminya pukul anaknya lambat. Semua lambat. Nak bersiap pergi sekolah lambat. Lembab.

Sungguh.

Jiwa kecilnya makin sedih. Makin rendah diri. Makin kurang percaya diri. Dia boleh jadi cepat putus asa.

Semua pengalaman kecilnya boleh mempengaruhi hidupnya bila dewasa.

Dia mungkin cepat putus asa.
Dia tak berani cuba perkara baru.
Dia lebih moody.
Dia boleh mudah stress.
Dia jadi lebih sukar kuasai pembelajaran.

Dan, bukankah dia yang lambat dan lembab itu anak kita? Amanah kita?

Kadang-kadang kita lebih mudah melabel anak itu dan ini. Lembab. Bodoh. Lambat. Degil. Buas. Tanpa kita tahu apa sebenarnya bentuk pendidikan yang diperlukan mereka.

Untuk saya dan suami,
Ummu Ilham dan Abu Ilham.

Dan untuk pembaca yang mahu ambil inspirasi. Didoakan bermanfaat.

Published by
Nadia