Jadi suami, bila isteri kata, ‘Sayang penat bang, boleh tak sayang nak rehat sekejap?’ maka tunaikanlah permintaannya. Bagus benar suami ini, Saiful Bahari yang begitu memahami emosi penat isteri.
Penting sebenarnya suami fahami hal ini. Jangan sesekali kau kata ini cerita mitos nak menakut-nakutkan suami pulak. Hadamkan realiti yang suami ini terang.
Bila Penat Isteri, Suami ‘Double Standard’ Kan
Lelah isteri, penat isteri kadang dianggap “double standard” bagi pihak lelaki. Maaf ya, tak semua tapi kebanyakkan.
Bagi lelaki, mereka rasakan penatnya isteri tu tak sepenat dirinya sebagai ketua keluarga.
Itu tanggapan salah ya abang abang semua. Kalau anggap kerja suri rumah masak, sidai baju, kemas rumah, bagi anak makan, tidurkan anak adalah kerja mudah. Silakan ambil tugas mereka sehari.
Ads
Belum tentu bang kau dapat urus dengan baik, masa nak masak masa tu lah anak kau main kat dapur juga. Nak sidai baju kat luar, anak kau dah tunggang terbalik dekat depan, nak bagi anak makan, masa tu la anak kau meragam tak nak makan sambil berlari-lari. Penat bang.
Isteri kau bang baru nak sandar rehat, tiba tiba anak terjaga nagis nak susu. Bangun lagi cuba tidurkan anak. Kena anak tidur balik takpe, kalau terus mata dia segar nak main? Nahh! Bergelanggang ufc lah mereka.
Jangan Persoal Bila Isteri Minta Rehat Sebab PENAT
Ini belum masuk lagi isteri kau sekali kerja. Fuh dia punya penat bang, hanya Allah yang tahu. Kau balik kerja fikir rehat harap dibelai isteri. Dia balik kerja fikir nak rehat tapi kena belai kau bang. Nampak beza tak bang?
Ads
Jadinya bang, andai kata isteri kau satu hari tu dia kata “sayang penat bang, boleh tak sayang nak rehat sekejap?”
Kau jangan cuba persoal bang, kau hanya perlu angguk dan jawab “baik sayang, rehatlah”
Dekat sini 50% hati isteri kau dah lega. Perasaan seronok dia tu macam kau dapat kereta baru bang. Huhu.
Jadi bila kau dah benarkan isteri kau rehat, INI PENTING. Jangan persoal BAGAIMANA mereka rehat.
Cara Rehat Isteri Dengan Suami Tak Sama
Definisi rehat isteri dengan suami tak sama bang. Kita fikir rehat confirm terbongkang bang, berdengkur sampai jiran sebelah dengar. Bagi isteri, definisi rehat mereka ialah mereka akan buat apa mereka suka. Ya itulah “me time” bukan mee goreng ya.
Isteri kita nie akan buat apa je, tengok shoppe ke, layan movie ke, baring baca novel ke, share segala post resepi masakan ke, ada pulak mintak izin berjalan window shopping! Fuh! Kau pun mesti heran punya kan?
Ads
“Awak nie kata nak rehat, tapi saya tengok tak rehat pun?!” Itulah 50% lagi jangan kau persoal bang mereka punya rehat. Sekali kau soal maka habislah mood mereka. Sedihnya tu macam kereta baru kau orang calarkan body. Berdedai bang sedihnya.
Nie petikan dari satu ayat post tuan Akhi Fairuz Al-Jengkawi mengenai rehat si isteri [ Dulu aku tak faham, geram jugalah dibuatnya. Siap cakap lagi pada isteri, “kata tadi nak berehat, yang dok mengadap handphone bagai ni kenapa? Pi lah tidoq.”]
Ya begitulah fikiran suami seperti kita, susah nak faham. Huhu. Tapi berbekalkan pengalaman sebagai suami. Insyallah kita boleh faham.
Kita lawan bang. Kita jadi #suamipower
Boleh boleh?
Nota tepi: Masak tetap aku out, memang harap isteri masak juga. Kikiki. Bersyukur dapat #superwife
Sumber/Foto : Saiful Bahari, Berpengalaman menjadi surirumah 2 tahun
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap insan sememangnya mahukan keselesaan tempat tinggal. Apatah lagi buat mereka yang sudahpun mendirikan rumahtangga. Begitu juga dengan pendirian Siti Aisya Kamaruddin, 28, dalam menguruskan rumah tangganya dengan baik, bukan sahaja suami dan anak yang perlu dijaga, bahkan kediaman juga harus dijaga rapi. Bak kata pepatah ‘Rumahku Syurgaku’, maka tidak hairanlah Siti Aisya dan suaminya, Mohamad Fahmi Misroh, 28 ini sanggup berhabis untuk rumahnya bagi mendapatkan keselesaan dan ketenangan.
Siti Aisya dan suami idamkan kediaman yang ringkas dan moden.
“Alhamdulillah, rumah kediaman kami ini mencukupi untuk kami sekeluarga berehat. Malah saya juga bersyukur akhirnya saya dapat memiliki rumah pertama dan baru saja berpindah beberapa bulan yang lalu,” ujar Siti Aisya memulakan perbualan.
Ketika melangkah masuk ke kediaman ini sememangnya, penulis berasa agak kagum, walaupun ruang rumah sederhana namun susun atur cukup moden dan menarik.
“Kami meminati konsep ringkas, minimalis dan moden. Tidak terlalu feminin ataupun maskulin. Kami memberi kebebasan kepada syarikat pereka dalaman yang dilantik iaitu ADCS (AD Creative Studio) untuk menghasilkan rekaan yang sesuai untuk kami berdasarkan konsep yang dipilih. ADCS kemudian drafkan beberapa cadangan untuk kami pilih dan membuat keputusan. Konsep yang dipilih juga mudah untuk kami kekalkan penjagaan dan kebersihan. Kos juga rendah untuk mendapatkan hasil yang moden dan minimalis. Sesuai untuk kami, generasi muda yang masih baru dalam mendirikan keluarga,” ungkap ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini.
Bilik mainan puteri mereka yang cukup selesa.
Sanggup Berhabis
Mengeluarkan kos sebanyak RM60,000 untuk pengubahsuaian Siti Aisya mula minat melakukan dekorasi rumah dari rancangan TV, Casa Impian. Sejak daripada itu, dia juga telah berhasrat untuk mendapatkan rumah idaman apabila sudah memiliki rumah sendiri.
“Sumber inspirasi banyak datang dari media sosial seperti Instagram, Facebook dan Pinterest. ADCS juga banyak memberi idea dan cadangan. Alhamdulillah, bajet kami cukup untuk menghasilkan sentuhan sebegini buat kediaman kami. Tidak salah untuk berbelanja sedikit demi kediaman idaman. Kami juga tidak perlu meluangkan masa yang banyak untuk membersihkan dan mengemas rumah,” sambung Siti Aisya.
Ditanya tentang ruang kesayangannya, Siti Aisya menerangkan ruang ruang vanity di bilik tidur utama menjadi kegemarannya. Manakala suami pula gemarkan panel helmet di ruangan makan.
Siti Aisya juga berasa sangat bersyukur kerana syarikat pereka dalaman yang dilantik telahk mentafsirkan rekaan yang sesuai buat ruang yang terdapat di kediamannya. Warna yang dipilih juga berdasarkan pilihan dia dan suami yang gemarkan warna semulajadi dan warna perabot yang dibeli.
Siti Aisya dan suami gembira miliki rumah pertama dan dekorasi yang diidamkan.
“Mama…bila abah nak balik? Lama lagi ke abah nak balik mama? Abang nak tido dengan abah.”
Dialog ini antara soalan wajib yang ditanyakan oleh dua beradik; Aqil (4) dan Adil (2) ini mengenai abah mereka. Menurut Azzafiza Azzurin Jalaluddin lagi, suaminya bukanlah doktor, pembantu perubatan mahupun jururawat. Suaminya bertugas sebagai pemandu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Dalam ramai yang merungut bosan dirumah, Azzafiza terpaksa meyakinkan anak-anak, suaminya keluar tak lama. Pergi kerana tuntutan kerja. Ada waktunya suaminya akan pulang, tetapi demi kebaikan dan keselamatan keluarga, suaminya memilih untuk berada dekat dengan tempat kerjanya. Dan bersedia bila-bila masa dia dipanggil bertugas. Tugas mereka bersandarkan jadual giliran, ada masanya mereka diberi pelepasan untuk bercuti.
Please stay at home semua…anak-anak start yang bertugas dah mula rindukan abahnya. Limit berapa hari je diorang ni berpisah dengan abah. Masuk hari ketiga mula tak senang duduk cari abah. Jangan degil…ini bukan lawak bukan bahan jenaka… kadang-kadang apa yang kita tak rela, boleh terjadi… Selalu harap bila celik mata… Ini semua macam mimpi, tapi ini realiti. Insyaallah ini semua sementara sahaja. Bila pulih semua ini dengan izin Allah korang nak ke mana-mana pun pergilah. Buat masa ni, stay at home guys… Love family korang semua, love kawan-kawan korang selalu terutamanya yang selalu buat korang gelak ketawa. Yang penting jangan lupa sayangi anak-anak korang. *sebab dah tiga hari tak jumpa abah, mama sengaja pakaikan diorang baju abahnya. Kemain seronok masing-masing. Bangga dapat pakai baju abah. Sabar ye sayang-sayang mama…kita doakan abah selamat dan balik kepangkuan kita. sumber : azzafiza azzurin
________________________________________________________________________
MW nak pesan dalam situasi sekarang, biarlah kawan kita nak up lima jenis masakan sekalipun, atau nak cuba resipi apa sekalipun, nak selfie berapa juta keping sehari pun, nak muatnaik posting pasal kucing dia sembelit sekalipun. Janganlah diperbesarkan isunya.
Masing-masing punya cara berbeza dalam mengharungi PKP. Sebaiknya patuhi arahan PKP sebaiknya. Ingatlah dalam kita membentak-bentak, merungut bosan saban waktu. Ada anak kecil yang setia menanti kepulangan ibu dan ayah mereka yang terpaksa keluar berkhidmat dan terdedah kepada risiko Covid-19. Mereka masih kecil nak faham isu skala besar seperti Covid-19.
Diaras mana pun tangga kerja kita, insan-insan seperti ini antara wira tak didendang yang berkorban masa-masa penting mereka bersama keluarga demi negara. Dengan rendah hati MW mohon pada semua warga Malaysia, bersatulah kita putuskan rantaian virus pendemik ini. Sepertimana besarnya harapan dan doa Perdana Menteri kita dalam perutusan rasmi jam 1 petang tadi, begitulah harapan kita semua.
#stayathome
#kitajagakita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Agak-agak mampu tak membezakan orang yang negatif dan yang lebih positif dalam kehidupan harian?
Haaa… yang negatif ini biasanya tak ada ribut dan angin tetiba ‘masuk’ konon nak menyelamatkan lah. Tetapi tanpa sedar dia sebar aura negatif dengan main perli-perli.
Hah, itu yang jenis dengar sebelah pihak. Maka terjadilah gosip macam ‘mak cik bawang’. Allahu… betapa buruknya sikap orang negatif. Nak semak sikap negatif lain yang mungkin wujud dalam orang sekeliling kita, jemput baca perkongsian Doktor Zubaidi Hj Ahmad.
Jangan Berkawan Dengan Orang Negatif
Tidak ramai yang tahu bahawa orang negatif ada pelbagai wajah.
1. Manipulator.
Selalu merendah-rendahkan orang lain dan menganggap dirinya orang yang paling kaya, hensem, pandai, bahagia dan sebaginya. Orang lain tidak berhak mendapat semua itu kecuali dia. Dia akan menggunakan kelemahan orang lain agar sentiasa dipandang tinggi.
2. Gossiper.
Suka bercakap tentang orang. Dia akan bercakap perkara yang betul (mengumpat) tetapi dari sisi negatif, atau bercakap perkara yang dusta (menfitnah). Hatinya rasa puas bila orang sekeliling memandang buruk dan rendah pada orang yang benci.
3. Blammer.
Sering menyalahkan orang lain terutama orang yang dia benci. Dia akan mencari salah walaupun sekecil kuman, dan akan membesarkannya sebesar gunung. Semua orang lain salah kecuali dia.
4. Complainer.
Satu lagi ciri negatif iaitu selalu mengadu perkara yang kecil. Suka membandingkan dengan orang atau tempat yang dibanggakan. Orang ini akan compliant sesuatu yang tidak boleh dikawal, seperti hujan lebat, cuaca panas.
Bila kita bersama orang negatif seperti ini, kita akan rasa panas, mahu marah saja. Malaikat rahmat akan lari jauh. Kita tidak tenang dan bahagia. Paling bahaya kalau perangai dia masuk ke dalam diri kita dan kita akan menjadi berperangai sama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!