Jangan PERLI Atau KRITIK Suami Buat Kerja Rumah. Dia Berusaha Jadi Suami Terbaik

Share

Setiap wanita yang bergelar isteri atau bakal bergelar isteri mahukan suaminya nanti seorang yang ringan tulang dalam membantu membuat kerja-kerja rumah. Bukan sekadar suami romantik dan baik tetapi bertanggungjawab dalam membantu menguruskan hal-hal rumah tangga.

Suami yang bertanggungjawab pula adalah suami yang sanggup bersusah payah bersama-sama dan membantu isteri dalam hal-hal rumah tangga. Tidaklah semua dilakukan sendiri oleh isteri. Cuma ingat satu sahaja, isteri bukanlah orang gaji ye.

Suami Bukan Majikan Dan Isteri Bukan Orang Gaji

Inilah yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan tentang perkara ini.

Ramai isteri yang terkilan dengan sikap suami yang goyang kaki di rumah. Balik rumah tonton TV, layan telefon. Yang dia tahu balik rumah makanan dah siap.

Biarpun suami adalah ketua keluarga, itu tidak bermaksud yang isteri itu pekerja suami. Tugas isteri adalah penasihat pada suami, yang salah diperbetulkan. Tak semua apa yang ketua keluarga buat itu betul sebab suami adalah manusia, bukan Malaikat yang tak ada dosa!

Banyak rintihan para isteri yang teman terima, mengadu perkara ni. Tambahan pula yang tinggal di bandar, isteri juga bekerja. Isteri juga penat. Balik rumah dia nak menguruskan keluarga.

Sebenarnya kalau diikutkan isteri tak perlu bekerja sebab nafkah wajib atas suami. Tapi memandangkan faktor ekonomi keluarga, isteri berkorban untuk ringankan beban suami. Suami jangan pula ambil kesempatan atas kebaikan isteri.

Kita lihat bagaimana kehidupan rumah tangga Nabi SAW. Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama al Aswad bin Yazid tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika dalam rumahnya?

Aisyah r.a menjawab: Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Apabila sudah tiba masuk waktu solat, Baginda keluar untuk solat. (Bukhari & Muslim)

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Jatuh MISKIN Kalau Isteri Habiskan Duit Suami. Malah Makin Bertambah Rezeki

Bila ISTERI Bekerja SUAMI Terus Lepas Tangan, Salah KALAU Pasangan TAK Redha

Info Lebih Menarik DI SINI

3 Tip Untuk Suami:

Bantu isteri dalam membuat kerja rumah. Kerja rumah yang dimaksudkan adalah kerja yang dilakukan bersama untuk meringankan tugas isteri. Ini termasuklah mengemop lantai, menyapu sampah, buang sampah, sidai kain.

Berikan surprise pada isteri dengan kerja-kerja yang suami tak pernah buat. Contoh, sepanjang perkahwinan, suami tak pernah lipat baju, apa kata suami cuba sekali lipat baju. Pasti berbunga-bunga hati isteri.

Mudahkan perkara yang susah bagi seorang isteri. Waktu isteri tidur, suami pergilah tolong isi minyak kereta isteri, tolong basuhkan kereta dia. Isi minyak ni perkara yang kurang digemari kaum wanita tambahan pula bawa anak-anak kecil dalam kereta, ia memang merumitkan bagi isteri. Kasihan kat isteri kita.

Perhatian bagi isteri, janganlah pula diperli dan mengkritik apa yang suami buat, sebaliknya ucap terima kasih dan puji hasil kerjanya. Hormon dopamine suami akan meningkat, hormon oxytocin isteri pula akan melonjak tinggi.

Hassan Adli
Usaha untuk jadi suami yang baik.

MW: Suami kenalah tolong dalam membuat kerja rumah dan jangan mengharapkan pada isteri semata-mata.

Sumber: Imam Muda Hassan

Published by
Nora