Ada tak mak ayah yang bimbang sangat sebab anak masih tak boleh membaca walau pun nak masuk darjah satu?
Allahu… tak payahlah risau tentang membaca sebab masih banyak masa untuk anak belajar, berilah semangat pada anak-anak sampai dia berjaya. Dan sepatutnya mak ayah kena fikir beberapa perkara lain bila masuk darjah satu nanti.
Nah, jemput baca pandangan daripada seorang guru Genius Aulad, Puan Ashikin Hashim tentang isu ini.
Risau Anak Masih Tak Boleh Membaca
Anak tak boleh baca lagi semasa darjah satu???
Ok sebelum mak ayah panik, kita cek dulu:
1. Anak anda ada sebarang masalah pembelajaran atau kesihatan yang disahkan oleh pakar? Jika tiada, JANGAN PANIK.
2. Anak anda boleh bercakap dan berkomunikasi dengan baik? Jika ya, JANGAN PANIK.
3. Anak anda boleh meniru tulisan/lambang/simbol mudah yang ditulis dari papan putih/buku lain ke buku/kertas? Jika ya, JANGAN PANIK.
4. Anak anda mempunyai memori yang baik? Dia ingat simbol, lambang, label yang dia pandang? Jika ya, JANGAN PANIK
Ads
5. Anak anda bermain dengan baik dengan kawan-kawannya? Jika ya, JANGAN PANIK.
6. Anak anda mahir dalam skil kehidupannya seperti buka dan pakai baju? Butang baju? Buang air kecil dan besar di tandas? Suap makanan sendiri? Meniti laluan atau titi? Boleh imbang badan? Angkat dan berdiri sebelah kaki? Buat pergerakan silang? Jika ya, JANGAN PANIK.
7. Boleh mengenal hanya beberapa suku kata atau membunyi kan beberapa huruf? Jika ya, JANGAN PANIK.
Kesimpulannya:
JANGAN PANIK DULU JIKA ANAK MASIH TIDAK BOLEH MEMBACA KETIKA BERADA DI DARJAH SATU. Masih banyak lagi masa yang ada untuk anak kita belajar membaca ketika berada di dalam darjah 1.
Saya sangat sedih dengan satu laporan dari pihak media tentang bilangan darjah satu yang tidak boleh membaca telah meningkat. Ianya telah membuatkan lebih ramai ibu bapa akan lebih tertekan begitu juga dengan anak-anak.
Ads
Dan pihak tadika seperti saya akan lebih tertekan kerana ibu bapa semakin panik.
Walhal kami inginkan suasana pembelajaran yang riang ria dan bahagia tanpa sebarang tekanan dan paksaan terhadap anak didik kami.
Pihak media sepatutnya memberikan lebih tumpuan terhadap perkembangan awal kanak-kanak yang lebih luas seperti skil kehidupan mereka yang semakin rendah dan lemah.
Membaca hanyalah salah satu skil dari berpuluh skil yang sepatutnya anak-anak capai.
Anak saya yang ketiga hanya lancar membaca ketika berada di hujung tahun darjah satu. Dari kelas bawah (bukan saya yang label tapi sekolah yang meletakkanya begitu) sudah naik kelas tahun ini (ayat anak saya: Ummi, Wajdi naik kelas!)
Ads
Parents, please…. Please…..don’t feel so down when you read the article. Keep on supporting and stimulating your children. Help them, guide them, not forcing them.
Baik Bimbang Kalau Anak Tak Reti Uruskan Dirinya
Saya lebih risau anak saya tak pandai lagi buka seluar untuk buang air masa darjah satu nanti.
Saya lebih risau anak saya tak pandai beli makanan sendiri di kantin.
Saya lebih risau anak saya tidak bersosial dengan kawan-kawan.
Kerisauan ini lebih risau dari kerisauan tidak boleh membaca di darjah satu.
Tarik nafas…lepas…..tenangkan diri.
Harap ini membantu memberikan ketenangan dan kelegaan kepada anda. Bukan bermakna saya kata tak payah belajar membaca. Don’t get me wrong.
Belajar membaca bukan hanya guna buku semata-mata!
Let them enjoy their childhood.
Zaman kanak-kanak adalah kenangan paling terindah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dunia tanpa batasan. Segalanya berada di hujung jari. Bila anak meragam, mak ayah umpankan dengan telefon bimbit atau tablet. Tengoklah kartun di youtube, nanti senyaplah dia.
Namun, nak bagi anak tengok karton di youtube pun bukan semua ye. Kena pilu kerana tidak semua boleh memberi kesan baik pada perkembangan emosi dan sosial anak-anak.
Takutnya, terbawa-bawa ke dunia realiti dan boleh jadi anak makin agresif akibat terpengaruh dengan karakter kartun di youtube. Inilah antara senarai karakter kartun yang mak ayah boleh haramkan pada anak seperti di kongsikan oleh Siti ‘Aisyah Rozalli.
Kalau dengar atau nampak je mana-mana nama ni semasa anak anda tengok YouTube.
Minta mereka tutup segera! 1. Huggy Wuggy 2. Kissy Missy 3. Cartoon Cat 4. Among Us 5. The Siren Head 6. Five Nights At Freddy’s 7. Long Horse 8. Poppy Playtime 9. Sun & Moon (karakter dalam Five Nights at Freddy’s) 10. Happy Tree Friends 11. Rainbow friends 12. Monica Toy 13. Mommy long legs, Daddy long legs
Banyak lagi sebenarnya.
.
Kadang-kadang kita parents ni tak tahu.
Karakter, nama game yang anak kita tengah tengok kat YouTube tu sebenarnya sangat sangat bahaya.
Kita ingat, biasa je. Sebab, kita pun tak tahu apa yang diorang tengok kan?
Rupanya, sangat bahaya untuk perkembangan sosial-emosi mereka.
Take note tau.
Ambil tahu apa yang anak tengok. Lagi bagus, kawal.
Kawal sebelum terlambat.
Mingguan Wanita : Mak ayah jangan terlalu leka bagi anak-anak main hp, sebab kita tak tahu kesannya nanti. Bahaya betul.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan konvoi tujuh buah pacuan empat roda, team Kongsi Kasih ke rumah Pok Su iaitu seorang warga emas berumur 69 tahun yang tinggal bersama anak lelakinya di sebuah rumah usang yang telah dihuni berpuluh tahun.
Kehidupan Pok Su yang sangat daif dengan masalah bekalan air, keadaan rumah yang berlubang lubang, kayu reput dan terletak di pinggir semak dan hutan.
Air Mata Pok Su Mengalir Kenangkan Kesusahan Diri
Malah rumah Pok Su juga sangat berisiko kehadiran ancaman binatang berbisa. Team Kongsi Kasih sempat hulurkan bantuan seperti tilam, barang keperluan makanan dan pam air bagi membantu melengkapi serba sedikit keperluan Pok Su.
Kehadiran team Kongsi Kasih dan Perfume Paradise sangat dihargai oleh Pok Su. Malah air mata mengalir ketika dihulurkan bantuan.
“Isteri meninggal pada tahun 2013, keadaan rumah yang uzur bila hujan air akan masuk air dan kena tilam. Memang sedih dan tak sangka ada yang sudi datang hulurkan bantuan,” kongsi Pok Su yang sangat berterima kasih pada team Kongsi Kasih dan Perfume Paradise kerana sudi bertandang ke rumahnya.
Ibu Tunggal Mek Yah Berjaya Keluar Dari Belenggu Najis Dadah
Seterusnya team Kongsi Kasih dan Perfume Paradise turut menyantuni rumah Mek Yah yang terletak di Tanah Merah. Mek Yah merupakan seorang bekas penagih dadah yang telah berjaya keluar dari belenggu najis dadah.
Dahulu Mek Yah bekerja sebagai pemetik buah petai dan turut membersihkan hutan dan semak untuk kegunaan dan keperluan peneroka di kampung.
Kisah sewaktu menagih dadah memberi keinsafan buat Mek Yah yang sebelum ini pernah ditangkap polis dan kelima-lima anak Mek Yah telah berpecah belah dan terpaksa diambil oleh ahli keluarga dan ada yang di bantu hantar ke tahfiz untuk dibela sementara waktu sehingga Mek Yah dibebaskan selepas pulih.
Sebelum Abe menghulurkan bantuan, Mek Yah seorang ibu tunggal yang turut tinggal di sebuah rumah daif, namun dengan bantuan Abe Hae, Mek Yah telah berjaya mendapatkan sebuah rumah baru yang di berikan oleh kerajaan.
Kini kehidupan Mek Yah banyak berubah ke arah lebih positif. Anak-anak juga sangat gembira bila menyambut kehadiran team Kongsi Kasih dan Perfume Paradise.
Malah anak-anaknya juga sangat senang dan mengasihi Abe Hae yang mereka gelar ‘Ayoh’.
Abe Hae telah membawa tilam baru dan juga keperluan barangan makanan buat Mek Yah sekeluarga dan turut memberikan bantuan uniform sekolah buat anak-anak Mek Yah.
“Saya banyak jadikan pengalaman sebagai satu teladan. Sangat malu pada waktu ditangkap namun kini semuanya berubah. Saya berterima kasih kerana sudi hadir melawat dan memberi bantuan kepada saya sekeluarga,” kongsi Mek Yah.
Seni melipat kertas atau Origami ini asalnya dari Jepun dan berkembang menjadi satu seni moden. Ada yang diperbuat dari kertas malah kain membentuk flora dan fauna yang bersegi-segi.
Ianya satu hasil kerja yang berseni, tapi ketika mak-mak bermain dengan anak-anak, kita layankan saja bentuk-bentuk yang anak hasilkan. Puan Hayati Nawawi berkongsi 9 kebaikan aktiviti Origami bersama anak-anak.
Bentuk Perkembangan Anak-anak
Origami adalah seni melipat kertas yang berasal dari negara Matahari Terbit. Seni origami sebenarnya banyak membantu perkembangan anak-anak. Membuat origami bersama anak -anak bukanlah kita mencari kesempurnaan. Tetapi asas kepada proses anak-anak melembut dan melakukan gerak-geri halus.
Sebagai permulaan membantu ibu bapa melipat kain baju juga adalah latihan awal sebelum di ajar origami. Biasakan anak-anak melipat kain baju seawal umur 3 tahun.
Kelebihan Origami
Ini antara kelebihan beraktiviti dengan anak dengan melakukan aktiviti origami
Origami mengajar anak untuk mengendalikan bahan yang halus dan rumit dengan berhati-hati. Seni lipatan origami ini memahirkan tangan anak-anak untuk melipat dengan sabar dan berhati-hati bagi membolehkan lipatannya berhasil menjadi objek yang diingininya.
Origami mengajar anak keseimbangan dan simetri. Lipatan-lipatan origami memerlukan latihan agar anak-anak mahir melipat dan memastikan lipatan tersebut betul-betul simetri bagi menghasilkan objek yang sem[urna.
Origami meengajar anak ilmu matematik berkaitan geometri, setengah , seperempat bentuk dan saiz. Sambil kita menjalankan aktiviti ini bersama anak, ringan-ringankanlah mulut kita untuk bersembang dan menerangkan kepada anak-anak akan proses tersebut.
Membuat origami adalah salah satu cara mendidik anak melaksanakan sesuatu tugasan itu dengan tertib dan sempurna. ‘Step by step’ cara lipatan tersebut harus di ikut sehingga sempurna terhasilnya objek tersebut.
Walau macamana jua hasilnya hasil daripada lipatan mereka. Biasanya kita akan lihat keterujaan dan kesungguhan mereka. Hasil yang indah pada pandangan mereka hasil dari lipatan tersebut pasti menjadi keseronokan. Lebih-lebih lagi jika mendapat pujian dan kata-kata semangat darui ibu bapa.
Prosedur, tahap demi tahap dalam membuat lipatan tersebut secara tak langsung mengajar anak disiplin dan mengikut peraturan.
Kreativiti yang terhasil daripada aktiviti lipatan kertas origami ini mampu membentuk ketrampilan, kreativiti dan imaginasi anak-anak.
Origami memiliki bahasa pendidikan yang menyeluruh @ universal, mudah di fahami dan disukai orang diseluruh dunia dari pelbagai budaya, agama dan status sosial.
Origami juga boleh dijadikan aktiviti santai bersama keluarga atau kawan-kawan
Boleh Cari Origami Di..
Aktiviti origami ini tidak memerlukan kos yang mahal.
Saya biasa membeli kertas origami ini di kedai Mr DIY atai Daiso di AEON.
Untuk tutorialnya pula saya biasa lihat di Youtube.
Untuk anak-anak kita mulakan peringkat beginner dahulu dengan lipatan-lipatan yang mudah.
Sumber: Blog Hayati Nawawi via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!