Pasti mak ayah menghadapi masalah anak yang sukar untuk membuang air besar. Jangan pandang ringan masalah ini! Segera cari punca apa yang menyebabkan masalah ini berlaku.
Menurut Pakar Pediatrik Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Khamini Ramanujam, masalah anak sukar membuang air besar boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
Untuk mengelakkan masalah sukar membuang air besar ini berlaku, kanak-kanak perlu mengambil makanan yang seimbang. Mereka perlu minum air yang mencukupi.
Selain itu pengambilan makanan serat tinggi seperti sayuran dan buah- buahan juga sangatlah penting.
Mereka juga harus mengurangkan pengambilan makanan telah diproses dan makanan yang tinggi gula. Kanak-kanak juga perlu membuat aktiviti-aktiviti fizikal dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Sesetengah jenis ubatan seperti vitamin dan zat besi juga boleh menyebabkan sembelit.
Lebih Teruk Jika Ambil Makanan Berminyak Dan Pedas!
Jelas Dr Khamini lagi, semasa kanak-kanak diajar ‘toilet training’ boleh menyebabkan mereka sembelit kerana menahan diri untuk pergi ke tandas.
IKLAN
Ini akan menyebabkan kanak-kanak ini mengalami sindrom usus rengsa (irritable bowel syndrome) dan juga sembelit.
Masalah ini jadi lebih teruk apabila mereka makan makanan yang terlalu berminyak atau pedas.
Selain itu, stres dan masalah emosi juga boleh menyumbang terhadap sindrom usus rengsa.
Sesetengah kanak-kanak memerlukan ubat untuk melembutkan najis untuk membantu masalah sembelit.
IKLAN
Adakah Boleh Menyebabkan Komplikasi Lain?
Masalah sembelit boleh menyebabkan kesakitan semasa membuang air besar. Kanak-kanak ini boleh mendapat ‘anal fissure’ dan penyakit buasir.
Mereka juga mengalami masalah sakit perut yang boleh menggangu aktiviti harian. Selain itu, mereka tiada selera makan.
Masalah sembelit juga menyebabkan terjadinya ‘kencing kotor’ atau urinary tract infection terutamanya di kalangan kanak-kanak perempuan.
Apa Akan Terjadi Jika Susu Formula Sering Ditukar Ganti?
Tidak ada apa gejala-gejala yang berlaku jika sering bertukar ganti susu formula. Sesetengah kanak-kanak tidak suka rasa susu dan pengambilannya boleh berkurang.
IKLAN
Pemakanan Yang Sesuai Untuk Anak Yang Sering Mengalami Sembelit
Kanak-kanak harus mengambil makanan yang berserat tinggi seperti sayuran, buah-buahan, roti ataupun biskut whole grain.
Mereka juga harus mengurangkan pengambilan makanan yang diproses, tinggi gula dan kanji. Air juga harus diambil secukupnya setiap hari.
Makanan yang baik adalah seperti:
Buah-buahan seperti betik, pisang, buah beri, epal
Sayur-sayuran seperti sayuran hijau, lobak merah, labu, brokoli dan kacang buncis.
Yogurt
Roti serat/whole meal bread
Bijirin
Bagaimana Untuk Mengelakkan Sembelit Berlaku?
Makan makanan yang seimbang dan berserat tinggi
Minum air secukupnya
Menetapkan rutin tandas yang kerap
Amalkan cara hidup yang sihat dengan membuat aktiviti fizikal setiap hari.
Zaman Internet dalam genggaman ini, kalau nak kurangkan masa tengok media sosial terutama Facebook, Instagram malah Twitter bukan satu benda mudah. Mak ayah selalu sekat, pantau anak dari main gajet.
Tapi mak ayah sendiri engagement mereka dengan media sosial macam mana. Phone sentiasa di tangan atau ada masa khas nak tengok handphone. Penting ini mak ayah kenapa kena kurangkan masa layan media sosial.
Ada 4 tip yang dikongsikan oleh Puan Nadiah Ahmad ketika mengikuti kelas keibu bapaan dengan Dr Siti Rohana, seorang doktor perubatan cum suri rumah sepenuh masa yang mendidik dan membesarkan anak-anak dengan jayanya.
4 Cara Mak Ayah Bantu Anak Cenderung Lebih Cemerlang
1. STRESS FREE PARENTING
Paling susah nak cerita benda ni sebab Cik Nad pun fail.
Bayangkan kita bawa kereta dalam keadaan berjerebu tebal tak nampak apa dah. Bawa kereta slow pun boleh accident, tahu?
Tak mau tak mau tak mau jadi CLOUDY MOM.
Berjerebu je, tak nampak jalan.
Itulah sebabnya benda simple depan mata, contohnya, anak no 3 pertama kali berjalan pun dah tak excited sangat.
Tak pun, anak ajak main saidina pun, main sambil muka toye sebab memikirkan pinggan tak basuh lagi dalam sinki.
Mangsanya siapa? Suami dan anak anaklah.
Jerebu je, anak kena sound. Jerebu je, suami kena sound.
Dah dah stres tu, meh kita usaha untuk kurangkan sikit sikit.
Macam Mana Nak URUS STRES?
(supaya tak ada jerebu jerebu, clear je nampak jalan macammana dapat bantu anak anak jadi cemerlang)
Banyaaaaaakkkk caranya,
yang penting konsisten.
PRAKTIKAL,
RENDAHKAN EXPECTATION,
FLEKSIBEL,
ABAIKAN STRES YANG TAK PENTING.
Praktikal tu maksudnya, buat apa pun, IKUT KEMAMPUAN.
Daripada kerja rumah, meniaga, pendidikan anak anak.
Kita sendiri yang tahu mampu ke tak mampu.
Kalau tak mampu, belajar untuk LET GO!
Belajar jadi lebih fleksible.
Cuba banyakkan YES IT’S OK. (tapi janganlah tak ada no langsung, kena belajar skill ni)
Memang susah nak buat hat ni, tapi kalau master, kita memang goyang kaki lah di kemudian hari. Tak banyak cerita dah, anak dah paham.
YES WE CAN DO IT, tak mau block mental sendiri.
Kita kena selalu remind diri hari hari, apa pun yang terjadi pada diri kita dan keluarga adalah ALLAH BAGI.
Dan kepada Allah jua KITA PULANGKAN SEMULA.
Setiap hari mesti ada masalah. Mesti ada isu.
Abaikan benda benda yang rasa boleh datangkan stres yang tak penting dalam hidup kita.
Kalau rasa hidup kita adalah FB, FB adalah hidup kita. Mohon deactivate dulu FB tu sekejap and GET A LIFE. Seriously, ini benda wajib korang kena buat dulu.
LAGI SIKIT ENGAGEMENT KITA DENGAN MEDIA SOSIAL, LEBIH MUDAH URUS EMOSI SENDIRI.
Insya Allah menjadi ibu yang tenang, JALAN KITA LEBIH JELAS UNTUK ARAHKAN ANAK KITA KE MANA,
JALAN KITA LEBIH JELAS UNTUK URUS dan SUSUN KEPENTINGAN HIDUP KELUARGA KITA.
“Mak adalah cuaca sebuah keluarga”.
2. 10 Minit Satu Hari
10 minit je wak, nak pinjam masa awak.
10 minit SETIAP HARI.
10 minit yang betul betul kualiti. Awak dan anak sahaja.
No senduk di tangan, no handphone, no cloudy-cloudy mind!
Bayangkan dengan 10 minit ni,
kita dapat kenal anak kita,
dapat tahu cara belajar anak kita,
anak kita dapat perhatian kita CUKUP!
(no more gaduh gaduh dah),
Bonding and trust kita dan anak
semua settle dalam 10 minit ni, masya Allah!
Everyone is living happily ever after, the end.
Huhu.
Please buat ni.
Ko stop sekarang compain complain,
anak saya tak nak itu, tak nak ini.
anak saya suka ini tak suka itu.
STOP.
Buat ni dulu secara gigih, HARI HARI.
100% dengan anak. Tak kisahlah
baca buku ke,
projek baru ke,
main saidina ke,
main rimau rimau ke,
sembang kosong ke,
masak sekali ke,
ko lukis dia, dia lukis ko
yang penting benda yang anak ENJOY buat.
Lepas tu kalau nak complain lagi, silakan.
Contoh Dr Siti,
cuba dalam 10 minit, bagi anak kertas dan pensil.
Kalau dia menulis atau (yang kecik buat action menulis walau tak nampak rupa huruf pun),
itu maksudnya dia boleh fokus lama,
bagus jenis boleh duduk lama dalam kelas.
Kalau dia melukis,
itu maksudnya dia jenis visual,
bagus bab drawing, cara belajar banyak guna visual.
Kalau dia amik kertas tu buat plane, koyakkan ke apa,
itu jenis hands on,
suka benda benda dan cara belajar memang kena cabut/rosakkan barang. (tabah!)
See, betapa ruginya kita kalau 10 minit pun kita still tak nampak apa apa. CLOUDY!
No worries, kita belajar n usaha sikit sikit ya ibuk ibuk!
Yang penting tenaaaaang, tak mahu ribut ribut.
3. SELF LEARNING
atau menyediakan peluang dan RUANG anak terokai minat.
Hat ni topik PALING PEBERET (sebenar semua peberet, tapi paling rasa nak jerit)
INILAH MASALAH SEKALI UNTUK IBU BAPA YANG MEMBESAR DAH BIASA DISUAP SUAP (jenis spoonfeed)
Paling fenin dan tak biasa anak sebenar BOLEH BELAJAR DI MANA MANA.
Maksudnya PROSES PEMBELAJARAN,
bukan belajar duduk di meja dengan buku (yang ni pun bagus sangat kalau di rumah kita set satu tempat belajar untuk anak anak berkumpul untuk buat kerja masing masing, di situ akan ada ruh belajar)
Tapi kita ni lupa, dari anak baby proses pembelajaran dah berlaku.
Tapi benda tu terbantut kalau TAK ADA galakan yang baik dari mak ayah.
(benda ni sangat penting terutama untuk mak yang busy, yang tak kreatif untuk kita gigih konsisten 2-3 tahun pertama
supaya kita goyang kaki di kemudian hari, bila anak dah pandai buat proses pembelajaran sendiri)
So apa nak buat sekarang?
A. PROAKTIF Untuk Berikan Anak PENGALAMAN BARU
DEDUA, parents dan anak OFF GADGET!
Bawa anak ke sungai, pantai, muzium, playground, library, memanalah! Sekarang banyak tempat dah kids friendly.
Jangan bawa saja.
BERSEMBANG,
tanya soalan, (masa nilah nak KBAT bagai)
galak anak tanya soalan,
bagi pilihan,
galak diorang buat keputusan,
jawab soalan (kalau tak tahu boleh google sama sama).
Pergi tepi longkang, tengok siput, kutip batu batu, daun daun.
Tengok langit, tanya anak apa bentuk bentuk awan diorang nampak. Google pula jenis-jenis awan.
Atas jalan raya, cerita jenis-jenis kereta.
“See, banyak benda abang BELAJAR hari ni kan?”
Biar diorang FAHAM kita boleh belajar benda baru di mana mana, WORLD IS MY CLASROOM!
(bukan belajar semata di sekolah. Harapan tak adalah lepas ni, “eh teacher cakap macam nilah bu, teacher cakap macam nilah”..oops jangan marah ya teacherrr, KAMI SAYANG TEACHER!)
BANYAK BEB BENDA FREE SEKELILING KITA, tinggal kita je mendung tak mendung nak nampak jalan yang jelas depan kita.
B. LET THEM EXPLORE
Kids can learn SOOOO MANY THINGS!
Bagi pengalaman baru, bagi bagi!
Cipta memori indah anak anak. Sampai nanti kita jumpa begitu banyak sebenarnya MINAT anak kita.
Masa tu, “wah kagumnya daku..” bergenang genang air mata, terharu.
Bukan suap, suap (spoonfeed mereka)
And..
It’s ok to make mistake! “Now you know and LEARN!”
Lagi satu, ajar anak,
CARI JAWAPAN kepada sesuatu situasi/masalah dan
CARA BELAJAR,
(Boleh guna Google, youtube, buku, tanya orang.
Guide mereka. Sebab kalau kita tak bersama nanti boleh terpesong kepada benda yang mudarat.)
BUKANNYA, ajar APA YANG MESTI BELAJAR.
C. EXPLORE TOGETHER. Sama sama Dengan Anak
Dr Siti sebut, SILAP PARENTS SEKARANG, kita tak mahu buat benda kebudakan (benda yang anak suka) bersama dengan anak-anak.
Tidak bersama dalam fitrah anak-anak yang suka mencuba dan belajar benda baru.
Main game.
Main playground.
Main saidina (help asik saidina sebab Aliff tengah gila saidina).
Main sorok sorok.
Kesudahnya dia lebih suka buat benda tu dengan kawan kawan.
BAHAYA BILA DIA DENGAN KAWAN KAWAN KERANA ANAK AKAN BUAT SESUATU DENGAN NAFSU.
Lets we as parents be the brain of the kids.
Dr Siti sebut ya anak beliau,
yang perempuan ada barang make up ya,
dan beliau sendiri main game dengan anak laki laki (cool habis ni)
BE INSIDE YOUR KIDS LIFE!
Insya Allah lebih selamat, anak anak belajar explore dengan cara yang betul, TIDAK TERPESONG.
ITU FASA ANAK ANAK. ANAK ANAK ADA FASA SENDIRI.
Fasa nak hot wheels.
Fasa nak barang make up.
Fasa nak main game.
Fasa nak main saidina.
Fasa nak dinosour je manjang.
Fasa-fasa ni akan berlalu, sekejap je. SO tabahlah.
4. Bina trust (FAHAMKAN Anak)
Selain daripada berada dalam aktiviti anak anak setiap hari seperti contoh Cik Nad bagi atas ni, banyak lagi contoh kita bina TRUST dalam hidup anak-anak.
Trust ni sangat penting dalam hubungan anak anak dan mak ayah.
Percaya atau tidak, trust ni kita dah boleh mula sejak anak baby lagi, hanya dengan SEMBANG (communication).
EXPLAIN!
“Hanum, please duduk dalam car seat ya. Untuk safety awak.”
“Maryam, ibu nak ke toilet sekejap ya, nanti ibu datang semula pada Maryam.”
Memang anak akan mengamuk/menangis. Itu je cara dia nak tunjuk tak puas hati, tapi tanpa sedar itulah learning process untuk mereka.
Kalau dari awal start memang, senang kerja kita bila umur dia dah 6-7 tahun. Kurang sikit tempoh berleter, tak lah penat sangat.
Lagi satu beliau pesan, kalau ADA BENDA YANG PARENTS RASA NAK SEKAT ANAK ANAK KERANA KHUATIR MUDARAT,
please, please cerita the reason behind the rules!
Jangan terus sekat sekat, tanpa anak tahu kenapa. Dah cerita? CERITA LAGI dan lagi.
“No hitting your brother. Why? Because lalallalala..”
“Wash hand before we eat. Why? lalalalla jugak..”
Sebelum Allah nak turunkan sesuatu larangan pun, Dia cerita dulu tentang Syurga, kasih sayang.
Ini Tindakannya
Dah baca panjang panjang ni, tak guna kalau tak ada praktikal. DO IT NOW!
Lagi satu, tak guna kalau ada ilmu tapi tak ada guru. Puan Nadiah sendiri belajar dalam kelas Dr Siti.
Sepanjang Anak Membesar Ini Mak Ayah Lakukan Tanpa Sedar
Dalam kereta on d way balik rumah dari kelas, terkenang-kenang anak-anak daripada
Aliff,
Fateh,
dan
Hanum.
Sekitar umur mereka 0-3 tahun, betapa fitrah mereka SUKAKAN BELAJAR, SUKAKAN BENDA BARU, MUKA TERSENYUM, TERKEKEK KEKEK KALAU DAPAT BUAT SKIL BARU.
Itulah fitrah.
Dan benda tu, memang jelas nampak pada anak-anak Dr Siti. Suka belajar, suka pada benda baru, suka cabaran.
Kita suka lihat anak-anak beliau begitu, tanpa sedar ANAK KITA PUN SEBENARNYA MEMANG SEPERTI ITU!
Tapi,
sepanjang anak anak kita membesar, banyaklah silap kita, kurang kita. Disekat sekat kehendak anak. Kita rasa bahaya, kita rasa leceh, kita rasa penat nak layan.
GALAKAN IBU AYAH dan PERSEKITARAN ANAK ANAK MEMBESAR sangat memain peranan yang penting dalam mengekalkan fitrah mereka yang suka belajar itu.
Belajar di sini bermaksud explore new things.
Begitulah yang ingin kami semua belajar,
macammana sebenarnya Dr Siti pandu anak anaknya untuk mengekalkan fitrah anak-anak yang suka belajar sepanjang mereka membesar.
Supaya kita juga bersemangat dan sentiasa berusaha ke arah membentuk anak-anak kembali kepada fitrah mereka.
Dr Siti adalah salah seorang ibu homeschoolers yang sudi berkongsi dengat matlamat generasi anak anak kita adalah generasi terbaik kerana generasi itulah yang akan berkawan-kawan dan bakal menjadi menantu menantu beliau. Kih Kih Kih..
Niat Cik Nad ni memang ikhlas nak share semua input, apakan daya tak mampu. Jadi kita SHARE YANG PENTING ja noh.
Dan penting, kalau rasa bermanfaat MOHON SHARE dan panjangkan pada kawan kawan, adik beradik, sedara mara yang ada anak kecil yang masih sekolahlah, supaya boleh apply terus. Zassss!
Mak-mak mesti pening bila fikirkan tentang anak-anak yang picky eater. Cerewetnya tak boleh bincang. Ada yang nak lauk ayam, tak nak ikan dan ada juga yang langsung tak makan sayur.
Ini picky eater yang mak-mak selalu hadapi. Bagi anak yang besar sedikit, caranya lain pula, atas meja makan selain lauk mesti ada hp. Sebab itulah, bila makan boleh sampai berjam-jam nak habiskan.
Sebenarnya, ada tip yang boleh mak-mak lakukan terutamanya untuk anak picky eater atau cerewet makan. Ikuti perkongsian daripada Dietitian Fizah ini.
Lihat perubahan perangai anak.
Paling penting, jangan lebih dari 25 minit waktu makan
Lagi lama lagi susah untuk anak makan
Jika waktu awal makan dah berubah mood
Maksudnya persekitaraan yang tidak sesuai untuk makan. Mengantuk? Marah? Baru lepas kena rotan? Merajuk?
Jika waktu awal mood ok tapi tengah tengah mood tak ok
Maksudnya ada kaitan dengan menu yang dihidang. Adakah menarik? Ada benda lain yang boleh alih perhatian (tv/ipad/gadget?)
Jika waktu sepanjang makan ok tapi mood jadi tak baik bila dah nak akhir
Maksudnya ada kaitan dengan cara kita menguruskan anak waktu makan. Adakah terlalu memaksa? Sikit sikit nak cubit? Marah anak kalau tak makan? Adakah kita mengarah dari guide?
Nak jadikan waktu makan yang baik dan tidak melebihi 25 minit..
1. Perlu makan bersama
Jangan biarkan anak makan seorang di meja
2. Pelbagaikan warna atas pinggan
Yang mana lebih menarik nasi sup kosong dan ayam goreng saja, atau nasi goreng dan sup sayur serta ayam masak merah? Dipadankan lagi dengan buah buahan
3. Mak ayah perlu jadi role model terbaik
Nak anak makan sihat, mak ayah juga perlu makan sihat
4. Jangan ada gadget di meja
Tutup tv, tutup ipad, tutup gadget..eating time is family time
5. Makan ON TIME
Jadual makan yang konsisten dan waktu sama setiap hari akan membantu anak lapar pada masa yang sepatutunya
IT IS NORMAL…anak suka menu ni hari ni esoknya tak suka
IT IS NORMAL…anak kadang kadang habis atau tak habis makan
IT IS NORMAL…ada yang makan makanan tertentu atas pinggan
Mak ayah jangan terlalu susah hati
Teruskan beri menu yang sihat dan seimbang
Konsisten dan kreatif, lama lama anak akan terima juga ye..
Mingguan Wanita : Ada anak nak kena paksa dulu, baru nak makan. Bukan sebab cerewet tapi leka dengan hp. Mak ayah kena perhatikan dan elakkan.
Sekarang bukan masa menuding jari salahkan sesiapa. Dalam keadaan yang penuh menekan, mak ayah perlu berbalik pada saranan agama dalam menyatukan kembali hati ahli keluarga yang hampir retak. Sebelum jadi parah, muhasabah diri sebentar. 10 saranan eratkan kasih sayang ini telah diberikan oleh para ulama.
10 Tip Eratkan Kasih Sayang Anak Ikut Saranan Para Ulama
Hidupkan amalan solat berjemaah di rumah.
Budayakan membaca Al-Quran dan kitab hadis di rumah
Ibu bapa memberikan didikan agama sesempurna mungkin pada anak-anak.
Sentiasa makan bersama keluarga
Bila berada di rumah, letak di tepi seketika telefon bimbit mahupun komputer riba. Minimakan penggunaaan gajet. Berikan perhatian sepenuhnya pada komunikasi bersama ibu, ayah dan anak-anak
Sentiasa memperuntukkan masa berkualiti apabila bersama ibu ayah dan anak-anak
Berinteraksi dan sering menjadi pendengar setia
Memberikan hadiah kepada ayah, ibu dan anak-anak sempena hari lahir dan seumpamanya.
Berkomunikasi menggunakan bahasa yang lembut
Sentiasa menghargai ibu, ayah dan anak-anak dengan menyebut “terima kasih.”
Ingatan Buat Mak Ayah!
Setiap kita adalah anak dan satu hari nanti, kita semua juga akan menjadi mak dan ayah. Maka hormatilah mak dan ayah agar apabila kita menjadi mak dan ayah kelak, kita akan turut dihormati dan disayangi oleh anak-anak kita pula. Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan, ayat 74 mafhumnya:
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata :”Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa”
Kredit foto : newsrescue.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak syurga berusia 2 hari meninggal, saluran pencernaan bengkak selepas diurut nenek. Tidak semua pandangan orang lama boleh diikuti meskipun ramai mendakwa terlebih dahulu...