Pasti mak ayah menghadapi masalah anak yang sukar untuk membuang air besar. Jangan pandang ringan masalah ini! Segera cari punca apa yang menyebabkan masalah ini berlaku.
Menurut Pakar Pediatrik Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Khamini Ramanujam, masalah anak sukar membuang air besar boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
Untuk mengelakkan masalah sukar membuang air besar ini berlaku, kanak-kanak perlu mengambil makanan yang seimbang. Mereka perlu minum air yang mencukupi.
Selain itu pengambilan makanan serat tinggi seperti sayuran dan buah- buahan juga sangatlah penting.
Mereka juga harus mengurangkan pengambilan makanan telah diproses dan makanan yang tinggi gula. Kanak-kanak juga perlu membuat aktiviti-aktiviti fizikal dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Sesetengah jenis ubatan seperti vitamin dan zat besi juga boleh menyebabkan sembelit.
Lebih Teruk Jika Ambil Makanan Berminyak Dan Pedas!
Jelas Dr Khamini lagi, semasa kanak-kanak diajar ‘toilet training’ boleh menyebabkan mereka sembelit kerana menahan diri untuk pergi ke tandas.
Ini akan menyebabkan kanak-kanak ini mengalami sindrom usus rengsa (irritable bowel syndrome) dan juga sembelit.
Masalah ini jadi lebih teruk apabila mereka makan makanan yang terlalu berminyak atau pedas.
Selain itu, stres dan masalah emosi juga boleh menyumbang terhadap sindrom usus rengsa.
Sesetengah kanak-kanak memerlukan ubat untuk melembutkan najis untuk membantu masalah sembelit.
Adakah Boleh Menyebabkan Komplikasi Lain?
Masalah sembelit boleh menyebabkan kesakitan semasa membuang air besar. Kanak-kanak ini boleh mendapat ‘anal fissure’ dan penyakit buasir.
Mereka juga mengalami masalah sakit perut yang boleh menggangu aktiviti harian. Selain itu, mereka tiada selera makan.
Masalah sembelit juga menyebabkan terjadinya ‘kencing kotor’ atau urinary tract infection terutamanya di kalangan kanak-kanak perempuan.
Apa Akan Terjadi Jika Susu Formula Sering Ditukar Ganti?
Tidak ada apa gejala-gejala yang berlaku jika sering bertukar ganti susu formula. Sesetengah kanak-kanak tidak suka rasa susu dan pengambilannya boleh berkurang.
Pemakanan Yang Sesuai Untuk Anak Yang Sering Mengalami Sembelit
Kanak-kanak harus mengambil makanan yang berserat tinggi seperti sayuran, buah-buahan, roti ataupun biskut whole grain.
Mereka juga harus mengurangkan pengambilan makanan yang diproses, tinggi gula dan kanji. Air juga harus diambil secukupnya setiap hari.
Makanan yang baik adalah seperti:
- Buah-buahan seperti betik, pisang, buah beri, epal
- Sayur-sayuran seperti sayuran hijau, lobak merah, labu, brokoli dan kacang buncis.
- Yogurt
- Roti serat/whole meal bread
- Bijirin
Bagaimana Untuk Mengelakkan Sembelit Berlaku?
- Makan makanan yang seimbang dan berserat tinggi
- Minum air secukupnya
- Menetapkan rutin tandas yang kerap
- Amalkan cara hidup yang sihat dengan membuat aktiviti fizikal setiap hari.
Baca ini juga
ibu-mengandung-ada-diabetes-perlu-suntikan-insulin-disarankan-jangan-puasa
doktor-ini-jelaskan-kesan-jangkitan-covid-19-terhadap-ibu-hamil-bayi-yang-dikandung
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI