Perasan tak, anak-anak cukup suka dengan makanan berwarna. Bukan setakat aiskrim, gula-gula, kek dan banyak lagi. Inilah salah satu cara mak ayah gunakan untuk bagi anak berselera makan.
Namun, tanpa kita sedar, makanan berwarna ini tidak elok untuk anak-anak. Bukan saja buat anak hyperaktif dan agresif api juga tak baik untuk minda dan otak mereka.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan tentang makanan berwarna yang memang mempunyai pewarna tiruan dan tidak elok untuk anak-anak kita.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Anak Bijak, Biasakan Bagi Makan Ikan 2 Kali Seminggu Berbanding Ayam Goreng
Minum Air Pegaga Campur Madu, Baik Untuk Memori Anak-Anak. Boleh Amalkan
Info Lebih Menarik DI SINI
Ini kesan pada otak anak sebab ambil makan minum yang ada pewarna tiruan dengan kerap.
Nampak tak gambar pertama. Otak sebelah kanan, makin banyak dot warna merah dan putih, berbanding yang belah kiri.
Dot merah dan putih itulah yang tunjukkan otak anak ini terlebih aktif dan sensitif.
Yang warna biru, itu aktiviti otak yang normal. Warna merah dan putih yang berlebihan, itu tak normal.
Mak ayah anak ni, pelik dan risau. Bila anak makan makanan tinggi pewarna merah, mesti anak akan jadi agresif dan tak boleh nak dikawal.
Lama mereka cari punca. Rupanya bila hentikan pewarna makanan tiruan dari anak, terus behavior anak jadi macam biasa.
Reaksi alergik, tak semestinya dengan timbul ruam satu badan, gatal kulit, bersin tak berhenti. Behavior berubah jadi pelik pun, salah satu dari reaksi yang boleh berlaku, cuma kita selalunya tak perasan sangat.
Elakkan anak-anak kita dari pewarna makanan tiruan. Terlalu banyak ada dalam makanan ultra processed.
Makanan tinggi pewarna macam ni, anak memang suka. Mereka tertarik dengan warna yang terang dan cerah. Naikkan selera mereka nak makan.
Tapi, ia akan bawa kesan buruk pada otak anak jika kita tak kawal pengambilannya.
Cuba elakkan, makan minum yang ada pewarna tiruan macam dalam gambar, di rumah kita.
Apatah lagi pewarna makanan tiruan, yang kita sendiri guna untuk baking dan masak makanan anak-anak.
Ada pewarna atau tak, rasanya tetap sama kan. Yang beza, cuma warna yang boleh tarik perhatian anak.
Tapi bila kita tahu ianya tak elok untuk otak dan minda anak dalam jangka masa panjang, mesti tak sanggup lagi dah kita nak masukkan dalam adunan kek yang anak minta.
Sama-sama kita cuba ya, perhatikan apa yang anak makan setiap hari.
Yang sebelah kanan tu, gambar otak anak yang tak normal.
Aiskrim rainbow ni anak-anak suka sangat.
Kek pun ada. Elakkan ya kalau boleh.
Yogurt pun ada pewarna tiruan, yang anak-anak patut elakkan tau.
Taknak jadikan makanan tinggi pewarna macam ni sebagai sarapan pemula hari anak.
Nak makan pun nampak seram, banyak sangat pewarna yang ada.
Candy dan lollipop, antara makanan yang paling banyak pewarna.
Gummy bear macam ni, suka betul anak-anak makan.
Apa saja jenis minuman, elakkan yang terlalu terang warnanya. Kebanyakan memang ada pewarna tiruan walaupun katanya dari buah anggur asli, mesti ada pewarna warna ungu digunakan.
Mingguan Wanita : Bukan setakat anak je tertarik, mak-mak pun boleh terpikat sama dengan makanan berwarna ni.
Sumber: Dr Mazliana Mazlan
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita