Sebelum mempunyai anak, mak ayah bukan main lagi merancang dan berangan untuk mendidik anak-anak sebaik mungkin. Berazam untuk memastikan anak belajar sejak dari kecil supaya kelak jadi seorang yang bijak pandai dan berjaya.
Namun, jangan terlalu awal untuk merancang semua itu sebab kita tak tahu tahap pemikiran anak-anak. Kalau terlalu memaksa untuk mereka belajar, bimbang akan memberi kesan.
Memang betul, setiap mak ayah ingin melihat mereka berjaya. namun, janganlah memaksa anak belajar terlalu awal dari usianya. Masa kecil, belajar dengan cara bermain.
Sebab itu, sesetengah mak ayah tidak kisah untuk anak bermain sambil belajar dan tidak terlalu memaksa kerana bimbang bila anak makin membesar, dia akan merasa bosan dan tidak berminat untuk belajar. Maklum sahaja dari kecil sudah belajar awal-awal. Susah jugak.
Perkongsian daripada Kartini Sulaiman boleh membuka mata mak ayah di luar sana untuk tidak terlalu menaruh harapan atau memaksa anak. Didiklah dengan cara betul mengikut kesesusaian umur dan jangan terlalu memaksa.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ADAB Dan ETIKA Basuh Baju. Inilah Cara Isteri Muliakan Suami, Anak Belajar Berdikari
Didik Anak Untuk Lebih Percaya Pada Keluarga Berbanding Kawan Sebaya
Info Lebih Menarik DI SINI
Sebelum ada anak dulu, macam-macam saya plan untuk Amaani. Lahir saja anak, terus beli flash card. Pantang nampak mainan yang bagus untuk anak cepat membaca, mengira, hafal doa, belajar mengaji, semua beli.
Konon nak anak cepat pandai semua tu. Supaya nanti darjah 1 senang. Tak stres cikgu nak mengajar. Anak pun tak rasa terbelakang.
Lepas tu kalau boleh nak anak start mengaji awal, khatam Quran awal. Kalau boleh hafal surah pendek-pendek sebelum sekolah. Pandai baca doa harian. Beradab.
Begitulah. Nak anak pandai tu semua, tapi masalahnya mak nya tak berapa nak rajin nak sentiasa monitor anak nak buat semua tu. Beli-beli tapi nak pakai tak reti.
Jadi, mulalah meneroka sekolah-sekolah yang boleh memenuhi keperluan tu semua. Banyak betul saya spend masa untuk cari sekolah yang terbaik nak hantar Amaani.
Lepas banyak membaca, baru saya tahu antara sebab mental issues yang banyak berlaku sekarang adalah disebabkan perkembangan otak yang paling kritikal masa 6 tahun pertama tidak dipenuhi.
Kita sibuk dengan perkembangan IQ anak. Tapi rupanya perkembangan EQ memainkan peranan yang sangat besar untuk IQ dan seluruh kehidupan anak-anak kita.
Komponen-komponen asas yang berkembang pada 6 tahun yang pertama menghasilkan 90% dari otak kita. Malah, ia akan terus berkembang sehingga anak lelaki berumur 25 tahun dan anak perempuan berumur 25 tahun. IQ cuma meliputi 10% sahaja.
Kita risau nanti anak darjah 1 tak pandai membaca, tak boleh cope dalam kelas kalau tak start dari awal. Rupanya start awal dalam keadaan perkembangan otak anak tak bersedia lagi cuma merugikan kita dan anak-anak.
Jadi tak hairan pun anak-anak ada yang boring pergi sekolah sebab dia dah start awal apa yang tak sepatutnya terlalu awal. Dia dah hilang minat, tak eager lagi nak belajar dan meneroka.
Mula-mula memang nampak macam menyerlah, tapi bila dah umur 10-11 tahun, sama saja perkembangannya dengan anak-anak yang start lambat membaca/mengira, mengaji.
Apa yang paling merisaukan anak-anak yang start terlalu awal ni lebih terdedah kepada stress dan depression kerana perkembangan EQ nya masa 6 tahun belum sempurna.
Mungkin bukan pada zaman persekolahan. Tapi benda ni akan terserlah juga bila umur meningkat ke 20-an. Malah, makin melarat hingga terbawa ke alam perkahwinan. Sebab tu mental issues sekarang makin meningkat dan sangat menakutkan di Malaysia.
Statistik menunjukkan seawal 5 tahun pun dah boleh kena depression. Banyak kes cuma kita yang kurang ambil tahu.
Berbeza dengan anak-anak yang fokus 6 tahun pertama tu kepada perkembangan EQ nya. Bila dah sempurna ikut usianya, bagi lah apa saja task, dia akan dapat cope, lebih relaks, berani, confident, tinggi empati dia, kreatif dan pandai selesaikan masalah.
Makin banyak saya baca baru saya tahu yang sangat-sangat penting masa 6 tahun pertama ni fokuskan anak kepada BERMAIN.
Tak perlu pun kita terlalu tekankan anak-anak untuk pandai ABC, 123, alif ba ta. Apatah lagi untuk belajar sains dan menghafal Al-Quran.
Cukup BERMAIN, semua benda ni akan datang seiring dengan natural. Tak perlu dipaksa, nanti anak-anak sendiri yang akan tunjukkan minat. Dan di situlah peranan kita sebagai ibu bapa untuk bagi galakkan dan sokongan kepada anak-anak.
Habis semua sekolah yang berkonsep playschool saya baca review, pandangan mak ayah. Of course masa tu saya fikir pasal cost jugak. Dan dari situ saya tahu BERMAIN bukan sekadar BERMAIN. Bermain pun ada seninya.
Begitulah.
P/S : Terima kasih Miss Ain & Play Leaders yang jaga Amaani 2 tahun ni. Amaani seronok pegi school, seronok jugak balik rumah. Soon, Aqil Salim pulak. Insya Allah.
MW: Memang bagus bila mak ayah terlalu mengambil berat pendidikan anak-anak masa kecil. Tapi jangan terlalu memaksa anak sebab kita kena tengok tahap keboleh terimaannya, Biarlah anak bermain sambil belajar.
Sumber: Kartini Sulaiman
#makanaktiga
#masihbelajarjadimakdanisteri
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita