‘Jangan Pakai Lagi Baju Sekolah Sayang’ Demi Ilmu, 45 Minit Anak-anak Ini Berjalan Kaki Meredah Belantara

Share

Ketika mak ayah menikmati indahnya Kemerdekaan 31 Ogos tahun 2018 ini, nun jauh di perkampungan pedalaman Orang Asli Kuala Lipis Pahang masih ada lagi anak-anak kecil keriangan meredah belantara demi menimba ilmu di sekolah.

Seakan tiada resah di wajah mereka. Biarpun ditebak cikgu dengan bermacam soalan; kenapa baju kotor, kenapa datang lambat, anak-anak ini tetap ceria. Tetap datang ke sekolah.

Dan tidak pun bersungut dengan perjalanan sejauh 45 minit berjalan kaki meredah semak belantara yang mana semua ini gerun untuk anak-anak yang terbiasa hidup senang mahu melaluinya.

Catatan perjalanan Guru Sains di SK Lenjang Pedalaman Orang Asli Kuala Lipis, Pahang, Cikgu Ameer Firdaus ketika mengambil keputusan untuk memahami kenapa anak-anak ini kotor baju sekolahnya malah adakala lambat ke sekolah pasti membuka pintu hati pembaca.

Dia turut serta bersama-sama keletihan dan bermandi peluh dengan anak-anak ini ketika menghantar mereka pulang ke rumah di Perkampungan Orang Asli Tungau, Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang.

Wajah anak Penan basah dengan tangisan, rindu sungguh pada mak ayah yang jauh.

 

Masa ni sedang berkumpul. Sedang tunggu yang lain-lain datang. Ni murid-murid yang tinggal di Kampung Tungau. So hari ni aku teman diorang balik rumah. Aku tak sempat tukar baju. Sebab diorang macam dah lambat. Follow jom!!

Selamat Pulang Ke Rumah Sayang

Satu hari tu aku janji dengan anak-anak murid aku ni, untuk hantar mereka pulang ke rumah. So that day, aku ajak pengawal keselamatan sekolah temankan aku. Maka pergilah aku berjalan bersama-sama mereka.

Perjalanan aku menghantar anak-anak aku ni ke rumah mereka yang tinggal di sekitar “Kampung Tungau” telah memakan masa 45 minit pergi dan 45 minit balik.

Boleh tengok sendiri turutan perjalanan anak-anak ni pergi dan balik sekolah setiap hari dalam keadaan macam ni. Haa, kalo nak rasa, boleh datang sini, kami boleh bawakan.

Pesan Emak, Baju Sekolah Pakai Bila Tiba Di Sekolah

Okeh, berbalik kepada cerita sebenar.

Setiap hari, dalam pukul 5.30 pagi diorang bangun bersiap ke sekolah. Kat rumah tak ada iron pun, mak diorang lipat-lipat baju sekolah anak dia letak dalam beg. Kumpul dengan kawan-kawan, bawa lampu suluh. Pukul 6.00 pagi nak gerak dah.

Ada la sorang dua parent teman hantar. Kadang-kadang jalan kaki menyusuri semak, bukit-bukit dan titian buluh tu untuk ke sekolah. 45 minit jalan kaki dalam hutan, sampai kat pagar belakang sekolah tu, diorang cari tempat lapang sikit. Then baru diorang sarungkan baju sekolah.

Tahu kenapa? Sebab parent dia pesan, “Jangan pakai lagi baju sekolah sayang”.

Dalam perjalanan waktu dini hari nanti embun-embun pagi kat daun-daun tu akan buat baju basah, dan tanah-tanah yang lembab tu akan buat baju sekolah kotor. Karang sampai ke sekolah cikgu marah kalau baju kotor.” (translate dari bahasa semai).

So tahan la sikit comot kat pakaian sekolah tu. Then, kira-kira pukul 6.50 macam tu, bila dah siap-siap sarung pakaian sekolah tu baru diorang masuk pagar sekolah untuk makan RMT.

Pukul 7.25 pagi tu dah siap-siap nak berhimpun dah. Sama jugalah dengan waktu balik dari sekolah.

Diorang akan tanggalkan pakaian sekolah tu dulu. Letak dalam beg. Then pergi tadah makanan tengah hari dalam tupperware, lepas tu makan sambil jalan on the way balik. Ada tu makan sambil melompat-lompat pun ada. Biarlah. Budak-budak.

 

Jalan makin sempit. Semak semakin menebal. Aku nampak muka diorang penat sikit. Hmmmm. Jauh….

Asrama Terhad Untuk 200 Murid Yang Terlalu Jauh Di Pedalaman

Ada asrama sekolah. Tapi asrama tidak boleh menampung semua murid. Jadi asrama di hadkan pada +-200 murid yang tinggal di kawasan yang terlalu jauh sahaja. Jadi sebenarnya Kampung Tungau ni masih lagi tidak terlalu jauh…..(tapi sebenarnya jauh).

Dalam keadaan yang macam ni tak hairan lah diorang boleh jadi malas untuk ke sekolah, lewat datang dan lewat makan RMT, ataupun baju diorang tu akan kotor sangat.

Dan aku ni, dalam beberapa tahun mengajar kat sini duk asyik tanya dan marah diorang dengan soalan-soalan ni.

Kenapa baju kotor sangat ni?”

Awak ni kenapa lambat sangat datang, dah la baju kotor!”

Dah kenapa awak selalu lewat makan pagi, lewat beratur.”

Bla bla bla… Kenapa tu.. Kenapa ni.. Bla bla bla.

Macam-macam, dengan nada bengis, kadang nada elok nasihat, kadang marah. Yang di mana aku menganggap mereka ni tidak faham tentang kebersihan, mahupun menepati masa untuk datang awal ke sekolah, ataupun kepentingan untuk datang belajar kesekolah. Tapi dalam situasi mereka ni, siapa sebenarnya yang tidak faham?

 

Masih lagi senyum-senyum keriangan. Cikgu temankan awk semua balik hari ni oke.

Walau Keadaan Sesukar Itu, Anak-anak Tetap Ke Sekolah

Rasa kejam dan rasa bersalah. Benar-benar memberi kesedaran pada aku. Yang memberikan tamparan lebih hebat pada aku, bila dalam keadaan mereka yang macam tu, tapi mereka tetap datang ke sekolah.

Ada beberapa orang tu memang kalau tak sakit, dia akan selalu datang. Dia awal, belajar elok, suka tolong cikgu buat itu ini. Dan aku tak nampak penat pun kat muka dia ni. Dan kawan-kawan dia yang lain pun ikut sama.

Ya, mereka hidup dengan apa adanya, gembira dengan apa yang ada, tidak merungut, sedar diri, dan ingin berusaha memperbaiki kehidupan. Semua ni buat aku lebih sedar tentang kenapa aku ditempatkan di pedalaman ni.

Even jalan aku susah untuk masuk ke sekolah ni denagn meredah sungai, jalan lereng bukit berselut dan sebagainya tu. Apalah sangat nak dibandingkan kesusahan yang sedikit tu dengan keperitan hidup anak-anak murid yang lebih memerlukan cikgu-cikgu dia untuk berada di sana.

 

Yeayyy, dah sampai. Penat. Cikgu pulak terlebih penat. Haha
Okeh, salam cikgu dulu.

Comot-comot Pun Cikgu Tetap Sayang

Mmmmmm, banyak dah bebel.. Dah sampai rupanya kat kawasan sekitar kampung Tungau ni. Maafkan cikgu, cikgu dah marah awak semua tanpa memahami situasi awak sebenarnya.

Terima kasih jadi anak-anak murid yang sabar dan sayangkan cikgu.

Terima kasih kerana menghilangkan rasa penat cikgu dengan senyuman riang walaupun sebenarnya awk sangat penat. Comot-comot pun, cikgu tetap sayang.

Dah sampai rumah ni, semua salam cikgu dulu.
Melambai, sambil menahan sebak.
Selamat pulang ke rumah sayang.

Belantara Inilah Yang Anak-anak Redah Pergi Dan Balik Sekolah

 

Memulakan perjalanan dengan riang.
Happy je diorang. Melompat-lompat sambil nyanyi-nyanyi.

 

Kemudian, lintas titian buluh yang kecil dalam semak-semak tu.

 

Lepas tu pulak ada titian kedua.Yang ni macam besar la sikit. Tapi besar tu jela gayanya. Mmmmmm.
Yep, Dhaif perjalanan ni.. So boleh fikir tak waktu diorang mulakan perjalanan (berjalan kaki) dalam seawal pukul 5.45 or 6.00 pagi. Melalui semak samun dan titian-titian yang macam ni.

 

Naik turun bukit. Aku nampak semak samun dah makin menebal bila dah jauh ni. Masa ni dah dalam 20 minit perjalanan.

 

Terus jumpa titian ke tiga. Yang ni macam jauh sikit menitinya. Sebab sungai bawah tu macam lebar. Dini hari dengan beg sekolah. Bersama rakan-rakan yang beberapa orang je tu. Di jalan macam ni lah diorang pergi dan balik sekolah.

 

Aku yang mengada acah-acah nak masuk gambar.

 

Ini jambatan ke empat dah. Posing sini dulu. Rehat jap. Masa ni dah 30 minit perjalanan. Aku tunggu diorang basahkan badan dalam sungai. Then gerak semula.
#myadorablekids

 

35 minit selepas itu.. Masih melompat-lompat. Dan tersenyum.

 

Naik bukit. Kat atas sana dah nak sampai ke Kampung Tungau. Cikgu dah lenguh sayang.

 

Bai baai
Aku tanya dalam hati aku.. Kenapa awak semua ni still senyum…………
Sambil melambai-lambai, sambil mata aku berkaca.

Sumber/Foto : Ameer Firdaus

Published by
Netty Ah Hiyer