‘Mesti anak menyusu nanti macam-macam rasa sebab mama dah makan macam-macam tadi’
Bukan main seronok ye mak-mak sambut hari raya. Makan juadah itu, makan macam-macam jenis kek dan biskut yang menjadi kegemaran. Anak yang menyusu badan pun seronok sebab dapat rasa sama. Mungkin itu yang sering difikirkan oleh mak-mak terutamanya masih ada anak kecil dan menyusu badan.
Tapi, bila makan macam-macam dan bberat badan mula naik, bising pula. Ada juga mak-mak yang mula nak berdiet sedangkan masih menyusu badan. Tak payah nak menyeksa diri dengan berdiet bagai. Malah, jangan sesekali terpengaruh dengan produk-produk untuk kuruskan badan. Kena fikir, mak-mak masih ada anak yang menyusu badan. Tak pasal-pasal boleh beri kesan pada anak pula.
Ada cara mudah yang boleh bantu mak-mak untuk kuruskan badan. Cuba cara ini. Mak kurus dan anak pun sihat.
1.Banyakkan minum air kosong. Kalau boleh elakkan air sejuk atau ais. Nanti perut boleh jadi buncit.
2.Banyakkan mengambil sayuran hijau dan buah-buahan, kiranya ini serat semula jadi. Jangan pula minum jus buah kerana mak-mak perlukan serat dari buah dan sayur. Cara terbaik adalah mengambil buah dan sayuran terus.
Ads
3.Kerapkan menyusu anak-anak. Kalau nak pam, pam secara berkala iaitu sekurang-kurangnya dua jam sekali.
4.Kurangkan mengambil minuman dan makanan manis serta bergula.
5.Jangan langkau waktu makan. Mabil sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Ads
6.Roti dan biskut kerap jadi peneman waktu berdiet sebab makanan ini boleh kurangkan mak-mak mengambil nasi. Jadi, sekarang cuba jangan ambil roti atau biskut sebab makanan inilah yang membuatkan kalori lebih tanpa mak-mak sedar.
7.Kalau anak dah berusia enam bulan ke atas, mak-mak dah boleh kurangkan kuantiti nasi kepada separuh atau suku sahaja. Tapi, semasa anak berusia enam bulan ke bawah, pengambilan karbohidrat dan lemak kena seimbang dengan pengambilan serat untuk dapatkan susu yang lebih berkualiti dalam membantu pertumbuhan badan bayi.
Ads
8.Elakkan minuman segera 3 in 1. Kalu nak minum sekali sekala tiada masalah tetapi jangan jadikan rutin.
9.Kadang-kadang, bila mak-mak ada anak kecil, masa untuk kencing pun tak sempat sampai sanggup tahan. Jangan asyik tahan kencing kerana ia boleh jadi kencing tidak lawas. Satu hal pulak. Mak-mak boleh amalkan minum barli yang diperah lemon untuk bantu lawaskan kencing. Tapi bagi mak-mak yang menyusu, cukuplah minum seminggu sekali.
10.Cuba dapatkan tidur yang berkualiti. Macam agak susahkan sebab bila dah menyusu badan, masa tidur pun tak cukupkan.Jadi, mak kena ubah cara pemakanan dan secara tak sedar, anak-anak pun tak meragam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada petua tertentu untuk memastikan bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas, kekal segar serta tahan lebih lama. Bukan apa boleh dikatakan bahan-bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas ini merupakan antara bahan penting yang mesti ada di dapur. Terutamanya jika kita gemar memasak menu seperti gulai,sup, masak lemak, rendang dan sebagainya.
Namun, kebiasaannya juga bahan-bahan ini kita gunakan hanya sedikit sahaja selebihnya disimpan di dalam peti sejuk dan selalunya bahan-bahan ini tidak tahan lama, ia mudah menjadi kering, busuk dan tak boleh digunakan lagi. Akibatnya, lebihan halia, lengkuas atau kunyit yang tidak habis digunakan ini akan dibazirkan begitu sahaja.
Perkara ini boleh diatasi sekiranya mengikut petua dan cara yang betul penyimpanannya. Malah kunyit, lengkuas, serai dan halia ini mampu boleh bertahan sehingga dua bulan, masih elok, segar serta masih boleh digunakan untuk sebagai bahan memasak dalam tempoh tersebut. Ikut petua ini.
Cara-Caranya:
1.Cuci bersih kunyit, lengkuas, serai dan halia.
2.Masukkan kunyit, lengkuas, serai dan halia yang masih segar ke dalam bekas bertutup yang berisi air.
3.Simpan dalam peti sejuk.
4.Pastikan air bersih ditukar tiga atau empat hari sekali, jangan biarkan sehingga air berlendir.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tarik diri dari Muafakat Nasional. Terbaru Ummi Nazeera menerusi akaun Instagramnya mengumumkan penarikan diri dari Muafakat Nasional iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Langkah Ummi itu disokong oleh para netizen, malah menerusi ruangan komen salah seorang pengikutnya menyatakan kesyukuran.
“Alhamdulillah, kami suka umi sebagai pelakon, jangan campur bidang lain, tambahan politik…… merosakkan karier. Anda aktres yg bijak” aishahmatakat
Tarik Diri Dari Muafakat Nasional
Ummi seperti mana dipetik menerusi akaun Instagramnya juga berterima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik dirinya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.
“Setelah mengambil kira kegusaran dari peminat-peminat Ummi yang disayangi serta dari pihak-pihak berkepentingan, saya Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk menarik diri dari Muafakat Nasional, sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
“Ummi akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga Ummi.
“Terima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik Ummi dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.
“Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” kongsi Ummi.
Sebelum ini pada 15 Disember lalu, Presiden Muafat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Ummi bersama Jamal dan Datuk Seri Eizlan Yusof adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).
Mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan pertubuhan NGO berkenaan.
Kalau anak batuk dan selesema, mak-mak pasti tak senang duduk dengan kesihatan anak-anak. Biasanya peyebab utama gejala selesema dan batuk ialah jangkitan kuman virus. Jadi tak bolehlah nak biar sembuh sendiri.
Ok, memang tidak dinafikan ubat-ubatan perlu untuk meredakan batuk dan kahak bagi mengelakkan semakin berlarutan tetapi mak-mak juga boleh cuba petua tradisional ini di rumah.
Orang kata, ubat bagi tapi petua pun boleh cuba. Andai kata nak cuba, mak-mak boleh cedok petua hilangkan batuk daripada Puan Ummu Umar Ali ini.
Petua Hilangkan Batuk Anak
Bismillahirrahmanirrahim.. Tengah hari tadi ada post pasal buat minyak bawang putih yang saya buat untuk anak batuk. Alhamdulillah… Memang mujarab. Sapu 2 kali kat tapak kaki dia, labu betis, belakang dan dada terus lega batuk.
Ramai juga yang pm tanya macam mana nak buat sebab sekarang memang ramai kan anak-anak yang sedang batuk. Ini saya kongsikan sedikit cara saya buat. Insyaallah boleh cuba.
Cara buat pun tak susah..
Langkah pertama
Mula-mula ambil selabu bawang putih dan dibakar dalam kuali dan tutup. Bakar agak-agak dah naik bau dia dan wrna kulit bawang menjadi kekuningan.
Langkah kedua
Ambil bawang tadi letakkan dalam mangkuk dan siram minyak atas bawang yang sudah dibakar tadi. Biarkan lebih kurang 10 minit.
(boleh guna minyak yang anak anda biasa guna. Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun dan minyak masak pun boleh juga)
Langkah ketiga
Picit bawang ke dalam minyak. Bawang sudah menjadi lembut. Sekarang dah boleh sapu kat tapak kaki anak, kat labu betis, belakang serta dada dia. Insyaallah anak-anak anda akan selesa daripada batuk dan batuk akan sembuh dengan izin Allah. Cuba lah.. Mudahkn?
Nota:
Saya guna minyak telon.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!