Pernah tak kita merungut, mungkin dalam hati, contohnya menyesal belanja seseorang atau keluarga hinggakan duit habis. Atau mungkin juga kita merungut kerana hidup susah tak seperti orang lain.
Kadang-kadang, kita berkira untuk keluarkan duit. Kalau untuk membeli atau guna duit kepada perkara yang rasa tidak perlu. Itu tidak menjadi masalah. Sebaliknya, berkira-kira untuk belanja keluarga terutamanya, bimbang duit tidak cukup atau habis.
Jangan merungut pasal duit atau hidup susah. Sebab itu boleh jadi satu doa, sebaliknya kita kena bersyukur. Mungkin cara ini akan membuatkan rezeki kita bertambah-tambah. Kita tidak tahu, ini boleh jadi asbab. Ada duit, tak ada duit, hidup susah atau senang. Kita kena bersyukur. Rezeki yang Allah akan bagi kita tak tahu.
Perkongsian daripada Mohd Fadli Salleh ini boleh membuka mata pembaca di luar sana agar tidak merungut, walaupun dalam hati dalam menegeluarkan duit atau belanja untuk keluarga mahupun kawan-kawan.
Ada duit atau tak ada, senyum dan bersyukurlah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kalau Isteri Merungut Penat Bukan Sebab Tak IKHLAS Tapi Nak Suami Faham!
Jangan Merungut Dapat ANAK LELAKI Berderet, Sebab Merekalah Keluarga Jadi Kuat
Info Lebih Menarik DI SINI
Seorang kawan aku ni, dulu cukup suka merungut hidup sempit, duit tak cukup, hutang banyak, duit habis dan seumpamanya.
Aku terus tegur dia. Aku cakap,
Mampu sedekah dalam tabung masjid rm1 kan? Itu tanda kita kaya. Hanya orang kaya boleh memberi”.
Dulu-dulu, bila aku belanja anak-anak ke, isteri ke, adik-beradik ke, mereka akan tanya,
“Banyak duit kau. Boleh belanja ni”.
“Amin, amin,” balas aku.
Padahal masa tu tak ada la duit mana pun. Kadang bil pun tertunggak, ansuran kereta pun bank call. Malah, kadang tak dan cukup bulan dah mula berhutang.
Tapi setiap kali orang kata aku banyak duit, aku kaya, aku senang, aku akan senyum dan aminkan walau hakikat sebenarnya masa tu aku sendiri perit.
Sesekali balik kampung, keluar mengeteh dengan kawan-kawan, akan ada kawan-kawan berseloroh,
“Cikgu ada. Cikgu bayarlah air ni. Berapa sangat harga air dan makan kawan-kawan. Dah la balik sekali sekala. Cikgu kan gaji banyak”.
Aku senyum, aminkan dan bayar saja. Esok lusa dah tak keluar. Sebab duit dah habis.
Orang tak tahu kita nak balik kampung nak isi minyak kereta bayar tol pun kadang meminjam dan berhutang. Benda gitu takkan nak cerita kat orang, ye dak?
Namun setiap kali orang kata kita senang, kita kaya kita ada duit, aminkan sahaja.
Bila keluarkan duit untuk keluarga, untuk sesiapa sahaja, jangan disebut tentang kerugian kita. Sebab keuntungan orang yang menerima.
Jangan merungut duit habis berbelanja meski pun di dalam hati, tapi bersyukurlah kerana kita mampu berbelanja dan membuat orang lain dapat merasa. Begitu sepatutnya.
Kata-kata satu doa. Percayalah.
#MFS
– Teknik menarik rezeki –
MW: Orang tengok kita nampak senang, tapi sebenarnya mereka tak tahu apa yang membelenggu dalam hati kita. Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Sumber: Mohd Fadli Salleh