Jangan Menuntut Kesempurnaan, Isteri Sebenarnya Tidak Ternilai Jika Suami Pandai Menghargai

Share

Memang bukan mudah berkongsi hidup biar pun telah lama bercinta, apatah lagi menuntut kesempurnaan pasangan. Bayangkan selama ini kita hidup dengan cara kita, buat keputusan dengan cara sendiri dan tiba masanya berkahwin serta hidup bersama, segalanya berubah secara total.

Pabila timbul perselisihan, mulalah sang suami menilai baik dan buruk isteri yang tidak kena di matanya. Wahai suami, sebelum menilai isteri, cuba nilai diri anda terlebih dahulu.

Jangan terlalu menuntut kesempurnaan kerana seseorang wanita itu sebenarnya tidak ternilai jika suami pandai menghargai.

Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin

Berapakah nilai kita sebagai seorang lelaki yang bakal atau telah menjadi suami???
Kita selalu mengukur nilai seorang wanita itu terletak pada hantaran dan mas kahwinnya… Semakin tinggi nilai tersebut, semakin besar jugak expectations yang kita harapkan daripadanya…


“Dah bayar 20k, mesti lah kena pandai masak, kena lahirkan anak, kena uruskan hal-hal rumah dan sebagainya…


“Bayar mahal kot…kenalah tahu serba-serbi dan buat macam-macam…

Tapi pernah tak kita sebagai lelaki yang bakal menjadi suami atau sudah menjadi suami tahu nilai diri kita berapa?

“Nilai seorang lelaki itu terletak pada cara dia menghormati dan melayani wanita…”


Baca Di Sini:

Pasangan Yang SEMPURNA Hadir Bila Kita Banyak Memberi, BUKAN Mencari

Sebelum Cari Kekurangan Pasangan, Cermin Diri Dulu!

Mampukan Kita Jadi Pasangan Sempurna

Kita boleh bimbing dia? Kita boleh didik dia? Kita boleh bawa dia ke Jannah? Cukup solat kita? On time? Cukup puasa kita? Kita jaga ikhtilat kita?

Betul tajwid kita, bacaan dalam solat kita? Banyak amalan kita? Berapa dalam ilmu kita, kefahaman kita tentang soal agama?

Sejauh mana kita mempraktikkan agama itu dalam kehidupan seharian kita…?
Semua ini kita kena NILAI dahulu diri sendiri sebelum kita MENILAI pasangan kita…

Jangan terlalu menuntut kesempurnaan dari seorang wanita yang bergelar isteri kalau diri kita sendiri penuh dengan cacat-cela…Wanita itu sebenarnya tidak ternilai jika kita pandai menghargai dan melayaninya…

Sumber:

Firdaus Shakirin

MW: Hargailah isteri sebaik mungkin. Sebelum menilai baik, buruk seorang isteri, kaji dulu nilai diri sendiri sebagai suami. Jika diri sendiri sempurna, barulah tiba masanya menilai orang lain terutama isteri.

Namun apalah gunanya sempurna jika tidak bahagia. Perkara paling penting adalah menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Published by
Nur Syazwani Mehat