Pemilik kediaman yang berhasrat menambah ruang kediaman lebih besar daripada keadaan asal, sebaiknya hadam dulu saranan Penulis Buku Hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad (PhD) ini. Kerana, ramai sebenarnya yang tanpa sedar telah membuat binaan terlebih dari sempadan tanah miliknya.
Tindakan sebegini bukan saja mengundang dosa, malah boleh menyebabkan hal-hal lain yang melibatkan perundangan. Hadamkan baik-baik pesanan ini, agar pemilik kediaman sama-sama ambil ikhtibar.
Balik ambil anak tuisyen saya jumpa rumah begini.
Setiap rumah ada sempadan tanah.
Bagi rumah teres biasa ukuran standard adalah antara 20 x 70, 18 x 65 atau 24 x 55 .
Jika kediaman kita beli adalah 18 x 65 jangan pandai pandai lebihkan sampai tanah bukan kita punya.
Ianya berdosa.
Seperkara lagi, pertimbangkan perasaan jiran ini, sudahlah tambah dinding. Kemudiannya tidak plaster pula. Makin buruk rupanya.
Itu puncanya,
1. Orang beli kediaman dipersekitaran mahal untuk dapat mentaliti yang mahal.
2. Jangan tambah kediaman ikut suka selera kita.
3. Ia satu kesalahan majlis kerajaan tempatan. Saman boleh dikeluarkan.
4. Kereta anak bila datang, parking atas jalan.
5. Longkang telah ditutup dan menyusahkan seluruh proses selengara majlis.
Jalan lakukan sikap seperti ini, ia bukan menjadikan kita kelihatan kaya.
Ia nampakkan kita tidak beretika sahaja.
Jika ada duit lebih, jangan tambah rumah. Beli rumah lain di kawasan baru.
Kita ada kejiranan baru yang lebih berkualiti.
Di sesetengan taman, ia seperti satu perlumbaan.
MW : Semoga kita lebih matang untuk membuat satu-satu keputusan, lagi-lagi jika ia melibatkan jiran. Jiran muafakat membawa berkat.
Sumber/Foto : Azizul Azli Ahmad
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.