Kalau anak kedua ada sindrom anak kedua, anak sulung juga ada peelnya yang mak kena jaga-jaga. Biarpun anak sulung jenis mudah disuruh dan menurut perintah tapi mereka pantang di rendah-rendahkan kebolehannya depan adik-adik mahupun orang lain.
Pantang tersilap sedikit, merajuknya boleh berpanjangan. Sentap! Kata orang sekarang. Sebenarnya ada sebab kenapa anak sulung berperangai semacam itu.
Ini Penyebabnya…
1. Terlebih Dulu Dimanja Mak Ayah
Sebelum lahirnya adik-adik yang lain, dialah intan payung mak ayah. Bila adik-adik lahir dia terpaksa terima hakikat yang dirinya sudah jadi abang atau kakak.
Walhal dia masih lagi kecil dan mahukan perhatian sebagaimana diperoleh sebelum kelahiran adik-adik.
Mak ayah pula terlupa dan beralih kasih pada yang bongsu. Tanpa sedar ada jiwa kecil yang tercalar emosi. Yang sedang merindui belaian manja yang diterima sebelum ini.
Ads
Bukan mudah dia nak terima hakikat itu. Sepatutnya mak ayah maklumkan dengan lembut dan kasih sayang.
2. Ia Satu Tanggungjawab Yang Berat
Setelah berusaha keras terima hakikat dirinya seorang abang/kakak, dia perlu pikul tanggung jawab.
Bila adik menangis ibu kata, ‘Abang tolong tengok adik’ ‘Kakak ambilkan lampin adik’. Kalau perasaan cemburu tak berjaya dibendung, abang atau kakak akan melakukan dengan terpaksa. Tanpa sedar dia akan jadi seorang yang memberontak.
3. Jatuhkan Standard Dalam Diam
Anak sulung mula memberontak dalam diam. Bila mak tak pandang, dia pulas telinga adik yang masih merah.. dia cium pipi adik dengan geram.
Ads
Katakan mak tiba-tiba terpandang, cepat-cepat mak beri amaran. Kalau masih kecil mak tak sampai hati nak tegur dan bawa adik menjauh pergi.
Tapi satu hal yang mak kena faham, anak sulung cukup pantang bila dijatuhkan standardnya depan adik-adik mahupun orang lain.
Ada cara mahu menegurnya. Bukan mengherdik atau memarahi. Tapi denfan sentuhan emosi. Tegurlah ketika tiada sesiapapun di sekelilingnya. Ia cuma ada mak dan anak sulung saja. Biarkan sesi itu jadi cukup privasi.
Ads
Nota
Biarpun anak sulung anda kuat merajuk dan berjiwa sensitif, percayalah apabila anda mendidiknya dengan cara yang betul dan belaian kasih sayang yang selayaknya, dia akan membesar dengan sifat tanggungjawab yang sebenar-benarnya.
Jangan sampai anda terlalu fokus dengan kedegilan anak kedua, memberi perhatian pada anak ketiga dan seterusnya membuatkan anda lupa mahu mendakap, memeluk dan mencium mesra anak yang sulung.
Usah terlalu mendesaknya memikul tanggungjawab seorang abang mahupun kakak. Berikannya masa dan peranan selayak usianya.
Ingat! Kasih sayang anda akan mencorak bahagia anak-anak yang membesar di hadapan mata.
Jika nak buat biskut, biasanya salah satu tip asas adalah tepungnya perlu ‘disangai’ terlebih dahulu.Sangai bermaksud goreng dalam kuali tanpa minyak dengan api perlahan dan sentiasa digaul supaya tak hangit.Sangai tepung bertujuan bagi tepung tu ringan, rangup dan tahan lama. Malah jika nak buat kek pula, perlu guna tepung naik sendiri ‘Self Raising Flour’ barulah keknya menjadi.
Namun sangai cara tradisional ini agak renyah, makan masa dan perlukan komitmen untuk melakukannya. Sebenarnya ada cara lebih mudah, mak-mak boleh sangai menggunakan oven, malah boleh buat sendiri ‘Self Raising Flour’ ini di rumah.
“Siapa suka sangai tepung gandum kalau nak buat biskut dan buat sendiri self raising flour, Ni ceq bagi tips mudah dan menjimatkan masa dan poket hampa semua..boleh juga menyambil buat kerja lain”
1. Cara Sangai Tepung Gandum Biasa Guna Oven
1. Panaskan oven dalam suhu 160c.
2. Ayakkan tepung gandum dan masukkan dalam loyang acuan kek.
Tepung gandum dah siap ayak nak tunggu masuk dalam oven.
3. Terus bakaq tepung tu dalam oven lebih kurang 20 minit.
Bakaq ja tepung tu nak suhu yang tepat guna penyukat suhu.
4. Keluarkan tepung ambil sudu kacau sampai tepung tu berderai sebab bila bakaq tepung tu jadi agak keras dan berketul.
Dah siap bakaq kacau balik tepung tu sampai berderai
5. Tunggu sampai tepung sejuk dan ayak lagi sekali sampai ketul-ketul tepung tu hilang dan siap untuk digunakan.
Lepas tepung tu betul-betul sejuk ayak balik tepung dan pecahkan ketul-ketul tu
6. Hasilnya nanti biskut dan kek jadi lebih tahan.
2. Cara Buat Tepung Naik Sendiri ‘Self Raising Flour’
Ambil tepung gandum biasa sukatan 250gm tambah dengan 1 sudu besaq baking powder ( penyukat metrik ) campur ja sekali dan ayak dah jadi self raising flour nak banyak cuma gandakan sukatan bahan-bahan tadi.
Ni cara nak buat self raising flour homemade
Selamat Mencuba!
Dah siap terus label kan takut tertukaq mana satu self raising flour dengan plain flour
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Lepas ni mudahlah mak-mak nak sangai tepung untuk buat kek atau biskut. Malah tepung naik sendiri ‘Self Raising Flour’ pun boleh buat sendiri je di rumah. Lebih jimat!
Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam tapi tiada kawasan atau tanah di rumah boleh cuba kaedah hidroponik ni. Menariknya, tak perlu beli bekas hidronopik yang mahal, guna botol air mineral besar yang 1.5 liter dan cara tanaman yang betul pun dah boleh jadi. Mak-mak boleh dapat sayuran segar dan bebas racun serangga.
Untuk ketahui lebih lanjut, boleh cuba buat sendiri kaedah hidroponik guna botol air mineral yang dikongsikan oleh Hafizuddin Wahab ini;
“Di sini saya share cara saya buat hidroponik menggunakan botol air mineral 1.5 liter.Untuk media tanaman tu saya gunakan sabut kelapa ye sebab sabut kelapa dia dapat menyerap air dengan baik”.
“Saya mengamalkan semburan racun organik iaitu neem oil + sunlight pencuci pinggan + cuka kayu…Alhamdulillah bebas daripada serangga seperti belalang dan siput babi. Kekerapan semburan adalah seminggu sekali atau 2 kali seminggu”.
“Semoga bermanfaat sama-sama kita bercucuk tanam di rumah ya. Makan sayur yang sihat dari rumah.”
Bahan-Bahan Diperlukan:
Botol air mineral
Spray tin warna hitam
Kain flanel
Sabut kelapa (cocopeat)
Biji Benih
Cara Membuat:
Belah botol air mineral 1.5 liter kepada 2 bahagian.Pastikan bahagian bawah untuk takungan baja tidak terlalu rendah ye. Kemudian, buat lubang sekeliling bahagian atas seperti gambar di bawah untuk akarnya keluar.
2. Ini bahagian untuk takung air baja. Saya cat hitam untuk mengelak pertumbuhan lumut. Saya spray je, beli spray tin kat MR DIY tu je.
Lubang di bahagian atas bertujuan tak nak bagi air terlampau penuh supaya ada ruang untuk pengaliran udara.
3.Buat lubang pada penutup botol. Masukkan sumbu. Boleh aje guna kain apa pon, asalkan serap air dengan baik.Saya guna kain flanel sebagai sumbu. Boleh beli di shoppe je, sebab cari kat kedai biasa takde. Kalau tersalah kain nanti tiada serapan tak menjadi dia.
4. Cara nak buat lubang pada takung air baja.Pastikan buat lubang sekeiling botol sama paras dengan penutup botol seperti gambar di atas.
5. Dah siap.
6.Bahagian atas dalam bekas merah tu isi cocopeat (sabut kelapa).Sabut kelapa biasa pun boleh jika boleh buat sabut kelapa hancur sendiri. Saya beli yang dah siap, kat nursery pokok ada jual, kat kedai Eco RM2 pon ada saya tengok.
Tengok banyak akarnya keluar.
Info Ekstra!
Kalau nak buat sendiri cocopeat, caranya ambil sabut kelapa tu, ambil paku, paku pada kayu. Lepas tu gosokkan paku tu pada sabut kelapa, nanti keluarlah sabut kelapa hancur.
Baja AB tu untuk baja. Cuka kayu tu untuk semburan seminggu sekali atau 2 kali seminggu sahaja. Sukatan baja AB 10ml A + 10ml B larutkan dengan 1 liter air.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, suka sayur segar bebas daripada racun serangga boleh gunakan kaedah ini yang mudah dan lebih jimat.
Dalam sehari, rasanya mak-mak mesti tak cukup masa nak mengemas rumah. Itu belum lagi memasak untuk keluarga. Kadang-kadang barang keperluan rumah pun ada yang separuh dalam bilik stor, dalam gerabak dan semua tempat ada.
Masalahnya, beum ada berkesempatan untuk mengemas barang keperluan rumah dengan praktikal dan tersusun. Sampaikan dari hari ke sehari nam mengemas tapi tatap ‘tak jalan’ juga.
Satu lagi, memikirkan nak beli bekas-bekas untuk letakkan barang keperluan baru pun satu hal. Tentu agak mahal juga untuk keluarkan modal. Belum lagi ikut mood nak mengemas.
Apa kata cuba cara Ruslini Jusoh dalam susun atur barang keperluan rumah. Harga untuk satu-satu bekas pun tidaklah mahal, mampu beli. Kalau keadaan umah dan tersusun cantik, mesti sayang nak sepahkan.
“Biasa kalu ada tarikh-tarikh tertentu, mesti ada jualan murah tak kiralah di shopee atau lazada sekalipun. Kali ini, saya kongsikan barang-barang yang membantu untuk mak-mak susun atur rumah. Ada link sekali untuk mak-mak cuci mata. Moga bermanfaat.
Sudah lama nak susun pakaian kecil anak-anak. Lebih-lebih lagi stokin anak kecil. Jadi, sudah jumpa bekas yang sesuai.
Ini i paling best dan comel letak kat dapur. Praktikal sangat dan tak ada dah air sis kotor basahkan lantai bila nak sampai ke tong sampah. Kat bawah pula boleh letak plastik untuk refill sekali.
Ini nampak smart kan. Berus toilet tau. Kalau jenis tak suka berus yang gantung sebab dah basuh dan sangkut kat situ. Jadi, cari yang boleh pakai buang berus itu.
Bekas ni ada 3 jenis 15 grid, 10 grid dan 0. Bagi yang 5 grid itu boleh letak stokin anak, untuk 10 letakkan seluar dalam dan skaf. Manakala yang 0 boleh letak baju dalam dan sapu tangan.
Inilah ruapnya bila duduk rumah masing-masing. Tak adalah banyak koleksi sebab bila pakai sampai koyak tapak baru beli yang lain.
Tempat minyak yang ada penapis dan tahan panas.
Tengok keadaan ini pun dan semangat nak kemas.
Ini bila dah siap kemas. Nak nampak cantik boleh letak sticker.
Ini bila dah dipunggah dari almari anak. Berpinar mata nak cari.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...