jangan marah

Mak-mak jangan marah kalau anak buat salah, cuba dengar dulu dan beri peluang anak jelaskan kenapa benda itu berlaku dan ajar dia minta maaf.

Kemudian barulah anda boleh bagi nasihat dan tegur anak. Ya, tak mudah sebab bila tengok benda dah jadi bubur pastinya rasa nak marah itu tak boleh dikawal.

Tetapi itulah, kesan buruknya anak akan terus berbohong di kemudian hari. Untuk jentik hati mak ayah dalam mendidik anak-anak kecil menjadi orang berguna, jemput baca perkongsian Nurul Ilyani

Kali pertama..
“Siapa yang makan tinggal?” -Sang ibu

“Saya ibu” -Sang anak

“Kenapa kamu makan tak kemas? Ibu pukul nanti. Eii geramnya!!!!!”- Sang ibu

“?”- Sang anak

Kali kedua..
“Siapa yang makan tinggal?”- Sang ibu

“Tak tahu” – Sang anak

Ads

“Kamu tipu ya. Kamu je ada kat sini!!” – Sang ibu

“Tak, mana ada” -Sang anak

“Ya, ibu tahu, kamu yang makan tak kemas” -Sang ibu

“Tak, ibu. Betul” -Sang anak

Semasa dengar sharing Ustaz Nouman Ali Khan, ia seperti muhasabah diri sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar, perlakuan kita terhadap anak, sedangkan anak memang fitrahnya baik dan suci, kita yang mencorakkannya. Termasuklah apa yang kita kata, apa yang kita buat.

Antara tip yang beliau share ditambah dengan pengalaman dan pengetahuan saya:

Ads

1) Jangan marah
Maksudnya, apabila anak berkata benar, terima kesalahannya dan betulkan. Terus beritahu apa yang perlu dia lakukan.

“Okay, Dani sekarang, makan kena kemas, jadi, pinggan semua letak sinki, basuh, sapu lantai, lap meja”✅

“Hiiii pergi sekarang ambil penyapu!!!kemas meja. Malas. Pandai makan tak pandai kemas!!”??❌

2) Jangan hukum
Maksudnya akibat dia berkata benar, jangan hukum.

“Kamu makan tak kemas ya, lepasni tak payah makan. Faham!”?❌

Apa nak buat jika anak sudah bohong?

Ads

Ustaz Nouman Ali Khan share lagi:

1) Selalu percayakan anak, walaupun kita tahu dia bohong.

“Okay Dani, ibu percaya Dani tak kan makan sepah dan tak kemas”✅ (Ketap bibir tu, sabar ibu, sabar)

Kemudian, beritahu dia supaya bantu kita selesaikan.

“Dani, ibu nak minta tolong kemas tempat makan ini, ya?”✅

2) Macam biasa, lepas habis anak selesaikan isu itu, beri pujian perbuatannya dengan betul.

Sebutkan perbuatan dan impaknya. (Boleh rujuk teknik nabi)

Nota:

Anak takut kena marah atau dihukum, jadi mereka akan terus berbohong. Peranan kita didik anak berkata benar dan sentiasa benar dan berani mengakui kesalahan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI