Guna kereta kecil atau besar, mewah atau sederhana, baru atau secondhand, bukanlah sesuatu yang membanggakan. Inilah kenderaan yang sangat membantu dalam mencari rezeki untuk ke tempat kerja atau mana-mana tempat.
Beruntunglah walaupun hanya guna kereta kecil. Kecil atau besar sekalipun bukanlah untuk tunjuan menunjuk tapi dapat membantu kita dalam memudahkan kerja-kerja harian.
Namun, mungkin pandangan berbeza bagi anak muda. Semakin besar kerta mereka miliki di usia muda, ia menjadi titik tolak untuk mendapatkan penghargaan dan kebanggaan orang yang melihatnya.
Sedangkan kita tak tahu komitmen yang perlu dibayar setiap bula. Guna kereta kecil tak mengapa sebab, lebihan wang itu boleh digunakan untuk komitmen lain. Buat aa nak malu dengan apa yang kita ada.
Antara kupasan daripada Ahmad Nizar Azham ini cukup menarik. Tak perlu malu pun bila guna kereta kecil. Malah, pesanan ini juga buat anak muda sekarang.
Inilah kereta yang saya gunakan ke tempat kerja setiap hari. Dari Nilai ke Putrajaya.
Hampir 60km ulang alik setiap hari. Sebuah kereta kecil yang sangat jimat serba serbi. Minyak, komitmen bulanan, kos penyelanggaraan, roadtax dan sebagainya.
Perodua Axia E 1.0 (M). Komitmen bulanan hanya RM250 sebulan. Macam bayar motor sahaja. Alhamdulillah tak struggle bulan-bulan nak bayar sampai 700-800 tu.
Jumlah tu boleh guna kot tempat lain yang lebih bermanfaat kan. Kita boleh buat saving ASB ke TH ke kan. Ataupun kita ada plan takaful untuk medical.
Orang nak kutuk tu biasalah. Dulu saya ingat lagi masa mula-mula bawa kereta ini di UUM kawan saya kata, ‘eh kereta kecik, tapi bila tuan badan keluar kereta badan besar, tak sesuai’. Tapi lepas tu, rajin pula dia tumpang kereta saya.
Ads
Ada juga kawan-kawan dok kata kosongnya kereta hang. Apa pun tak ada. Yelah masa saya saya beli Axia E ni mula-mula dulu radio dia tak bagi, central lock dia tak bagi, alarm dia tak bagi, assist grip tak bagi. Kemudian saya buat semua tu kat luar kos tak sampai pun 1k. Benda boleh jimat, kenapa nak membazir?
Orang nak kutuk biarlah. Kita bukan guna duit dia beli kereta kita ni. Eheh. Bagi saya kereta ini tak lebih sebagai sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B. Tak lebih dari itu.
Jangan Habiskan Gaji Pada Kereta
Buat kawan-kawan saya fresh graduate yang baru nak mulakan hidup, nasihat saya jangan habiskan gaji kita pada kereta hanya untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.
Ada kereta mahal bukan petanda hidup anda berjaya. Jangan terikut-ikut dengan sekeliling. Selalu amalkan formula setahun gaji untuk tahu harga kereta yang sesuai untuk kita. Usah malu untuk guna kereta second hand pun atau cuma ada motor sahaja. Biar kereta tak lawa, janji kita tahu apa tujuan hidup kita.
Fokus kumpulkan aset, bukan liability. Sekarang zamannya untuk kita banyakkan simpanan. Kita tak tahu apa pula yang akan terjadi nanti. Jelaskan matlamat hidup kita teman.
Ads
Mingguan Wanita : Kalau asyik nak ikut cara orang memang tak akan habis. Hidup cara kita dan bahagia cara kita.
Kaya belum tentu bahagia. Selalu bila kita tengok orang kaya, mulalah berkata-kata ‘kalau aku kaya macam dia’. Sedangkan kita tak tahu kehidupan mereka itu.
Kita fikir, bila kaya tentu bahagia dan orang miskin, hidupnya penuh dengan onak durinya. Janganlah mudah nak bandingkan semua itu.
Ingat, kaya belum tentu bahagia dan miskin belum tentu sengsara. Masing-masing ada cara tersendiri untuk bahagia.
Dalam perkongsian oleh Zul Ariff ini turut mengingatkan kita untuk tidak bandingkan dan bersyukurlah dengan apa yang ada.
Sekali saja dalam hidup cuba kau jangan bandingkan kebahagiaan kau kecapi dengan kebahagiaan orang lain. Bahagia ni sangat subjektif. Setiap orang punya keinginan bahagia yang berbeza.
Boleh bahagia ke kalau nampak kaya? Orang yang kaya pon belum tentu nak tunjukkan kekayaan mereka. Cuba lah dalam hidup ni ” sekali saja ” cari bahagia untuk diri sendiri, bila diri kau dah bahagia baru la kau boleh bahagiakan orang lain.
Hidup kita ni biar bahagia ikut cara kita bukan cara orang. Lagi pun bila kita ni hidup cara kita tak adalah semak otak kau nak ambil tahu itu ini, nak bandingkan sana sini, nak kritik atas bawah semua.
Nak Hidup Tenang, Jangan Buat Perbandingan
Nak hidup tenang cuba tips ni:
Sekali Saja korang tolong cuba tengok cermin, dan tanya diri korang apa yang kita ingin kan dalam hidup. Bila dah tahu keinginan korang tu, cuba korang belajar untuk capai impian tu, tanpa perlu buat apa apa perbandingan.
Sekali saja tolong lah jangan ikut perasaan atau keinginan disebabkan kau nak nampak hebat. Percayalah bila kau ikut perasaan ni bukan hebat yang kau dapat tapi malapetaka. Sebab apa, bila kau nak nampak hebat kau mula buat benda tanpa gunakan akal fikiran yang logik.
Sekali saja aku ingatkan korang bersyukur la atas apa nikmat yang korang ada, tak perlu nak compare, nak jelous dengan hidup orang lain, mesti one day nanti korang akan rasa nikmat kehidupan yang tenang.
Cuba sekali saja korang hargai segala di sekeliling korang, sebab itu semua adalah kebahagiaan tapi biasa lah manusia seperti pepatah melayu semut seberang sungai kau boleh nampak tapi gajah depan mata kau tak nampak.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak bandingkan diri kita dengan orang lain. Bahagilah cara kita.
Sakit Lutut, Chef Wan Lakukan Rawatan PRP. Chef Selebriti popular dan bersuara lantang yang juga pemilik nama sebenar Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan telah menjalani prosedur rawatan Plasma Kaya Platelet (PRP).
PRP dilakukan selepas Che Wan mengalami komplikasi di bahagian lutut dan bahu.
Sakit Lutut, Chef Wan Lakukan Rawatan PRP
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Chef Wan memaklumkan prosedur itu dilakukan untuk memudahkan fungsi lututnya supaya dia dapat berjalan seperti biasa.
“Selepas ibu saya selesai menjalani pemeriksaan dan keluar dari hospital, kini giliran saya pula. Ia adalah prosedur kecil dan saya menginap selama dua malam di Hospital Gleneagle.
“Prosedur ini akan membantu kedua-dua lutut saya untuk berfungsi dengan lebih baik ketika saya berjalan.
“Sejak saya berada di Abu Dhabi, saya rasa ada sesuatu yang tak kena dan rasa tak selesa ketika berjalan atau berdiri terlalu lama.
“Dah tua pun. Segalanya dah kering kontang dalam tempurung itu, macam perigi buta! Lagi pula, kita ini kuat merayap. Jadi, kuranglah ‘pelincir’ dia, itu (sebab) dah kehausan,” tulisnya.
Nasihat Doktor
Chef Wan juga memberitahu dia menerima nasihat daripada pakar tulang supaya melakukan prosedur sama untuk bahagian bahunya yang mengalami ‘frozen shoulder’ (sendi bahu membeku).
“Sejak bahu kanan saya juga berada dalam kesakitan setiap kali saya berbaring dan menjadi ‘frozen shoulder’ (sendi bahu membeku), pakar tulang menasihatkan saya untuk melakukan rawatan PRP sekali gus.
“Bukan prosedur yang murah. Tak apa, janji boleh lari macam Tom Hanks dalam filem Forrest Gump,” kongsianya.
Sebagai pengajaran, sebelum memuat naik sesuatu status di laman sosial, sila fikirkan dahulu kesan dan akibatnya yang mungkin berlaku. Gara-gara mahu menarik ramai pengikut di media sosial, seorang wanita yang juga merupakan seorang blogger di China ditangkap apabila mencetuskan kekecohan selepas menawarkan perkhidmatan hubungan intim percuma di sebuah hotel di Sanya, Pulau Hainan.
Wanita itu menjadi takut apabila kira-kira 3,000 lelaki tidak berhenti-henti datang ke hotel penginapannya, malah ada yang berkumpul di depan hotel sebelum memuat naik status baru di Weibo (Twitter versi China) memberitahu dia hanya bergurau dan merayu orang ramai tidak mencarinya lagi.
Susulan kekecohan itu, polis menahan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Miss Ye, 19, selepas menerima laporan daripada hotel dan dia disiasat kerana disyaki mengiklankan khidmat pelacuran.
Daily Mail yang memetik laporan portal berita ifeng.com melaporkan, kejadian berlaku di Teluk Haitang, pulau Hainan, di selatan China.
Miss Ye dilaporkan memuat naik status pada 1 Mac lalu, berbunyi:
“Siapa mahu mendapatkan saya.. untuk hubungan intim secara percuma.”
Dia turut menyatakan nama hotel dan nombor bilik 6316 dalam status berkenaan.
Ribuan Lelaki Berkumpul
Tidak lama selepas dia memuat naik status berkenaan, ratusan lelaki datang mengetuk pintu biliknya, manakala ribuan lagi berkumpul di luar hotel. Ramai pengguna media sosial turut memuat naik video dan gambar mereka berkumpul di hotel itu serta beratur di bilik 6316.
Miss Ye yang ketakutan segera memadamkan status berkenaan sebelum meminta bantuan pengawal hotel untuk mengiringnya keluar dan menaiki teksi ke lapangan terbang.
Polis memberitahu, wanita berasal dari Shanghai itu ditahan di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanya Phoenix .
Ketika soal siasat, Miss Yee mengaku dia sengaja memuat naik status itu untuk menarik ramai pengikut di laman sosialnya yang kini ditutup selepas kejadian berkenaan.
Macam-macam hal, punyalah nak ramai pengikut di laman sosial tak fikirkan akibat dan kesannya! Tanggunglah sendiri iya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...