“Jangan malu dik, sedar diri cepat sebelum jadi hamba kereta” ikut kemampuan bukan kemahuan! Biar kaya, nampak tak bergaya. Bukan, biar papa, asal bergaya.
Ada duit sikit belajarlah menabung jangan pula berhutang dengan memilih membeli kereta berjenama luar negara. Eloklah memilih mengikut kemampuan bukan trend atau kemahuan diri. Takut nanti terjerat dengan hutang yang tinggi.
Buat adik-adik terutama yang bergelar eksekutif muda wanita sudah pasti anda juga mahu bergaya dengan kereta jenama luar negara, tak salah jika hendak beli tapi tolonglah selidik dulu adakah kita mampu membayar komitmen bulanan. Usah menyesal di kemudian hari ya adik-adik.
“Jangan Malu Dik, Sedar Diri Cepat Sebelum Jadi Hamba Kereta”
Bagi panduan anda untuk memiliki kereta agar berpadanan dengan pendapatan yang diperolehi, pakar ini berkongsi nasihat tentang tabungan kereta.
Menerusi perkongsian di Facebook Azizul Azli Ahmad ternyata apa yang dijelaskan memberi manfaat kepada mereka yang mahu memiliki kenderaan megikut kemampuan.
Malah menerusi satu soalan daripada warganet Azizul Azli Ahmad memberi panduan jelas untuk wanita tersebut mempertimbangkan jenis kereta yang layak dimiliki.
Ads
Pilihan Kereta Jenama Luar Negara Terletak Di Tangan Anda
“#TabungKereta
Jika gaji sekitar RM3000, kereta yang sihat hanya sekitar RM36,000 sahaja. Rule of thumb adalah RM3000 x 12 = RM36,000.
Bila kita jual nasi lemak sahaja, biasanya bank nak lihat dokumen kewangan kita. Aliran tunai kita dan macam mana kita nak buktikan bank kita ada RM3000 setiap bulan.
Bank biasanya akan ambil 40% sahaja dari pendapatan perniagaan ini.
Boleh jadi RM1200 sahaja hitung pendapatan di mata bank. Kereta yang sesuai buat kita adalah kereta bawah RM20,000 sahaja. Carilah Axia atau Saga terpakai. Jangan malu dik.
Jika masih berkenan City dan Vios juga, jangan beli yang baru. Carilah yang tahun 2000-2005 yang bawah harga RM20,000 sahaja.
Jika teringin juga nak yang baru, mulalah menabung sebulan RM3000 sebulan sehingga 30 bulan. Selepas 2 tahun 6 bulan kita boleh beli Honda City baru yang harga RM90,000 sahaja.
“Habis nak makan apa bang?”
Suami kita kan nelayan, mesti banyak makan ikan.
Hidup Tak Selalunya Indah
Hidup ini tak selalunya indah dik. Hari ini orang suka nasik lemak kita, tahun depan belum tentu. Hari ini masih banyak ikan di laut, tahun depan ikan mungkin dah tercemar laut.
Paling penting hidup ini bukannya gaji, tetapi kena sedar diri kita siapa cepat cepat sebelum jadi hamba kereta.”
Apa yang dikongsi oleh Azizul Azli Ahmad sebenarnya adalah realiti kehidupan hari ini. Benarlah katanya, “Kereta Hanya Alat Mudahkan Hidup” semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Ads
“Pilih Yang Mampu Jangan Keliru” Warganet
Menerusi ruangan komen warganet banyak memberikan pandangan. Ternyata ramai yang menasihati agar memilih kereta yang hendak dibeli mengikut kemampuan sendiri.
Netizen Meremang Tengok Aksi Tapak Rajawali Pesilat Cantik Sabah, Juara Pencak Silat Dunia. Menerusi sebuah video yang kini tular di aplikasi Tik Tok sememangnya meremang melihat aksi seorang pesilat wanita yang mewakili negara.
Memang padu gerakan atlet Malaysia ini! Menerusi video yang tular itu dari permulaan hinggalah habis membuatkan mereka yang menonton teruja. Malah netizen juga memuji aksi pesilat wanita itu.
Perkongsian rakaman Silat Tari Sembah oleh atlet Malaysia ini telah meraih jutaan tontonan. Malah netizen juga turut memuji gerak gaya atlet wanita ini dalam pertandingan 19th WORLD PENCAK SILAT WORLDCHAMPIONSHIP 2022 MALAYSIA.
Netizen Meremang Tengok Aksi Tapak Rajawali Pesilat Cantik Sabah
Malah Pesilat yang berasal dari Keningau, Sabah yang bernama Merrywati Manuil ini juga mengucapkan syukur kepada rakyat Malaysia yang menyokong dirinya dan Pasukan Silat Kebangsaan.
“Terima kasih semua …Mohon selitkan nama sy dalam doa korang utk game game akn dtg..terima kasih sokong saya Demi Malaysia!!”
Bunyi dentuman kuat yang disangka kilang terbakar rupanya pesawat ringan yang terhempas dan terbakar di laluan masuk kawasan kediaman Elmina, di Seksyen U16, di sini sebentar tadi.
Menurut saksi yang berada ditempat kejadian menyedari keadaan pesawat yang senget disusuli bunyi dentuman kuat.
“Saya yang ketika dalam perjalanan ke Paya Jaras menyedari sebuah pesawat dalam keadaan senget namun tidak lama kemudian terdengar bunyi dentuman kuat,” kata saksi kejadian pesawat ringan terhempas berhampiran kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.
Ingat Kilang Terbakar
Bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Syahmie Md Hashim, 31, berkata, ketika itu dia sedang memandu kereta untuk menghantar barang dan pada mulanya menyangka kilang terbakar selepas terdengar bunyi dentuman.
“Saya kemudian terus ke lokasi dan lihat pesawat itu sudah berkecai.
“Malah saya juga melihat seseorang dalam keadaan terbakar rentung. Saya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.
Menurutnya, dia ada bertanya dengan orang yang lebih dekat dengan kawasan itu yang memberitahu pesawat itu terjunam dan merempuh penunggang motosikal yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.
Terdahulu, video dan gambar pesawat yang terbakar sudah tersebar di media sosial sejak 3.10 petang tadi.
Adun Pahang Salah Seorang Mangsa
Salah seorang mangsa insiden pesawat dipercayai terhempas dekat kawasan perumahan Elimina di Seksyen U16, di sini, hari ini dipercayai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang.
Difahamkan Adun terbabit yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang itu menaiki pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV petang tadi.
Pesawat dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2:08 petang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
Difahamkan pesawat itu membawa enam penumpang dan dua kru terhempas menyebabkan seorang penunggang motosikal turut terkorban.
Selepas hampir seminggu koma, penyanyi dan juga peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.
Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sejak Sabtu lalu selepas mengalami kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk raptai penuh konsert Big Stage minggu lalu.
Allahyarham yang juga anak penyanyi kelahiran Sabah itu merupakan artis naungan syarikat rakaman Sony Music dan dikenali ramai menerusi lagu Hey Kau.
Berita duka tersebut dikongsi rakan-rakan seperjuangan Sandra dalam program Big Stage 2020 menerusi laman sosial masing-masing awal pagi tadi, diikuti rakan-rakan artis yang turut terkesan dengan pemergian mengejutnya itu.
Antara rakan artis seangkatan yang begitu terkesan dengan pemergian Sandra ialah penyanyi Sarah Fazny, menerusi entri di Facebook, Sarah menerangkan Allahyarham merupakan seorang rakan yang baik.
“Perjuangan dia dalam industri dah berakhir. Tapi doa doa dr orang yang mengenali dia tak pernah berakhir InshaAllah. “In person arwah sangat baik, tak suka cakap pasal orang, sentiasa positif. “Susah senang sama nak naik dulu kita je tau. “Kereta mati, tak ada minyak nak ke photoshoot. “6 hari you fight di ICU. It is time untuk you berehat. “”Tenang lah kau B di sana, semoga Allah sentiasa merahmati Rohnya. “Al-Fatihah buat Alessandra Dianne ️” – Sarah Fazny
Antara rakan artis lain yang turut meluahkan kesedihan;
Allahyarham yang sebelum ini pernah menyertai Mentor Legend 2014 dan menjadi protege kepada Dayang Nurfaizah.
Jenazah Sandra Dianne juga akan dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran.
Salam takziah juga kami daripada Mingguan Wanita ucapkan buat keluarga Sandra dan mohon kita semua mendoakan agar roh Allahyarhamah Sandra dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Sumber Foto: Facebook Sarah Fazny dan Instagram Sandra Dianne Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...