Tercekik tulang ikan, itu biasa berlaku pada semua orang, lebih-lebih lagi tulang ikan yang kecil. Memang tak nampak bila dah bercampur dengan nasi. Sakitnya, tuhan saja yang tahu. Nak telan terasa tajam di bahagian tekak.
Orang tua-tua cakap kalau nak bagi hilang tercekik tulang ikan, kepalkan nasi dan telan nasi itu. Tapi tak tahulah sejauh mana boleh membantu. Mungkin ada yang berjaya. Walau bagaimanapun, tercekik tulang ikan ini jangan main, ada kes yang boleh menyebabkan seseorang itu meninggal dunia.
Malah, tidak kurang juga boleh membawa komplikasi. Baik anak-anak atau orang dewasa yang suka makan ikan, kena hati-hati dengan tulang ikan. Antara perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang perkara ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Susahnya Nak Buang Air..’ Jaga-jaga, Jangan Sampai Terlambat Rawat Kanser Prostat
Cara BETUL Makan & Nikmati Rasa Coklat, Buat Lebih Tenang, Bahagia!
Info Lebih Menarik DI SINI
Tercucuk Pada Dinding Tekak
“Doktor, tekak saya ada tulang ikan! Dah cuba telan pisang, dah cuba teguk air banyak-banyak, tapi tak masih lekat dekat tekak.”
Antara kes yang lazim di klinik adalah tercucuk tulang ikan di tekak. Kadang-kadang tulangnya besar bukan main. Kadang-kadang cari tak jumpa pun tulangnya.
Lazimnya pesakit boleh tunjuk dengan jari di mana tulang ikan itu tercucuk, tapi tak boleh nak ditarik keluar kerana berada agak dalam dan tidak sampai dicapai capai dengan jari.
Paling biasa, tercucuk di tonsil, tonsillar pillar, dan dinding tekak. Jika di kawasan disebutkan ini, doktor boleh nampak jika memeriksa dengan bantuan lampu suluh dan kayu penekan lidah.
Jika doktor boleh nampak, maka doktor boleh mencabut ya keluar dengan bantuan ubat semburan untuk kebaskan tekak dan pengepit yang sesuai.
Tidak Selesa
Walau bagaimanapun, jka doktor tidak dapat mencari tulang berkenaan, mungkin tulang itu telah tercabut keluar tetapi pesakit masih merasakan seperti tulang itu masih tercucuk kerana bekas luka tusukan berasa sakit.
Umumnya, jika tulang telah tercabut dari tekak, rasa sakit dan tidak selesa ini akan hilang dalam masa 24-48 jam. Jika rasa sakit itu lebih daripada 48 jam, maka kena pergi hospital.
Ini kerana ada kemungkinan tulang itu berada pada kawasan pangkal lidah, atau di bahagian yang lebih jauh ke dalam. Ini memerlukan pemeriksaan lanjut di hospital.
Tulang tertusuk di salur penghadaman atau pernafasan yang dibiarkan, boleh mendatangkan komplikasi lain seperti, jangkitan kuman, kebocoran salur penghadaman, dan sebagainya.
Rawatan Lanjutan
Antara pemeriksaan yang dilakukan di hospital adalah x-ray, nasopharyngoscopy (tiub teropong yang dimasukkan melalui hidung untuk melihat tekak), serta MRI.
Pemeriksaan ini dapat memastikan kewujudan tulang ikan di tekak dan mengenal pasti keberadaannya. Jika ada, tulang ikan akan di keluar menggunakan nasopharyngocope.
Amalan Yang Betul
Apapun, mencegah lebih baik daripada merawat. Jadi saya nak kongsi beberapa amalan untuk kurangkan kebarangkalian tertusuk tulang ikan di tekak.
1. Makan ikan menggunakan tangan. Menurut kajian, jika makan dengan sudu, garfu atau chopstick, lagi tinggi risiko tertusuk tulang.
2. Cuil isi ikan dan kemudian tekan dengan jari untuk pastikan tiada tulang, sebelum menyuap ke dalam mulut.
3. Elakkan hirup sup ikan dari mangkuk tanpa memeriksa dahulu ada tulang ikan di dalam mangkuk itu atau tidak.
4. Elakkan makan ikan terlalu cepat. Hati-hati dan nikmatinya perlahan-lahan. Tak usah juga makan sambil berborak dan gelak sakan.
5. Kalau tak mahu ikuti amalan di atas, makan sahaja fillet ikan (ikan yang telah disiang dan dibuang tulangnya sebelum dimasak).
Semoga bermanfaat!
MW: Bukan kita orang dewasa je rasa sakit, apatalh lagi anak-anak. Sebagai mak, macam-macam cara kita buat supaya terkeluar tulang ikan itu.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI