Ya, emosi ibu hamil memang tak dapat dijangka. Kejap gembira, kejap sedih, tambah dengan merajuk tak tentu pasal dan kemudian sekelip mata boleh marah.

Punyalah sensitif! Agaknya buat-buat emosi atau memang semua ibu hamil akan bertukar jadi macam ini?

Haaa… nak tahu lebih, baca perkongsian oleh Dr. Suriyakhatun ini…

Ada banyak sebab yang menyebabkan emosi terganggu dan antaranya…

1. Keadaan fisikal yang kurang enak disebabkan keadaan kesihatan sebelum mengandung.

2. Perubahan hormon serta fisiologi badan yang menyebabkan sedikit masaalah ringan.

3. Penerimaan diri atau keluarga terhadap kandungan.

Ads

4. Situasi kehidupan termasuk pekerjaan, keadaan rumah tangga, kewangan dan lain-lain yang boleh cetuskan tekanan emosi termasuk kejutan yang berlaku tiba-tiba.

5. Fenomena mengandung anak sulung:perubahan situasi hidup, peringkat menyesuaikan diri pada rumah lain, keluarga lain, adakalanya cara masakan dan waktu makan yang berbeza.

Apapun sebabnya, keadaan emosi ibu semasa mengandung mempengaruhi kesihatannya, fisiologi badan serta emosi anak dalam kandungannya .

Cuba fikirkan keadaan bayi yang baru lahir: Ada yang banyak menangis,cepat terperanjat, takut serba serbi dan wajah nampak sugul . Bandingkan pula bayi yang ceria, suka senyum dan ketawa, kelihatan relaks dan selesa. Dari mana bayi kecil mendapat emosi dan perasaannya? Jika masa mengandung ibu asyik kira duit dan takut duit kurang, kebimbang tentang kewangan akan menjejaskan emosi kandungannya.

Ads

Saya pelajari perkara ini semasa saya belajar homeopathy dan saya seringkali merawat emosi anak melalui merawat emosi ibu.

Bukan setakat emosi ibu masa mengandung malahan emosi ibu semasa menyusukan anak pun boleh pengaruhi anak.

Dalam masa 10 tahun yang lepas, ada seorang ibu membawa anaknya yang baru dua bulan sebab anaknya tidak mahu susu ibunya. Saya perhatikan sendiri bayi yang tengah lapar itu menjerit menangis bila ibunya cuba menyusukannya. Dari gaya tangisan seolah anak itu merajuk sedih. Saya bertanya pada ibu, adakah dia ( ibu)sedang merajuk? Ibu menjawab ya, dia baru bergaduh dengan suami dan amat sedih dan marah. Saya mengajar ibu teknik berlapang dada serta memberikan ubat homeopathy Ignatia yang memang diberikan pada orang yang kecewa dan sedih oleh perbuatan orang yang dia sayang. Anak dan ibu mendapat penawar yang sama. Depan mata saya anak itu terus sahaja mahu menyusu dan sudah tidak lagi menangis dengan tangisan sayunya.

Ads

Pada pesakit yang lain, seorang bayi berumur tiga bulan yang batuk sejak dari dalam hari ( neonatal period) sudah kehospital untuk dapatkan rawatan. Memang saya akan tanya sejarah ibu mengandung bagi setiap bayi yang saya rawat. Maka kali ini ibunya ceritakan bagaimana dia ditipu oleh seorang penual dan kerugian RM 5000 ringgit semasa mengandung 6 bulan. Kejadian itu amat mengecewakannya. Bryonia adalah ubat untuk kecerwa disebabkan perniagaan yang merugikan dan Bryonia juga amat baik untuk jenis batuk yang tidak berkahak. Maka selepas Bryonia anak yang sudah batuk sepanjang umurnya sembuh dari batuknya.

Banyak lagi kisah stress ibu yang dialami oleh anak. Yang paling ringan anak hanya sedih dan murung tetapi ini boleh menjadi peribadi anak .tetapi ada beberapa kes anak autistik dimana ibunya mengalami stress yang besar semasa mengandung.

Salah satu kes, ibunya sedang membuat tesis Phd dan kes yang yang lain, ibunya duduk rumah mertua semasa mengandiung anak sulung sementara suaminya tidak ada sebab bekerja luar negara. Yang dia lapurkan, mertuanya amat cerewet dan kritikal serta pandang rendah padanya.

Pendek kata, ibu yang mengandung perlu faham bahawa dia perlu berlapang dada, bersikap syukur redha dan pasrah semasa mengandung. Sentiasa fikirkan perkara yang baik dan sentiasa mohon doa dan bermunajat, astaghfar dan selawat semasa mengandung. Bersangka baik dengan orang lain, ketepikan syak dan prasangka serta perasaan dengki, dendam dan jealous.

Orang yang berada sekeliling orang yang mengandung pula terutama suami, ibu ayah serta mertua dan adik beradik perlu menjaga hati orang yang mengandung, sering ingatkan dia bahawa dia sedang mengandung apabila dia beremosi negatif. Begitu juga majikan dan rakan sekerja pada orang mengandung perlu lebih bertimbang rasa terhadap ibu mengandung, tidak timbul istilah manja bila diberi muka. Anak yang dikandung merupakan harapan manusia generasi akan datang.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI