Jangan Main-main Dengan Botol ‘Tupperware’ Isteri, Kalau Tertinggal ‘Boleh Hilang Nyawa’
Dia berlari laju sebab saya jerit,"Cepat dik! Lambat sampai rumah pun boleh hilang nyawa dik!"Tu berdesup lain macam anak berlari. Haha.

Lucu kisah cikgu Mohd Fadli Salleh dan anak ini. Puncanya tertinggal botol air anak je kat sekolah. Jangan main-main kalau tertinggal botol air dekat sekolah.

Macam-macam kemungkinan boleh jadi, bila hilang. Kata cikgu Fadli lagi, duit hilang masih boleh niatkan sedekah. Tapi hilang botol air.. nyawa pun boleh hilang.

Anak Tertinggal Duit Dalam Kelas, Ayah Masih Boleh Relaks

Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,

Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa.”

Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”

Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,

Botol air pun tertinggal ayah.”

Sreeettttt!

Terus aku brek emergency.

IKLAN

Bila Anak Cakap Botol Air Pun Tertinggal Sama, Ayah Terus Panik!

Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”

Tak tahu jenama apa.”

Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.

Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,

Kenapa tu bang?”

IKLAN

Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.

Tupperware ke?” Jerit aku lagi.

Yaaaaa!”

Kahkahkah.”

Bahaya Main Dengan Kaum Wanita Ni..

Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram.

IKLAN

Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur,

Tertinggal apa cikgu?”

Nyawa.”

Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.

Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.

Artikel berkaitan : ‘Miskin sangat sampai cuti botol tupperware kita’ Ibu ini terdiam dengar tuduhan jiran

MW : Jangan main-main dengan barang dapur orang rumah. Calar sikit pun dia tuntut baru tau. Hahaha..

Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh
#MFS – Wanita bukan makhluk bumi –

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI