Jangan Lupa Kita PENAT, Pasangan Pun LETIH! Jadi Ada MULUT Bertanyalah

Share

Hari-hari hadap bebanan kerja di pejabat kemudian bersambung pula di rumah membuatkan suami, isteri lelah. Bukan hanya isteri, suami pun turut sama terasa penat dan terbeban. Jadi, ada mulut bertanyalah.

Pertanyaan yang simple sebenarnya mampu menenangkan hati pasangan sebenarnya. Ikuti perkongsian, Intan Dzulkefli.

Setenang mana seorang manusia, mesti akan ada hari extra letih, extra tekanan, extra beban dan segala macam ujian. Begitu jugalah dengan pasangan kita.

Oleh itu, ayat sesederhana ‘Awak okay ke?’ pun sudah cukup menenangkan hati sebenarnya.

Jangan Lupa Isteri Penat, Suami Pun Letih

Ada orang, dia keluar mencari nafkah waktu pagi, pulangnya pula apabila sudah tengah malam. Masuk rumah, disambut dengan wajah isteri yang juga keletihan.

Ya, kita penat. Jangan lupa isteri pun penat. Begitu juga dengan isteri, jangan sewenangnya meremehkan pengorbanan dan kepayahan yang suami hadapi.

Percayalah, kita masing-masing ada struggle dan battle kita setiap hari, baik sebagai suami dan bapa juga sebagai isteri dan ibu. Jadi, jangan lupa berlapang dada dan bersifat ehsan terhadap pasangan kita.

Baca Di Sini:

Dr Halina Hamil Kembar Lagi, Dr Sheikh Muszaphar Sama-sama Naik Berat

Nak Upgrade Cinta Suami Isteri, Cuba Ingat Kembali Pengorbanan Dan Kebaikan Pasangan

Info menarik, klik di sini. 

Bila Nampak Pasangan Letih, Cuba Bertanya

Bila lihat pasangan, sentiasa fikir, banyaknyalah hak-hak mereka yang masih belum kita tunaikan. Barulah dapat timbul rasa keinsafan, rahmah dan belas kasihan.

Lihat isteri nampak lain macam, jangan lupa tanya dia,

‘Ayang okay ke?’

‘Ayang dah makan?’

‘Ayang dah solat?’

Begitu jugalah sebaliknya.

Ada Mulut, Bertanyalah Pasangan Letih Atau Tidak

Ya, memang kita lihat pasangan sebagai multi-tasking, orang yang kuat tak mudah merungut. Tetapi lihatlah siapa kita di sisinya dan mainkanlah peranan kita.

Ada mulut, bertanyalah. Pujilah.
Ada mata, lihatlah kepayahan dan pengorbanan pasangan.
Ada hati, jangan lupa bersyukur dengan nikmat pasangan dan anak-anak.
Ada tangan, jangan lupa peluk dan belai pasangan.

Ada masanya mereka sangat memerlukan sentuhan dan keperihatinan kita.

Benda-benda basic yang kadang selalu sangat dilupakan.

Pertanyaan Simple Tapi Bermakna

Ya, memang kadang kita seharian sangatlah sibuk dengan tugasan masing-masing. Namun, ambillah 1 saat untuk tatap wajah pasangan dan tanya dia, ‘awak okay tak?’

Pertanyaan simple ini mungkin bakal menyelamatkan nyawa seseorang yang telah ‘lost’ jauh dalam depresi.

Ambil berat kepada pasangan kita. Please.

#intandzulkefli
#randomthoughts

P/S : Saya terpaksa tulis sementelah seminggu dua ini beberapa kenalan dan masuk inbox luahan wanita mengadu rasa nak mati, rasa nak bunuh diri kerana suami terlalu sibuk hingga tak sempat berkomunikasi dan isteri rasa dirinya terabai.

MW: Nama pun berkongsi hidup, apa salahnya berkongsi susah dan senang… Bila nampak pasangan letih, tak kiralah suami atau isteri bertanyalah. Sekurang-kurangnya dengan sikap ambil berat yang pasangan tunjukkan mampu mengubat diri yang penat. 

Sumber: Intan Dzulkefli

Published by
Syazwani Mehat