Pemberian gaji untuk seorang isteri itu ibarat penghargaan suami untuk kerja keras isterinya menguruskan rumah tangga. Penghargaan sebeginilah buatkan hati isteri bahagia. Bila isteri bahagia, rumah tangga pun sejahtera.
Ini bukan perumpamaan yang klise. Realitinya memang beginilah. Tanyalah mana-mana suami yang kaya sifat tanggungjawab. Sebolehnya, mereka akan berusaha untuk menggembirakan hati isteri. Sebab mereka tahu, emosi isteri yang tenang akan memancarkan ketenangan untuk seisi rumah.
Perkongsian Eshal Perak ini ‘deep’ untuk difahami oleh para suami. Isteri pun kena juga ambil tahu, kerana apabila suami sudah berusaha menjadi yang terbaik. Isteri pun kenalah berbuat perkara yang sama. Layani suami dengan taat dan seikhlasnya.
Suami, Jangan Lupa Tentang Nafkah Kepada Isteri Ya..
Inilah hak isteri terhadap nafkah yang wajib diberi suami:
Makan minum isteri, duit belanja dapur dan bil
Duit belanja diri (mengikut kemampuan seorang suami)
Rumah yang selesa (untuk tinggal dengan aman dan memudahkan isteri membuka auratnya, tanpa individu bukan mahram/muhrim)
Ubat-ubatan
Pakaian baru 2 persalinan setahun (termasuklah pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dan lain-lain
Di atas ni wajib .
Tapi abang nak bagi pendapat tentang wang yang harus diberi kepada isteri setiap bulan.
Tak salah jika seorang isteri meminta wang ringgit daripada suaminya.
Bagi pendapat abang, isteri berhak untuk mendapat gaji jika isteri itu menjalankan kerja kerja rumah , basuh pakaian keluarga, sidai baju, kutipkan baju dan lipatkan, serta menyapu rumah, cuci pinggan mangkuk dan kerja selainnya.
Jika orang gaji buat kerja seperti abang nyatakan di atas.. kita harus beri gaji kan? Tapi dengan isteri sendiri kenapa agak berat? Itu yang abang maksudkan. Memang betul isteri harus mengikhlaskan, tetapi kadang kala cuba ikhlaskan hati memberi wang belanja untuk buat dia tersenyum.
“Sayang, ni abang bagi RM40 untuk belanja sayang bulan ni ya. Minta maaf sikit ja abang bagi.“…. si isteri pun jawab, “Terima kasih abang! Sayang dah lama teringin nak beli minyak wangi * BRAND ESHAL PERFUME * tu. Sayang beli tau.”…
Ads
Si suami pun balas, “Beli la sayang. Doakan rezeki abang banyak ya. Dapat belikan satu botol lagi untuk sayang nanti.”
Jika pemberian yang kita hulurkan tu agak sedikit nilainya berbanding kerja yang mereka relakan itu , tapi bagi si isteri sangat besar nilainya. Kadang kadang pemberian seperti itu dapat buat mereka mengalir air mata tanda syukur atas pemberian dari seorang suami .
Duit Suami Beri Itulah Isteri Simpan, Hulur Bila Suami Susah
Wang ringgit itu kadangnya si isteri simpan dan gunakan untuk kepentingan para suami jugak. Suami tak cukup duit, wang ringgit itulah yang dihulurnya waktu suami sedang susah.
Kadang kadang bila kita lihat persekitaran kita, masuk Pusat Membeli Belah berapa ramai isteri yang mengangkat barang barang yang dibeli?
Ads
Walaupun barang barangan yang dibeli agak berat.
Kadang kadang kita tak sedar yang benda sekecil itu dapat kecilkan hati isteri. Kadang juga kita sebagai suami berat mulut untuk menanyakan tentang buruk kita dari isteri dan kadang bila isteri luahkan perasaannya, kita ego dan tidak langsung meminta maaf.
Jadi , daripada membiarkan parut terus berkekalan di hati isteri setelah kita para suami pernah sakitkan cuba untuk mencari jalan membuat si isteri terus senyum dan meminta isteri untuk terus berdoa supaya kita para suami sentiasa dimurahkan rezeki dari segi wang ringgit, dipanjangkan umur dan segalanya.
Para isteri juga harus selalu melayani suami dengan baik.
So bagi abang, pemberian wang yang dianggap gaji, sedekah atau lain lain pendapat tu harus. Itu pendapat abang.
Jika ada pendapat yang ingin dikongsikan, terus komen di ruangan di bawah ya.
MW : Pun setuju dengan abang! Tak rugi pun beri isteri duit gaji bulanan tu.
Isteri juga manusia biasa, menguruskan serba-serbi agar tampak sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mempunyai kerjaya, kemudian menguruskan anak-anak dan rumah tangga bukanlah satu tugas yang mudah dipikul seorang diri.
Pagi sampai malam, rumah tangga diuruskan sepenuhnya isteri, jangan hairan isteri mulai berubah watak. Isteri sudah mula terbeban dan dirinya mula berubah menjadi orang lain kerana sengsara.
Selayaknya seorang suami hulurkan bantuan dan kurangkan bebanan isteri. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya.
Rumah Tangga Diuruskan Sepenuhnya Isteri
Rupa-rupanya senang untuk suami, sengsara bagi isteri…
Lelaki bila fikir tentang mendirikan rumah tangga, dia akan rasa seronok dan lega sebab selepas kahwin nanti, makan minumnya semua dijaga isteri, bajunya dibasuh, dilipat dan diseterika isteri, rumahnya dikemas isteri…
Dari pagi sampai malam, hidupnya diurus sepenuhnya isteri… Segala-galanya isteri yang buat…
Bila sudah berumah tangga, sudah melalui fasa-fasa semuanya diuruskan isteri, baru dia sedar yang sebenarnya senang untuk dirinya, sengsara untuk isterinya…
Dari Pagi Sampai Malam Uruskan Rumah Tangga
Isterinya yang sekarang, bukan lagi seperti perempuan yang dikenalinya sebelum berkahwin dahulu…
Isterinya selalu mengeluh dan merungut, mula sakit-sakit sana sini. Daripada pendiam jadi banyak cakap, dari peramah jadi pendiam, suka marah-marah, sudah kurang senyum, tidak lagi mesra, sudah kurang bergurau dan dah semakin jauh dari dia…
Bila dia fikir balik, bila dia muhasabah dirinya semula, baru dia sedar bahawa dia sudah banyak membebankan isterinya…
Banyak kewajipan yang sepatutnya dilakukan oleh suami, dia letak di bahu isteri…kerja-kerja yang sepatutnya dibantunya, tidak dibantu…
Kini, dia ambil alih apa yang sepatutnya dilakukan seorang suami, dia hulurkan bantuan untuk meringankan bebanan isterinya…
Dia tahu yang dia sudah banyak berdosa terhadap isterinya, dia sedar salah silapnya dalam menjadi seorang suami…sejak dia dah berubah, isterinya kini sudah kembali seperti dulu, sama masa dia mula-mula kenal dulu…
Isterinya sudah selalu senyum, selalu ketawa, dah gembira, tak lagi merungut dan mengeluh, jarang sakit-sakit lagi, semakin mesra dan dekat dengannya…
Moral of the story : Untuk kita mencari kebahagiaan dalam rumah tangga, ianya memerlukan kerjasama dan usaha dari kedua-dua belah pihak… Suami dan isteri perlu main peranan masing-masing…
MW: Sebenarnya isteri tidak pernah meminta untuk ditatang sebaliknya memadailah suami memahami apa yang dilalui isteri setiap hari. Jika suami tidak membantu sekali pun, fahamilah isteri dengan baik , ambil peduli perasaannya barulah bahagia rumah tangga.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hidup ini mudah, bila kita memudahkan. Begitu juga dengan bahagia, tanda bahagia pasangan tidak bermakna perlukan rumah besar, kereta mewah, barang kemas hingga ke siku atau beranak ramai.
Bersyukurlah dengan setiap rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan, insyallah mak,ayah akan merasa lebih bahagia. Setiap pasangan berbeza cara “bahagianya”. Dapat suami yang sentiasa menyokong pun ternyata sangat besar rahmat.
Humans glow differently when they are treated right and loved properly.
Itulah dia tanda perempuan bahagia. Bukan sebab ada duit banyak pun, bukan sebab ada anak ramai pun, bukan sebab dapat suami sado pun, tapi sebab ada pasangan yang supportive.
Banyak lagi contoh pasangan lain tapi saya paling suka dua pasangan ini.
Pasangan Radhi & Jay Shetty
Radhi dan Jay Shetty sudah berkahwin selama 4 tahun tapi masih lagi tiada anak. Radhi pun bila orang tanya pasal anak, dia diam. Dekat situ kita fahamlahkan, dia terkesan bila orang tanya pasal anak.
Tapi dia masih positif sebab pasangan dia supportive. Radhi ini dia gila-gila sikit. Boleh tengok Instagram Radhi, dia banyak main tik-tok. Yang record dan editnya Jay walaupun Jay ni dia serius, dia tak minat benda-benda macam itu tapi dia layankan saja asalkan Radhi ini gembira
Pasangan Sugu dan Pavitra
Sugu dan Pavitra pun sama, walaupun ada anak tapi diuji dengan masalah kewangan pula. Sugu sebulan gajinya cuma RM1000. Pavitra pula suri rumah. Tapi sebab Sugu ini supportive, dia layankan saja minat pasangan dia yang rajin masak dan dia jadi tukang rekod, jadi Pavitra walaupun makan berkais sekalipun, tapi dia bahagia. Nampakkan riak wajah Pavitra yang glowing tiap kali muncul dalam video?
Sebab itu Islam pun ajar, hendak cari pasangan, tengok dulu akhlaknya. Bila akhlak pun ke laut, maka ramailah isteri menderita.
Tak payah tunggu derita fizikal, derita emosi pun ramai zaman sekarang ini bila ada pasangan yang tak pernah menghargai dan tak pernah ambil tahu cara nak menggembirakan hati isteri yang seharian penat menguruskan kehidupan.
MW: Bersyukurlah dengan apa adanya, hargailah pasangan yang masih di sisi walaupun berdepan dengan pelbagai ujian dalam rumahtangga. Sentiasa menyokong antara satu sama lain, insyallah kekurangan yang kecil dapat diatasi. Sesekali hadiahkanlah sesuatu untuk pasangan untuk ambil hatinya, klik sahaja di sini.
Membesarkan anak-anak memang memerlukan kos yang banyak. Zaman sekarang ni
mak ayah perlulah bijak merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk anak-anak yang baru lahir.Anak-anak perlukan simpanan demi masa depan mereka baik untuk kegunaan pendidikan dan sebagainya.
Mungkin ramai lagi mak ayah yang tidak tahu bahawa jika bayi lahir pada tahun 2018 sehingga 2022 layak mendapat simpanan pelaburan RM200 dalam ASNB. Caranya cukup mudah, hanya perlu daftar dan buka akaun ADAM 50 tanpa perlu masukkan duit sesen pun.
Berikut merupakan perkongsian cara mendaftar oleh Puan Shifae Penawar yang telah mendaftar akaun ini untuk anaknya dan mendapat RM200 dalam ASNB tersebut:
Yeay! Amanina dah daftar.
Khas untuk baby yang lahir tahun 2018 sehingga 2022. Amiklah peluang ni. Daftar bawak salinan sijil lahir baby je. Pastu automatik baby dapat RM200 dalam ASNB. Cukup umur 18 boleh bawak keluar.
CARA UNTUK BUKA AKAUN ADAM UNTUK BAYI
1. Pegi mana-mana cawangan ASB, lagi baik pergi pejabat ASB terus.
2. Bawak salinan sijil lahir baby dan mykid baby (untuk scan), ic ibu jika nak guna nama ibu, ic ayah jika nak guna nama ayah. BABY tak perlu bawak.
3. Untuk bukak akaun ni, baby tak perlu masukkan duit langsung. Jika kita nak masukkan duit, lagi bagus.
4. Macam Mana Nak Semak Duit Rm200 Masuk Ke Tak?
– Kita semua BOLEH semak duit RM200 tu. Jika akaun baby dibuka atas nama ibu. Ibu wajib ada akaun asb, jadi ibu boleh daftar asb online. So, korang boleh bukak asb online, dalam tu ada lah maklumat pasal akaun asb baby korang dan duit rm200.
Kemudian jika ada duit raya baby, boleh ja masukkan dalam akaun tu. Duit tu akan membiak sbb dalam asb kan. Mestilah ada dividen tahunan. Tup tup bila baby dah 18 tahun, berapa dah duit baby. Nak sambung belajar masuk IPTA, senang! parent tak sakit kepala, sebab duit dah ada. hiks!
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Buat mak ayah jangan lepaskan peluang untuk mendaftar dan buka akaun untuk bayi! Sekurang-kurangnya sebagai satu simpanan dan pelaburan semi masa depan mereka bila dah besar nanti.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...