Sebelum kahwin, semuanya akan nampak indah. Tapi bila sudah kahwin, segala yang kurang atau lebih, terus terserlah. Apa yang kelihatan indah sebelum ini terus lenyap dan yang nampak hanyalah kekurangan pada setiap pasangan.
Janganlah begitu, setiap yang berkahwin bukan untuk sehari dua tetap kalau boleh hingga ke jannah. Pasanganlah yang terima kebaikan dan keburukan kita serta mampu susah senang bersama.
Begitu juga dengan isteri. Jangan kerana dahulu, isteri seorang yang langsing, kini selepas beranak pinak, semuanya jadi ‘kembang’ dan tidak cantik seperti sebelum berkahwin. Ketahuilah, itulah pengorbanan seorang isteri yang sanggup bersusah payah demi suami dan keluarga tercinta.
Antara perkongsian daripada Imam Muda Hassan ini diharap dapat membuka mata pasangan terutamanya suami yang mungkin merasakan keadaan fizikal isteri tidak lagi seperti dahulu, semasa awal-awal kahwin. Lebih teruk lagi, bila pasangan mula mengeluh dan merasakan isteri tidak seksi lagi.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Duduk Di Rumah Lagi Penat Kerjanya. Suami Jangan Nak Berkira Ye!
Umpama Ada ‘Deria Keenam’, Suami Buat Hal Mesti Isteri Dapat Hidu!
Info Lebih Menarik DI SINI
Jangan dilihat pada kekurangan, tapi fokuslah pada kelebihan yang ada pada isteri. Allah sudah kurniakan kita pasangan yang baik, bersyukurlah, tidak ada wanita yang sempurna. Setiap manusia ada lebih ada kurangnya.
Kalau ingin semuanya sempurna, itu bukan manusia lagi, itu Malaikat namanya!
Suami yang telah bergelar ayah lagilah perlu memahami, isteri yang melahirkan anak kebiasaannya akan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak.
Isteri makan banyak sebab dia bimbangkan anak dalam kandungan semasa hamil dan selepas bersalin, isteri perlukan makanan yang banyak untuk menyusukan anak pula.
Berterima kasihlah sebab dia telah mengandungkan anak kita selama 9 bulan lebih, itu juga akan membuatkan perutnya mula melebar, hingga mudah buncit selepas selamat melahirkan.
Begitu juga, bila anak sudah membesar, bila anak-anak tidak habis makanan, isteri kita jugalah ‘mangsa’ menghabiskan makanan anak-anak kerana tidak mahu menjadi sahabat Syaitan yang suka membazir.
Teman nyatakan beberapa manfaat Isteri yang kelihatan gemuk:
Apapun, bukanlah bermaksud isteri yang kurus itu tidak romantik. Isteri yang kurus juga banyak kelebihannya.
Bagi isteri yang sudah berisi, jagalah kesihatan dan penampilan diri juga. Buatlah kerana untuk kebahagiaan suami, sebab mata lelaki Allah jadikan suka melihat kepada wanita yang cantik, berusahalah untuk jadi cantik pada pandangan mata suami, ianya akan beroleh pahala buat isteri. Kesihatan amat penting untuk terus bahagia! Tak terkecuali juga untuk suami ya!
Hassan Adli,
Suami yang kurus
MW: Bila kita terima kekurangan dan kelebihan pasangan, kita tak akan terfikir untuk mencari yang lain. Dialah pasangan sehidup semati.
Sumber: Hassan Adli