Pelbagai perkara perlu difahami dan dipelajari demi mengekalkan kebahagiaan perhubungan suami isteri. Melakukan hubungan intim pastinya lebih indah dengan pelukan, sentuhan dan pujukan mesra daripada pasangan. Namun ada ketikanya mungkin tanpa sedar, kesilapan yang dirasakann remeh ini mampu menyebabkan pasangan secara tiba-tiba hilang mood untuk meneruskan ‘aksi’ bercinta.

Berikut adalah beberapa perkara yang tidak patut berlaku semasa sedang berasmara.

1.Asmara yang tiada cumbuan                                                                                                     

Wanita memerlukan ‘juadah pembuka hidangan’ sebelum menghadap menu utama. Kebanyakan isteri sentiasa mengharapkan suami mencumbui dirinya biarpun hanya di bibir. Oleh itu peruntukkan sedikit masa bagi melakukan aksi sebegini. Sesuatu yang mudah seperti usapan menggoda, ciuman bernafsu atau berbisik di telinga diikuti dengan satu pandangan yang menusuk ke kalbu mampu memberikan perbezaan.

2.Bersikap terburu-buru                                                                                                                       

Usah terlalu gelojoh ketika membuka pakaian isteri. Sekalipun tak sabar ke aksi seterusnya tetapi fikirlah bahawa pasangan tidak gemar diperlakukan dengan kasar. Belajarlah untuk membuka pakaian dengan perlahan dan teratur.

Ads

3.Berhenti rehat apabila pemanasan sedang rancak                                                              

Jangan sekali-kali berhenti rehat apabila ‘pemanasan’ sedang berlangsung dengan baik. Ingat bahawa tubuh isteri perlu disentuh dan dibelai selalu agar perasaan ghairah dan berahi tidak menurun. Jika tidak, sukarlah bagi anda untuk mendapat momen itu kembali. Teruskan rangsangan sehingga isteri betul-betul bersedia untuk beraksi ke acara kemuncak.

4.Melupakan zon rangsangan pada tubuhnya

Kebanyakan suami mudah hilang arah ketika berasmara, dengan menyangka isteri hanya sensitif di dua bahagian sahaja iaitu payudara dan vagina. Ini menyebabkan hanya kawasan tersebut sahaja yang menjadi titik tumpu para suami. Sebenarnya seluruh tubuh isteri memerlukan belaian anda. Mungkin di kawasan tengkuk, perut, peha yang akan membuatkan isteri rasa lebih ghairah.

Ads

5.Mencuba banyak teknik pada satu-satu masa

Ramai wanita memiliki sikap yang gemarkan aktiviti yang mencabar dan sanggup mencuba taktik baru di tempat tidur, apabila mempercayai pasangan mereka. Bagaimanapun, anda tidak harus memaksanya melakukan pelbagai teknik yang baru satu-satu masa. Cubalah melakukannya secara perlahan-lahan dan mulakan dengan teknik yang mudah.

6.Bersikap terlalu dominan

Ads

Sikap suka mengarah akan menyebabkan hubungan seks menjadi punca tekanan dan tidak menyeronokkan. Apa kata cuba menyuarakan pendapat menggunakan bahasa yang lembut, berbicara dengan mata atau menggerakkan tubuhnya ke posisi yang lebih selesa. Pendekatan tersebut akan lebih membuahkan hasil.

7.Terus tidur selepas melakukan hubungan seks

Jangan terus tidur sebaik sahaja selesai mengadakan hubungan seks. Sekurang-kurangnya luangkan masa selama 15 minit untuk berbual atau bersenda gurau dengan pasangan anda.

TAHUKAH ANDA!

Mengikut kajian, lebih 79 peratus lelaki di Malaysia gemar melakukan hubungan asmara dan seksual secara spontan , iaitu seks yang dilakukan dengan cara yang cepat tanpa adegan pemanasan dan sebagainya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI