Dalam menempuh alam perkahwinan, hubungan suami isteri ada pasang surutnya, suka duka, tawa dan air mata. Inilah yang memberi yang membuatkan pasangan cuba pertahankan walau apa pun terjadi. Semuanya diharungi bersama.

Namun, ada juga pasangan yang cepat putus asa dan tidak berusaha membina keutuhan rumah tangga. Akhirnya mengambil jalan singkat dengan berpisah. Susahnya, bila pasangan tidak langsung hargai susah senang bersama.

Perkongsian daripada Insyirah Soleha tentang bagaimana bila isteri tak lagi jadi bidadari suami. Ini untuk panduan suami isteri bersama.

“ Tanpa kepahitan, kita tidak menghargai kemanisan.

Bila isteri tak lagi menjadi bidadari,
Kenang-kenang kembali memori manis menjadi suami isteri di hari pertama dia halal untuk kamu. Dia wanita yang kamu impikan untuk hidup bersama sehingga ke Syurga. Dia wanita yang menggetarkan rasa dan cinta untuk berkasih dengan cara yang Allah redha.

IKLAN

Bila isteri tak lagi menjadi bidadari,
Kembalikan kenangan saat melafazkan perasaan untuk menyuntingnya menjadi isteri. Rasakan kembali debaran menerima lamaran darinya.

Bila isteri tak lagi menjadi bidadari,
Badan yang dahulu kurus kini semakin besar. Perut yang dahulu kempis kini semakin buncit.

Kulit yang dahulu tegang kini dipenuhi stretchmark.
Wajah yang anggun kini semakin tembam.

IKLAN

Carilah jalan, usahakanlah untuk menghiasi isterimu dengan cara yang menyenangkan matamu melihatnya.
Mungkin kerana keletihan urusan keluarga, langsung dia tidak pernah memikirkan penampilannya.

Setiap wanita suka pada kecantikan dan sangat mahu kelihatan cantik.
Wajah yang kusam, badan yang letih, emosi yang bercampur setiap hari dengan ragam anak-anak sering membuatkan para wanita lupa untuk menjadi isteri.

Wahai suami,
Ambillah sejenak peranan isterimu.
Berilah ruang dan waktu untuknya mendandan.
Carilah peluang untuknya kembali cantik.
Sediakanlah waktu untuknya beristirehat.
Andai matamu diuji dengan pakaian wanita yang tidak menutup aurat di luar rumah, maka carilah pakaian sebegitu untuk isterimu. Agar matamu terjaga dari memandang yang haram.

IKLAN

Saat emosi seorang wanita menjadi gagah dan menggembur bahagia, kudratnya turut menjadi gagah untuk melaksana rutin harian.
Kalau suka melihat isteri cantik, maka berilah kepadanya pakaian yang cantik, hiasan yang cantik.

Bukankah lelaki suka melihat yang cantik dan wanita suka kelihatan cantik?
Allah cipta lelaki dan perempuan keduanya punya perasaan yang melengkapkan keduanya. Gemburlah rasa, ciptalah bahagia.

MW: Jangan kerana isteri tidak lagi cantik, suami mual beralih arah. Kena ingat, susah payah isteri adalah untuk keluarga. Hargailah isteri yang sanggup berkorban apa sahaja.

Sumber: Insyirah Soleha

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI