Jangan Kecewa Anak ‘Tak Pandai’, Mungkin Dialah Menjaga Mak Ayahnya Kelak, Bersangka Baik!

Share

Sebagai mak ayah, tentulah mengharapkan agar setiap anak bijak, pandai dan mendapat kerja yang hebat-hebat dengan gaji yang lumayan supaya dapat membantu mak ayah kelak. Namu, ditakdirkan anak tak pandai, jangan terus menghukum, ada sebabnya.

Selalu orang cakap, dalam setandan pisang mesti ada satu yang tak elok. Begitu juga dengan kita. Rasanya, dalam keluarga mesti ada seorang yang Allah kurniakan ‘kurang’ sedikit daripada adik beradik lain.

Boleh jadi ada anak tak pandai, seorang lagi kaya raya pandai dan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negeri, pekerjaan yang hebat dan sebagainya. Tapi jangan dihina atau sedih dengan anak seorang yang kurang daripada adik beradik lain.

Allah dah atur sebaiknya. Mungkin inilah yang akan menjaga kita sebagai mak ayah bila dah tua nanti. Rezeki anak berbeza dan telah tertulis. Bersyukurlah dan bersangka baik.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Yang Nakal Masa Kecil, Itulah Kelak Yang Pandai Cari DUIT Bila Besar

Jangan Bandingkan Anak, Mungkin Yang Nakal, Lemah Itulah Jaga Mak Ayah Bila Tua

Info Lebih Menarik DI SINI

Anak Tak Pandai Inilah Akan Jaga Mak Ayah

“Saya ada 4 orang anak. Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, enginer dan lawyer. Tapi anak yang ke 3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM.

Sangat mengecewakan saya. Tuisyen beratus ringgit sebulan. Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.

Dapatlah kerja kilang.

Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.

‘Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga aje.’

Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.

Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Tak juga. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.

Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.

Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.

Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya.
Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu.

Bersangka baiklah dengan Allah.

Bagi mak ayah yang dapat result anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia.

Kredit: KISAH BENAR

Mingguan Wanita : Bersangka baik. Semuanya telah ditetapkan rezeki masing-masing. Mak ayah doakan yang baik-baik untuk anak.

Sumber: ZAYAN

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora