Bila tengok kanak-kanak tantrum dan buat perangai mulalah cakap anak orang tak sama dengan anak kita. Maklumlah, anak kita elok saja perangai. Ini belum lagi lihat anak jiran atau kawan sekolah anak.
Pernah juga anak datang mengadu dan menangis beritahu gaduh dengan kawan-kawan. Beritahu anak orang itu yang kacau dulu dan sakat menyakat. Mahunya, mak ayah tak geram kan!
Jangan cepat nak kata kat anak orang sebab kita tak tahu anak kita macam mana perangai bila bersama kawan-kawan. Mungkin juga berpunca dari anak kita sendiri.
Sebenarnya, mana-mana mak tetap sayang pada anaknya. Tiada siapa yang tak sayang anak. Dialah raja dan ratu dalam hati. Jangan sesiapa nak mengata anak orang. Bayangkan mak lain mengata anak kita pula.
Perangai jahat sekalipun anak kita, dia tetap raja di hati mak. Tapi kalau buat salah kita sebagai mak tetap denda dan hukum, cuma cara setiap mak berbeza.
Perkongsian daripada Sariah Suhailah ini cukup menarik. Pesanan maknya dijadikan pegangan dan ingatan sehingga dia sendiri ada anak barulah dia tahu kebenarannya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Buat Perangai Sebab Dia Perlukan Perhatian, Mak Ayah Jangan Fikir Buruk Dia
Anak Buat ‘Perangai’ Di Rumah Sebab Inilah Tempat Dia Selesa Jadi Diri Sendiri
Sejak dari kami kecik lagi, kalau mengadu dengan mak pasal gaduh dengan kawan-kawan, mak akan pesan, “Jangan kata kat anak orang.”
Bila kami dah remaja, dah ada yang mula kacau-kacau, kononnya nak ajak ‘couple’,
dan kami tak suka, mak akan pesan juga, “Jangan kata kat anak orang.”
Bila kami dah kahwin, kalau ada tak suka kat pasangan sama ada isteri atau suami, mak masih lagi pesan, “Jangan kata kat anak orang.”
Maksud mak, jangan pernah mengata yang tak elok tentang orang lain depan mak ayah dia sekalipun dia tu pasangan kita.
Mak cakap, anak ni, jahat macam mana pun, dia tetap raja di hati mak dia.
Jangan kata sedap-sedap. Nanti orang kecil hati, dia boleh buat macam-macam kat kita.
Kata mak, orang cakap macam mana pun, jangan sesekali balas yang tak elok. Kalau kita tak mengata orang, tak buat kat orang, kita tak sesal.
Ada macam-macam orang datang dalam hidup mak. Memang ada yang cakap bukan-bukan kat kami, anak-anak mak ni. Ye, cakap sesedap rasa. Lepas ikut hati tanpa usul periksa.
Kalau yang memang kami salah, mak akan tegur. Kalau memang kami tak salah, mak akan pujuk kami.
Tapi, macam mana pun, mak memang akan cakap, “Jangan kata kat anak orang.”
Sebab mak tahu, seorang mak ni, sayang dia tak sama dengan apa yang orang lain rasa. Hanya Allah yang tahu, perasaan tu memang tak sama.
Mingguan Wanita : Cara didikan mak ayah berbeza-beza. Baik buruk anak, dia tetap kesayangan mak ayah.
Sumber: Sariah Suhailah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita