Tak dinafikan, semua barang naik harga. Dek kerana inilah, penjual terpaksa jual mahal untuk dapatkan untung, sekurangnya dapatlah untung dari harga kos itu.
Namun, tak semua penjual yang nak jual mahal, ada juga yang tak sampai hati untuk letakkan harga yang tinggi. Maklum sajalah, tak semua orang berkemampuan.
Paling sedih, ada yang jual mahal tapi kurangkan kuantitinya. Rasa tak berbaloi dengan harga yang dijual. Mungkin paling terkesan buat peniaga makanan. Kebanyakan bahan mentah boleh tahan harganya dan bila naikkan sedikit, dapatlah untung yang tak seberapa.
Cuma, sebagai peniaga janganlah keterlaluan naikkan harga. Takutnya lari pelanggan yang setia selama ini. Jangan kedekut dan kekalkan rasa yang dibuat selama ini.
Antara perkongsian daripada Fuad Ismail Iskandar yang boleh dijadikan panduan untuk penjual-penjual terutamanya yang terlibat dalam industri pemakanan. Ingat pesan mak supaya jangan lokek dan bersedekah agar rezeki berniaga semakin bertambah.
Mak: Tak hingin aku kek-kek orang zaman sekarang ni.
Ads
Fuad pun saja je hidang depan mata.. sambil dia berbual sambil dia makan Ehhh diam-diam habis jugak.
Mak: Eh dah habis ke kek tadi? Tak ada lagi ke?
Fuad: aikk.. kata tak hinginnn..
Mak: Dah makan.. sedap pulak. Dah abis ke?
Fuad pun potong lagi kek dan letak depan dia..
Mak: Berapa ringgit ni ko jual?
Ads
Fuad: RM55 mak 8”. Bulan depan naik RM60, barang-barang banyak naik. Mahal.
Mak: Jangan jual mahal-mahal sangat. Nanti tak ada orang nak beli. Kasihan kat orang nak beli.
Fuad: Iya mak. Dah tak boleh nak adjust dah. Nanti kang tak boleh nak pusing modal. Pengsan pulak.
Mak : Dah buat macam ni.. jangan ko ubah2-ubah pulak bahan dia. Mana tau ko fikir nak untung je..
Fuad : Tak ada pun mak. Dari dulu benda yang sama je letak.. tak ada kurang-kurang. Kadang-kadang letak cheese lebih adalah.
Mak: hmm bagus laa.. jangan lokek-lokek.. biar pelanggan puas…pelanggan kena jaga, diorang lah yang Allah hantar bagi kau rezeki..
Ads
Jangan lupa sedekah bila ada lebih biar murah rezeki meniaga.
Sambil dia hulur pinggan kosong ..kek habis lagi..
Macam ni lah mak-mak kita kan.
Pesanan dia tu memang akan berulang-ulang sampai kita hadam. Pesanan yang ringkas tapi bermakna.
Moga ibu-ibu kita sentiasa sihat.
Mingguan Wanita : Setakat naik sedikit oklah. Prang pun tak kisah sebab dah taku keadaan sekarang ini. Tapi jangan keterlaluan. Takutnya orang beli sekali itu saja.
“Allahuakbar! Tangan, jari sebiji ibu ”. Menurut Shuib, kepulangan Ayash hadiah dari Allah SWT setelah lebih satu bulan berada di hospital.
Kepulangan bayi Ayash tentu memberi sinar baru buat keluarga kecil ini setelah pemergian arwah Siti Sarah.
Kepulangan Ayash Hadiah Dari Allah
Setelah sekian lama bayi ini berada di hospital, kini telah tiba masanya dia pulang ke rumah. Shuib berkongsi rasa gembira ini di akaun instagramnya. Apatah lagi kepulangan Ayash Affan dianggap hadiah daripada Allah SWT.
“Syukur Ya Allah, besok birthday ibu (15 September). Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini, insyallah sekejap lagi sudah boleh balik dah….
Allahuakbar, tangan, jari sebijik tangan ibu… Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini… Terima kasih semua, syukur ya allah di atas rahmat mu…
Lahir Tidak Cukup Bulan
Sebelum ini, bayi ini ditempatkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, setelah dilahirkan tidak cukup bulan pada 6 Ogos lalu.
Allahyarham Siti Sarah Raissudin, 36, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos lalu di HCTM akibat Covid-19.
Sebelum itu Siti Sarah telah menjalani pembedahan tanpa sedar bagi melahirkan Ayash Affan ketika kandungannya berusia lapan bulan.
Selain bayi ini, arwah Siti Sarah turut meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin yang kini berusia 6 tahun.
Mingguan Wanita : Alhamdulillah syukur ya Allah. Semoga urusan Shuib sekeluarga dipermudahkan. Insyallah.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Intan Ladyana beruntung suami rajin bantu dalam pantang, lelaki muda tapi matang urus rumahtangga. Di sebalik ada kisah rumahtangga yang keluh kesah kerana ketidak matangan suami menguruskan rumahtangga, namun Intan Ladyana beruntung kerana suaminya nampak bertanggungjawab.
Baru saja melahirkan anak pada lelaki “harris junior” pada 26 April lalu, kehadiran bayi lelaki berkenaan melengkapkan keluarga bahagia ini iaitu memiliki sepasang anak, lelaki dan perempuan. Anak sulung mereka, Evie Khadeeja baru berusia 2 tahun lebih.
Intan Ladyana Beruntung Suami Rajin Bantu Dalam Pantang
Berbeza usia 17 tahun di mana Intan kini berusia 42 tahun sementara Harris Alif berusia 25 tahun, wajah keduanya nampak seakan sama, sangat serasi.
Baru ini, Intan berkongsi suaminya, Harris banyak membantunya dalam urusan rumahtangga seperti menjaga bayi, mengemas rumah dan lain lagi di mana Harris memaklumkan, itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Muda Tapi Matang Urus Rumahtangga
“Itu tanggungjawab I jaga u dan anak-anak,” ungkap Harris sambil memeluk Intan.Dapat dilihat dalam video berkenaan Harris melakukan tugasan membersihkan rumah, menjaga anak dan lain-lain lagi sekaligus menyerlahkan sisi bahagia mereka suami isteri.
Ternyata, apabila seseorang sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami, usia bukanlah halangan untuk memikul tanggungjawab dalam rumahtangga.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam dunia ini banyak tabiat pelik dan kadang-kadang tak masuk dek akal. Selain orang mengandung yang kerap dikaitkan dengan tabiat pelik, kanak-kanak kecil juga seringkali dikaitkan dengan pelbagai tabiat pelik.
Begitu juga dengan remaja ini yang dikaitkan dengan tabiat peliknya yang suka mengunyah dan menelan rambut. Bayangkan rambut pun dia makan. Perkara ini terkantoi bila doktor terjumpa 7 kilogram gulungan rambut seorang remaja di India.
Rambut Pun Dia Makan
Di New Delhi, seorang remaja perempuan di India mempunyai tabiat pelik apabila gemar mengunyah dan menelan rambutnya sejak beberapa tahun lalu.
Perkara itu terbongkar selepas doktor merawatnya mendapati sesuatu yang aneh iaitu terdapat gulungan rambut di dalam perutnya.
Sweety Kumari, 17, menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di daerah Bokaro, Jharkhand, penghujung bulan lalu.
Dalam pembedahan selama enam jam itu, doktor berjaya membuang tujuh kilogram (kg) rambut dari dalam perutnya.
Memetik laporan Daily Star, doktor yang mengetuai pembedahan GN Sahu berkata, ia adalah kali pertama dia berdepan dengan kes seperti itu selepas bertugas selama 40 tahun.
Pada awalnya, doktor mengesyaki remaja itu menghidapi ketumbuhan berdasarkan pemeriksaan pertama menggunakan kaedah ultrabunyi.
Tabiat Aneh Telan Rambut
Doktor kemudian berasa curiga selepas mendapat tahu remaja terbabit mempunyai tabiat aneh iaitu gemar menelan rambut.
Hanya selepas pemeriksaan lanjut, doktor mendapati ada gumpalan rambut di dalam perut Kumari.
Dalam pada itu, media melaporkan keadaan itu dikenali sebagai Sindrom Rapunzel adalah antara masalah kesihatan yang amat jarang di dunia.
Menurut Jurnal Perubatan Britain, terdapat kira-kira 90 kes seumpama itu di seluruh dunia pada 2018.
MW: Jangan pelik ya dengan tabiat pelik manusia kerana terdapat banyak ragam manusia yang kadang-kadang kita tak terjangka dek akal.