Aduhai! Kalau sudah jenis yang kaki gosip di hospital pun masih nak menjaja cerita. Jaga-jaga takut nanti aib sendiri yang terbuka. Masa sakit pun masih terfikir untuk mengumpat orang.
Manusia jenis ini memang tidak pernah sedar Allah sedang mengujinya. Sakit itu adalah ujian daripada Allah agar kita muhasabah diri. Sebelum sibuk nak audit orang lain baik kita audit diri sendiri dulu.
Tidak perlu ‘mengorek’ rahsia orang, tak payahlah nak jaja cerita si polan itu kepada pesakit lain. Jika kita tahu aib seseorang lebih baik kita tutup mulut…Jika kita menutup aib seseorang maka Allah akan menutup aib kita. Justeru cukup-cukuplah mengumpat dan menjaja cerita, biarkan perihal yang memalukan itu menjadi rahsia.
Sebenarnya dalam Islam, kita diajar untuk menutup aib baik aib diri sendiri mahupun orang lain. Perkara yang tidak baik, usah didedahkan sebaliknya kita berusaha perbaiki dan tanganinya. Begitu juga ketika kita mengetahui aib seseorang, jika tidak mampu membantu kita rahsiakan kelemahannya. Dengan cara itu, kita memelihara aib dan maruah seseorang.
Menurut hadis riwayat Imam Muslim ( 2590) dalam sahih-nya
Maksudnya: Barang siapa yang mencari-cari aib ( atau kelemahan) saudara yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.
Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain.
Sumber:https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1384-al-kafi-248-peliharalah-aib-saudaramu
Perkara silam jangan diungkit, kita sebagai manusia sentiasa melakukan kesilapan. Berubahlah ke arah kebaikan. Jangan menghukum seseorang atas kesilapan lalu yang mereka lakukan. Maafkan diri kita jika kita bersalah dan maafkan orang yang bersalah dengan kita. Jangan ada dendam dalam hati kerana kita tidak akan temui ketenangan.
Manusia boleh berubah, kita juga berubah. Apabila usia semakin bertambah, kita akan menjadi lebih matang. Ramai antara kita yang mengalirkan air mata menyesal dengan segala kesilapan lalu. Itu tidak mengapa, kita jadikan semuanya sebagai pengajaran. Tapi jangan sesekali kita terperangkap dengan kisah silam. Jangan biar kisah malang itu menarik kita tenggelam dalam kekecewaan dan kesedihan. MOVE ON!!!
Tinggalkan yang silam, mulakan kehidupan baru. Beri peluang kepada diri dan orang sekeliling untuk berubah dan mulakan hidup baru. Jalani hidup kini ( present) dengan sebaik mungkin dan rancang masa depan dengan usaha dan iringan doa. Insya-Allah kita akan menjadi insan yang lebih bertuah apabila kita mendapat hikmah daripada musibah.
Baca sini:
https://www.mingguanwanita.my/pesan-cik-man-hati-hati-deko-rumah-bimbang-nanti-mengundang-dosa/
https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
Dalam hidup ini, kita perlu sentiasa berlapang dada dan menerima orang lain seadanya. Berdoa agar kita berubah dan berdoa agar orang di sekeliling berubah menjadi insan yang lebih baik. Jangan mendoakan orang ditimpa musibah. Biar ALLAH sahaja yang menghukum.
Kita tidak mempunyai hak berbuat demikian kerana kita juga seorang insan yang lemah, punyai banyak kekurangan. Kita tidak sempurna, jadi lebih baik kita saling melengkapi dengan insan di sekeliling.