Lafaz dibuat tanpa niat. Antara alasan yang selalu diberikan oleh suami – tanpa niat. Sebab terlalu geram dan mengikut perasaan. Begitulah.
Kena, ingat lafaz dibuat tanpa niat ini jangan dibuat main-main kerana ia boleh makan diri dan sudah tentu jatuh talaknya walaupun diluar mahkamah.
Ini antara perkongsian dan nasihat Muhammad Syarafi pada seorang artis yang viral di media sosial dan memberi alasan lafaz yang dibuat itu adalah tanpa niat dan memohon pihak mahkamah teliti semula apa yang disebut masa kejadian itu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Jodoh Kami Sampai Di Sini”, Shuhada Bakal Fail Pengesahan Lafaz Cerai 1 Mac Jatuh Pada Hari Lahirnya
Terkena Sihir Pemisah Rumahtangga, Suami Isteri Bahagia & Punya Anak Ramai Bercerai Tanpa Sebab
Dalam dunia ni Nabi dah pernah pesan,
Ada 3 perkara yang kalau kita buat main tetap boleh berlaku walaupun dalam keadaan bermain-main.
Apa tu 3 perkara?
1. Nikah
2. Cerai
3. Rujuk
Hal ini ditegaskan oleh Nabi SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ
“Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).”
Riwayat Abu Daud (2194)
Kena ingat,
Tujuan kita bawa isu berkaitan lafaz talak yang dilafazkan di luar mahkamah tu adalah untuk disahkan oleh Hakim Syarie sebagai pihak yang berautoriti.
Hakim syarie yang memutuskan kesahihan itu bukan hari ni jadi Hakim terus dengar kes seperti ini ye?
Hakim Syarie tu sebelum nak boleh jadi Hakim mereka perlu lepas syarat yang ketat untuk menjadi Hakim,
Kena faham,
Ada beza antara seeorang itu membuat permohonan untuk bercerai DAN permohonan yang mengesahkan lafaz talak diluar Mahkamah,
Bezanya bila kita buat permohonan untuk bercerai,
Permohonan itu tertakluk di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang² Keluarga Islam Negeri yang mana permohonan ini bermaksud suami BELUM LAFAZ TALAK lagi kat luar Mahkamah dan masih belum dibenarkan oleh Hakim untuk melafaz talak.
Dan kena faham juga permohonan dibawah seksyen ini bermaksud
KEDUA-DUANYA BERSETUJU untuk berpisah.
Tapi situasi sebenarnya:
Kisahnya Hafidz DAH PUN LAFAZ talak luar mahkamah betul tak?
Jadinya permohonan yang sesuai untuk dimohon hafidz di Mahkamah ialah PENDAFTARAN PERCERAIAN LUAR MAHKAMAH.
Permohonan ni dibawah Seksyen 57 Enakmen yang sama.
Hafidz bagitau media minta Hakim teliti semula lafaz yang dibuat Hafidz?
Kena ingat,
Setiap keputusan yang dibuat oleh Hakim ni adalah berdasarkan kepada apa yang dibentangkan di hadapannya dan setiap keputusan yang dibuat oleh Hakim itu bertujuan untuk mengangkat perkara khilaf berdasarkan satu kaedah yang masyhur:
حُكْمُ الْحـَاكِمِ يَرْفَعُ الخِلَافَ
Maksudnya: “Keputusan hakim (yakni pemerintah) mengangkat khilaf”.
Kalau semasa perbicaraan Hafidz tu ada perkara yang hafidz tak bagitahu,
Hakim cuma akan buat keputusan berdasarkan kepada pengakuan dan keterangan pihak-pihak.
Hafidz jadikan alasan lafaz tu dibuat tanpa niat?
Lafaz talak ni.
Kalau dibuat secara sorih dan jelas ditujukan kepada isteri, tak perlu dah nak tengok pada niat sebab sebaik kita lafaz tu pun dah menunjukkan niat kita,
Tapi itu bukan tugas saya nak sahkan. Itu semua tugas Mahkamah,
Hafidz kena segera sahkan di Mahkamah sebab makin lambat diselesaikan,
Makin rumit kes ni nanti untuk tahu status antara Hafidz dan isteri sama ada masih suami isteri atau sebaliknya.
Jadilah Lelaki Bukan Jantan
Kita ni kan sebagai lelaki, kalau pun dah benci sangat dengan isteri tu,
Janganlah kita aniaya isteri sampai macam tu sekali,
Kalau betul hati dah tak sayang, pulangkan semula isteri tu seperti mana kita ambilnya dulu.
Bukannya kita main campak sana sini anak orang tu macam dia takde mak bapak.
Ingat tu, kita lelaki bukan jantan tak guna.
Mingguan Wanita : Tak faham, kalau dah tak sayang senang-senang nak jatuhkan talak. Cuba fikir, isteri itulah yang lahirkan anak dan jaga makan pakai kita. Apa lagi yang tak cukup!! Emosi pulak Min ni.
Sumber: Muhammad Syarafi
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita