Jangan Jadikan Grup WhatsApp Kelas, Jalan Pintas Manjakan Anak-anak
Kredit foto : Fida Ashaary

Anak yang tak sempat salin kerja sekolah guru beri di papan hitam, akan selesaikannya di rumah. Mana yang tertinggal boleh dapatkan info yang guru beri dari grup whatsApp kelas.

Sayangnya, ada mak ayah tak sedar menjadikan grup whatsApp kelas sebagai jalan pintas untuk manjakan anak. Macam mana tu?

Haa.. cuba hadamkan perkongsian ibu anak tiga ini, Firda Ashaary. Ada benarnya untuk difikir-fikirkan.

Grup WhatsApp Kelas Sepatutnya Mudahkan Guru Dan Waris

Rata-rata sekolah sekarang memang ada grup whatsAap khas untuk guru dan waris bagi memudahkan guru menyebarkan sebarang info tentang aktiviti sekolah.

Ada juga waris yang prihatin, buat grup whatsAap sesama waris untuk memudahkan urusan semakan kerja sekolah atau kerja rumah anak-anak. Boleh bersama-sama berkongsi info bagaimana cara nak menyelesaikan kerja rumah anak yang kurang difahami dan boleh juga bertukar-tukar buah fikiran.

Bagus kan semangat permuafakatan begini.

Tapi apa yang tak bagusnya bila grup whatsAap ni dijadikan amalan wajib setiap hari untuk memudahkan urusan kerja sekolah anak sendiri.

Contohnya bila disemak buku latihan anak dan anaknya tak siap salin apa yang cikgu tulis di papan putih. Lalu si ibu pun whatsAaplah kat group.

Maaf ganggu, boleh tak ibu-ibu tolong snapkan latihan pada buku anak matapelajaran sekian-sekian bla bla bla. Anak saya tak sempat salin habis, cikgu dah padam katanya.”

Ads

Selalunya akan ada lah ibu-ibu yang memang tak kisah berkongsi. Rasa bertanggungjawap nak tolong. Terus gi ambik buku anak, snap dan share kat group. Sharing is caring kan.

Sayangnya, Masalah Ini Yang Timbul

Si ibu yang bertanya tadi rasa lega. Lalu si ibu hulur hp kat anak dan si anak pun menyiapkan tugasan tu dari rumah dengan bantuan ibunya.

Jadi apa masalahnya? Baguslah tu, anak dah siapkan kerja sekolah yang terbengkalai tadi. Takkan nak biar je tak lengkap, nanti cikgu marah.

Ya betul, memang bagus kita bantu anak tapi efeknya sangat besar dan tidak bagus sebenarnya.

Percaya tak, nanti anak akan jadikan itu satu tabiat dan kebiasaan. Dalam kelas, dia akan kurang fokus dan tak kalut pun nak salin cepat-cepat macam kawan lain. Sebab nanti balik rumah pun dia boleh buat, mak dia akan tolong settlekan.

Sesekali mungkin tak apa atau memang ada sebab kukuh kenapa depa tak sempat siapkan dalam kelas tapi kalau hari-hari begitu, bukankah tidak bagus?

Ads

Ingat ya ibu-ibu, kerja sekolah dan kerja rumah adalah 2 tugasan yang berbeza. Kerja sekolah sepatutnya disiapkan di sekolah dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan dan bukan bawak balik siapkan di rumah. Kerja rumah pula adalah tugasan yang cikgu suruh balik siapkan di rumah. Bahasa omputihnya homework lah kan?

Rupanya Jadi Habit Anak, Hilang Fokus Dalam Kelas

Dulu masa mula masuk sekolah Suffiya dan Suffian pun pernah mintak Akak buat macam tu katanya kawan dia cakap,

Takpa weii ang tak siap pun, nanti suruh Mama ang wassap kat group. Mama aku selalu buat macam tu.”

Tapi Akak cakap tak boleh, Mama segan.

Kenapa orang lain boleh salin sampai habis dalam kelas? Kenapa anak-anak Mama tak boleh? Masa belajar sama ja.” itu yang Akak tanya depa. Terkulat lah nak menjawap.

Ads

Selalunya Akak akan suruh depa pi sekolah awal esoknya dan pinjam buku kawan yang dah siap. Salin bagi siap sebelum cikgu masuk kelas. Tak kisah la sebelum rehat atau selepas waktu rehat. Siapkan kat sekolah sebab itu kerja sekolah.

Bila kena macam tu, depa akan terus ingat dan semat dalam kepala.

Aku kena tulis cepat masa cikgu bagi tugasan. Tak boleh sembang atau main-main dalam kelas, nanti tak sempat salin. Mama mesti bising lagi.”

Ajar Anak Tak Ambil Mudah Dengan Kerja Sekolah Cikgu Bagi

Alhamdulillah ia berjaya melatih anak-anak Akak untuk lebih bertanggungjawap dan tak ambik mudah dengan kerja sekolah yang cikgu bagi. Kena siap kat sekolah dan hanya bawa pulang kerja rumah sahaja setiap hari.

Syukur.

Teknologi gajet ni memang banyak kebaikannya tapi kalau salah guna atau terlebih guna ia juga boleh membawa kesan yang buruk. Jadi berpada-padalah dalam mendedahkan penggunaan gajet untuk anak-anak yang masih bersekolah.

Sekian. Pesanan ikhlas dari Mama Anak Tiga.
#SuffianSuffiya Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu yang anaknya baru nak masuk sekolah.

Sumber/Foto : Firda Ashaary

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI