orang ketiga

Jangan! Tolonglah kawal sebelum ia makin memberi kesan buruk pada rumah tangga. Tanpa mengira usia, ramai laki bini jadikan gajet orang ketiga dalam rumah tangga tanpa mengambil kira perasaan pasangan dan anak-anak. Mampu setia pegang phone ke mana-mana sampai nak makan dan tidur pun masih melekat di tangan. Allah… sedih!

BEZA DULU DAN KINI

Kalau dahulu, sebelum tidur pasti ada komunikasi, bincang itu, cerita ini tetapi sekarang susah sangat hendak dipraktikkan. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri kerana seronok ‘membelai’ telefon bimbit, komputer riba atau tablet dari melayan pasangan.

Sepatah ditanya, sepatah dijawab malah ada masanya langsung tidak berbalas. Sekejap senyum, sekejap masam, seolah-olah gajet itu lebih memahami daripada pasangan yang berada di sebelah. Teruk bukan?

JANGAN BUAT TAK TAHU YE!

Malah ada kes kecurangan suami isteri berpunca daripada GAJET!

Inilah penangan gajet kalau dipraktikkan dalam sisi negatif sedangkan jika diguna dengan baik banyak manfaatnya. Kalau macam ini, eloklah betulkan cara ini sebelum keadaan rumah tangga jadi lebih keruh…

Jangan Jadikan Gajet Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga, Suami Isteri Tolong Prihatin

1. BALIK RUMAH, PELUK ANAK BINI DULU

Balik rumah, peluk pasangan dan anak-anak dulu. Jangan biar gajet menguasai rumah tangga anda. Letakkan had waktu untuk menggunakan gajet di rumah. Bukan tak boleh langsung tetapi biar ada waktu untuk anda saling berkomunikasi dan buat aktiviti lain.

Ads

2. WUJUDKAN KAWASAN LARANGAN GAJET

Ini patut buat sebab kadang ada mak ayah yang sibuk main phone di meja makan, malah siap bagi anak sorang satu Ipad dan tab. Jadi sila wujudkan kawasan larangan gajet di rumah seperti di bilik tidur atau ketika makan.

Baca artikel menarik lain di sini:

Gajet Dan Anak Sukar Dipisahkan, Tugas Mak Ayah Kawal Elak Ketagih!

‘Berkepit’ Dengan Gajet 24 Jam, Keluarga Boleh Hilang Kemesraan Dan Kasih Sayang

Ads

3. JANGAN LUPA RANCANG AKTIVITI

Kadang ramai yang tenung phone sebab bosan tak tahu nak buat apa. Jadi, apa kata anda fikir dan rancang sesuatu aktiviti menarik sebelum pasangan buka phone. Mungkin boleh buat aktiviti membaca bersama, melukis atau tengok movie bersama. Contoh mudah: “Abang, malam ni kita baca buku bersama anak-anak ya.” Tolonglah bertukar jadi pengguna gajet yang bijak. Jangan terlalu obses hingga mengetepikan pasangan dan anak-anak.

4. BUAT JADUAL

Pelik juga jadinya kalau langsung tak buka phone, kadang ada yang bisnes. Jadi buatlah jadual. Mungkin pukul 7-8 adalah waktu LARANGAN dan selepas itu masing-masing boleh sentuh phone. Mana tahu ada yang nak reply mesej penting, bisnes atau gali berita terkini di media sosial.

5. TANAM DALAM HATI, PASANGAN DAN ANAK-ANAK ‘FIRST’

Mohon tanam dalam hati bahawa pasangan dan anak-anak adalah keutamaan. Yang lain-lain letakkan di tangga kedua, ketiga dan seterusnya.

Ads

6. JANGAN LUPA, HABISKAN KERJA DI OFIS

Cuba elakkan dari membawa kerja-kerja pejabat di rumah seperti mengemas kini e-mel, melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Nikmatilah sepenuhnya saat-saat manis apabila berada di rumah.

Baik suami atau isteri, moga kita mampu jadi pasangan terbaik untuk si dia dan anak-anak. Nak selamatkan anak daripada masalah main gajet, mak ayah dulu kena selamatkan diri daripada ‘tekan-tekan phone’ depan anak-anak!

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI